10 Ahli Sukan Paling Kaya Di Dunia Tahun 2020

Antara pekerjaan yang menjanjikan pulangan yang lumayan pada zaman ini adalah menjadi seorang ahli sukan yang berjaya.

Pendapatan untuk seseorang atlet profesional sekarang adakalanya lebih tinggi dari pendapatan seorang usahawan bahkan lebih tinggi dari gaji ahli parlimen Malaysia.

Selain dari gaji yang diterima, ada atlet berprofil tinggi turut menerima banyak tajaan ekslusif dari pelbagai jenis syarikat ternama.

Disamping itu juga, jika atlet itu mempunyai ramai pengikut di media sosial milik mereka sendiri, kebanyakkan antara mereka membuat paid review untuk menambah pendapatan sendiri.

Sekaya dan semewah mana seseorang atlet zaman ini?

Berikut senarai yang dikeluarkan oleh Forbes, 10 atlet paling kaya dalam tempoh sedekad ini.

1.Floyd Mayweather: $915 juta

Floyd Mayweather merupakan atlet paling kaya untuk tahun ini. Baru-baru ini dengan selamber beliau pernah menunjukkan minatnya untuk membeli pasukan bola sepak Newcastle.

Awal tahun lalu beliau menghadiahkan kereta Mercedes G63 yang bernilai RM750,000 untuk anak gadisnya yang baru berusia 19 tahun.

2. Cristiano Ronaldo: $800 juta

Bintang Juventus dan Portugal ini merupakan pemain bola sepak paling kaya di dunia walaupun gajinya dibelakang Lionel Messi.

Ronaldo gah dan terus kukuh berdiri dengan jenama CR7 miliknya sendiri.

Beliau banyak menerima tajaan ekslusif kerana populariti dirinya di media sosial terutama sekali Instagram dan Facebook.

3. Lionel Messi: $750 juta

Messi merupakan atlet yang menerima gaji tahunan paling tinggi di dunia ketika ini daripada Barcelona.

Secara keseluruhannya Messi meningkatkan lagi hak tajaan dan menjadikan beliau berada ditangga 3 teratas atlet terkaya di dunia.

4. LeBron James: $680 juta

Tidak perlu minat NBA untuk kenal dengan nama ini. LeBron James dianggap sebagai salah seorang legenda hidup dalam NBA.

Selain dari pendapatan dari sukan NBA beliau turut menerima pelbagai tajaan dari banyak syarikat ternama di dunia.

5. Roger Federer: $640 juta

Bintang tenis veteran, Roger Federer masih berupaya menjadi daya tarikan utama dalam arena sukan.

Bintang tenis berusia 38 tahun ini berjaya mendapatkan tajaan luar biasa dengan Uniqlo pada tahun 2018.

6. Tiger Woods: $615 juta

Jika sebut saja sukan Golf, pastinya nama Tiger woods yang pertama sekali akan terlintas di fikiran. Beliau merupakan legenda terhebat dalam sukan Golf.

Beliau hanya beraksi dalam 10 jelajah PGA tahun ini namun hak tajaan beliau masih tetap meningkat naik.

7. Phil Mickelson: $480 juta

Pemain golf terkenal Phil Mickelson tahun lalu mendapatkan bayaran tertinggi sebagai pemain golf.

Namun tahun ini beliau tewas kepada Tiger Woods. Walau bagaimanapun beliau masih berada dalam senarai 10 atlet terkaya tahun ini.

8. Manny Pacquiao: $435 juta

Senator Manny Pacquiao selain dari petinju terhebat sepanjang zaman beliau juga seorang yang aktif dalam bidang politik.

Pac Man masih lagi bertinju dan sepanjang kariernya, beliau sudah terlibat dalam 25 Pay Per View yang membawa keuntungan lumayan.

9. Kevin Durant: $425 juta

Kevin Durant merupakan seolah pemain bola keranjang professional Amerika yang telah banyak melakar kejayaan sepanjang kariernya.

Pada dekad ini pendapatan Kevin Durant meningkat 400% berbanding dengan apa yang beliau dapat sedekad sebelumnya.

10. Lewis Hamilton: $400 juta

Juara dunia enam kali Formula 1 ini masih menjadi antara atlet yang mempunyai nama besar di pasaran.

Beliau masih lagi magnet utama tajaan di lapangan Formula 1.

Baca Juga

Baca Juga