10 Frasa Bola Sepak Jerman Yang Boleh Menghipsterkan Bola Sepak Malaysia

Siapa tidak kenal pasukan bola sepak juara Piala Dunia 2014, Jerman. Pasukan ini dirahmati dengan ratusan kalau tak ribuan pemain muda yang cukup berkualiti lulusan akademi-akademi bola sepak tempatan.

Lebih menarik lagi, peningkatan kelab-kelab Jerman di peringkat eropah, terutamanya Borussia Dortmund di bawah kendalian Jurgen Klopp telah memperkenalkan perkataan ‘gegenpressing’.

Gegenpressing bermaksud corak permainan yang memberikan tekanan awal kepada pihak lawan, dalam kawasan lawan dan memaksa lawan melakukan kesilapan. Salah atau betul penerangan aku ni kau jangan melawan.

Kalau nak tengok taktikal gegenpressing ni boleh tengok permainan Liverpool, atau Dortmund sekarang. Kalau liga Malaysia setakat ini aku masih belum jumpa corak permainan ini kecuali di Kelantan yang dipanggil GomoPressing.

Memandangkan Jerman sekarang ini adalah kiblat bola sepak yang tepat, apa kata kita biasakan diri dengan lagi 10 frasa bola sepak Jerman selain gegenpressing, mana tahu nanti dengan belajar bahasa kita boleh power main bola. Iye dak?

Lagipun orang kita memang suka pinjam bahasa orang lain kan?

Bananenflanke

Frasa pertama ini mungkin bakal mengubah pengulasan bola sepak Malaysia. Kalau di Jerman, bananeflanke bermaksud bola hantaran yang melencong tahap ayahanda Tiga Line.

Kalau ditafsir secara terus, bananenflanke bermaksud hantaran yang berbentuku seperti pisang. Jangan tanya pisang siapa.

Ini satu contoh bananenflanke

Contoh ayat : “Tandukan padu Merzague Abdurrazak hasil daripada bananenflanke yang cukup cantik daripada bekas anak didik Tan Sri Annuar Musa, Faiz Subri telah memberikan gol pertama Pulau Pinang yang kemarau gol dalam 10 perlawanan!”

Turniermannschaft

Terjemahan secara terusnya bermaksud pasukan untuk kejohanan, tetapi maksud khususnya di Jerman ialah pasukan yang layak bertanding di kejohanan utama tetapi dengan keputusan kelayakan yang sederhana.

Contoh ayat : Shukor Adan kembali dari persaraan untuk menyertai turniermannschaft Malaysia di Piala Dunia 2026.

Gedächtnisgrätsche

Contoh gedächtnisgrätsche. (Maaf gambar kurang jelas)

Perkataan makhluk asing ini pula bermaksud tackle atau terjahan yang keras dan mampu mencederakan pemain lawan.

Contoh ayat : Razman Rustam! Kau jaga Safeek Raheen tu. Kalau tak boleh kawal sangat, kau gedächtnisgrätsche je dia. Faham?

Abseits ist, wenn der Schiedsrichter pfeift

Abseits ist, wenn der Schiedsrichter pfeift la woih! Main la dulu!

Terjemahan langsung bermaksud ofsaid hanya berlaku jika pengadil tiup wisel. Kalau kita Malaysia pernah buat perangkap ofsaid syok sendiri ketika Kemboja menjaringkan gol ketika Piala AFF tempoh hari.

Contoh ayat : Woi, main elok-elok la. Bukan ofsaid pun tu. Abseits ist, wenn der Schiedsrichter pfeift! Tak kan tak tahu woi.

Wembley Tor

Tor bermaksud gol, dan Wembley tor merujuk kepada perlawanan akhir Piala Dunia 1966 ketika England menentang Jerman. Geoff Hurst menjaringkan gol pertama namun pertikaian berlaku sama ada bola telah melepasi garisan atau tidak.

Rizal melakukan Wembley tor dalam isu kontraknya dengan Felda

Pada Piala Dunia 2010, England menerima balasan apabila gol Lampard tidak dikira walaupun bola jelas melepasi garisan gol.

Kalau di Malaysia Wembley tor ini mungkin sesuai diguna pakai dalam konteks kontrak pemain.

Ye lah, kan ramai pemain Malaysia yang kontrak macam tarik tali contohnya Gary Steven Robat, Ferris Daniel, Syahrul Azwari dan yang terbaru Rizal Ghazali.

Contoh ayat : Walaupun status kontraknya dengan Felda masih lagi Wembley tor, Rizal Ghazali memilih untuk mewakili Kedah.

Eigentor

Dalam bahasa mudah, eigentor ialah gol sendiri.

Contoh ayat : Doh wane bodo ngat dia tuh gi eigentor? Brekmoouukk goh la.

Traumtor

Jerman menggunakan traumtor untuk menggambarkan gol yang cantik.

Contoh ayat : Uish, Liridon score traumtor hang tau? Dah la tiki-takaq dia dengan Wan Karpet cun. Rugi hang tak pi tengok semalam noh.

Fahrstuhlmannschaft

Fahrstuhlmannschaft bermaksud pasukan yo-yo iaitu sekejap naik liga, sekejap turun liga.

Contoh ayat : Sarawak pasti berharap untuk kekal di Liga Super pada musim ini dan mahu membuang gelaran fahrstuhlmannschaft yang diberikan kepada mereka.

Hexenkessel

Hexenkessel bermaksud suasana stadium yang gegak gempita dan meriah nokhorom hasil daripada sorakan, teriakan dan caci makian para penyokong.

Contoh hexenkessel

Contoh ayat : Stadium di Malaysia hanya hexenkessel kalau ketika perlawanan akhir je. Kalau tak, memang jadi tanah perkuburan la.

Alash Lion

Alash Lion membawa maksud malas layan yang selalu digunakan pengadil selepas dikerumun pemain dan pegawai pasukan secara berjemaah, duo atau solo.

Contoh ayat : Cavani Alash Lion permintaan Neymar untuk mengambil sepakan penalti.

Baca Juga

Baca Juga