10 Jaringan Mendapat Tontonan Tertinggi Di YouTube

Laman web Youtube mengandungi segala macam perkara, sukan, binatang, tutorial tak buat apa-apa dan macam-macam lagi.

Masyarakat kebiasaannya akan melayari Youtube untuk menonton segala macam yang hendak ditonton kerana di Youtube boleh dikatakan segalanya ada.

Untuk penggemar sukan bola sepak, mereka akan melayari Youtube untuk mencari highlight perlawanan, menonton aksi-aksi hebat pemain kesukaan mereka dan pelbagai lagi.

Menurut kajian dari Ticket Gum, Gol jaringan Lionel Messi ketika menentang Real Madrid pada tahun 2017 telah mendapat jumlah tontonan tertinggi antara jaringan lain di Youtube.

YouTube merupakan medium terbaik untuk para peminat bola sepak menonton kembali gol gol yang cantik dan menjadi kegemaran mereka.

Jaringan Lionel Messi pada minit akhir perlawanan ketika menewaskan Real Madrid dalam perlawanan El clasico pada tahun 2017 telah membuatkan Santiago Bernabeu tersentap.

Dari keputusan seri 2-2 Messi berjaya mengubah keputusan perlawanan kepada 3-2 dan beliau meraikan gol itu dengan keraian sungguh ikonik.

Jaringan itu telah berjaya menarik lebih 40 juta tontonan setakat ini. Apa yang menariknya, dari 10 senarai teratas tiga daripadanya adalah jaringan Messi.

Itulah kehebatan seorang lelaki bernama Lionel Messi. Jadi tidak hairanlah beliau digelar G.O.A.T.

Pernah dengar kisah Diego Maradona menjaringkan gol menggunakan tangan dan gol itu diiktiraf oleh FIFA sebagai gol terbaik sepanjang zaman?

Jaringan kontroversi “Hand Of God” itu hanya mampu berada di kedudukan keempat sahaja dalam carta 10 terbaik dengan mendapat lebih dari 9 juta tontonan.

Mungkin kerana kontroversi yang berlaku menyebabkan ramai orang kembali menonton video jaringan itu.

Korang masih ingat gol yang dijaringkan oleh Aguero di masa kecederaan ketika menentang QPR yang membantu Manchester City menjulang kejuaraan Liga?

Ya gol yang membuatkan seluruh peminat Manchester United berduka itu berada di kedudukan ke sepuluh dalam senarai dengan mendapat lebih dari 2 juta tontonan.

Gol sepakan percuma jaringan Roberto Carlos yang dikatakan telah mencabar hukum fizik dengan menghasilkan gol sebegitu berada di tangga kedua dengan mendapat lebih dari 24 juta tontonan.

Gol sensasi David Beckham di Old Trafford ke atas Greece pula berada di tangga ketiga dengan mendapatkan lebih dari 15 juta tontonan.

Gol libasan dari tengah padang Zlatan Ibrahimovic ke atas England pada 2012 berada di tangga keenam dalam senarai.

Beliau menewaskan Joe Hart dengan cara yang sangat kejam dan melemaskan.

Selain itu, gol jaringan bicycle kick yang padu dan mantap dari Wayne Rooney keatas Manchester City dalam aksi derbi United berada di tangga ke lapan dalam senarai.

Sementara itu, gol voli cantik dari Zinedine Zidane dalam aksi berhadapan Bayern Leverkusen di final UCL 2002 telah berjaya mendapatkan lebih dari 3.3 juta tontonan.

Berikut adalah senarai penuh 10 teratas berdasarkan kajian oleh Ticket Gum:

1. Lionel Messi vs Real Madrid 2017 – 40 juta tontonan di YouTube

2. Roberto Carlos vs France 1997 – 24.5 juta tontonan di YouTube

3. David Beckham vs Greece 2001 – 15.1 juta tontonan di YouTube

4. Diego Maradona vs England 1986 – 9.1 juta tontonan di YouTube

5. Lionel Messi vs Getafe 2007 – 8.5 juta tontonan di YouTube

6. Zlatan Ibrahimovic vs England 2012 – 7.5 juta tontonan di YouTube

7. Lionel Messi vs Bayern Munich 2015 – 4.8 juta tontonan di YouTube

8. Wayne Rooney vs Manchester City 2011 – 3.8 juta tontonan di YouTube

9. Zinedine Zidane vs Bayer Leverkusen 2002 – 3.3 juta tontonan di YouTube

10. Sergio Aguero vs QPR 2012 – 2.2 juta tontonan di YouTube.

BACA:  Maradona: Messi Tidak Sepatutnya Kembali Dari Persaraan