10 Finalis Ballon d’or 2020 Telah Diramal Lebih Awal

Lionel Messi dan Cristiano Ronaldo telah dijangka lebih awal bakal menjadi calon finalis untuk anugerah Ballon d’or tahun 2020 yang akan datang.

Sebelum Ini Messi terikat dengan Cristiano Ronaldo dengan masing-masing mengumpul lima gelaran ballon d’or. Tahun lalu, bintang Argentina berusia 32 tahun itu telah memecah rekod peribadi dengan memenangi anugerah sama untuk kali yang keenam.

Selepas selesai majlis penganugerahan bola sepak Perancis untuk anugerah Ballon d’or 2019, Bleacher Report, telah membuat ramalan lebih awal, tentang 10 calon terbaik bagi anugerah sama tahun 2020.

Bleacher Report telah meramalkan bahawa Messi akan memenangi gelaran Ballon d’or ketujuh beliau menjelang penghujung tahun 2020 nanti.

Ketika itu, Bleacher telah mengatakan bahawa Messi akan kekal menjadi nadi utama untuk jentera serangan Barcelona dan akan terus menjadi pemain harapan untuk gergasi Sepanyol itu.

Media tersebut turut menambah, pemenang enam kali gelaran Ballon d’or itu masih berpeluang untuk membantu Barcelona membawa pulang kejuaraan saingan Liga Juara-juara ke Nou Camp.

Messi turut memulakan musim 2019/20 dengan agak cemerlang dan telah berjaya menjaringkan 19 gol serta 12 assist dari 22 perlawanan musim ini.

Ronaldo pula telah menduduki kedudukan ketiga dalam anugerah Ballon d’or tahun 2019 dan beliau turut berjaya memenangi Serie A serta Italian Super Cup diwaktu debutnya bersama pasukan Juventus.

Tetapi menurut Bleacher, kejayaan domestic di Itali itu tidak cukup untuk menjamin bintang Portugal berusia 35 tahun itu bagi memenangi gelaran Ballon d’or tahun ini.

Mereka mendakwa, satu-satunya cara untuk Ronaldo memenangi anugerah Ballon d’or tahun 2020 adalah dengan membantu Juventus untuk memenangi saingan liga Juara-juara atau membantu Portugal memenangi Euro 2020.

Namun memandangkan saingan Euro telah ditangguhkan ke tahun hadapan, Ronaldo harus berusaha membantu Juventus untuk menjuarai Liga Juara-juara bagi melayakkan dirinya memenangi anugerah tersebut.

Senarai berikut merupakan 10 finalis pilihan Bleacher Report untuk anugerah Ballon d’or tahun 2020 nanti.

Senarai 10 Finalis Ballon d’or 2020:

10. Robert Lewandowski, Bayern Munich

9. Eden Hazard, Real Madrid

8. Neymar, Paris Saint-Germain

7. Kevin De Bruyne, Manchester City

6. Kylian Mbappe, Paris Saint-Germain

5. Antoine Griezmann, Barcelona

4. Virgil van Dijk, Liverpool

3. Sadio Mane, Liverpool

2. Cristiano Ronaldo, Juventus

1. Lionel Messi, Barcelona

BACA:  Lima Pemain Yang Menjadi 'Biggest Flop' Selepas Beraksi Bersama Man Utd