10 Nama Terawal Pemain Merebut Ballon d’Or Telah Diumumkan, Bintang Chelsea Turut Tersenarai

Setiap hari, para peminat bola sepak sering berdiskusi dan bertelagah sama ada di kedai kopi, di pejabat atau di Facebook mengenai siapa pemain terbaik dunia dan pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk menantikan siapa yang bakal dijulang sebagai pemenang Ballon d’Or – anugerah yang dikeluarkan oleh majalah France Football.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Perkahwinan ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan.

Pada tahun lalu, bintang Real Madrid dan Portugal telah memenangi anugerah ini, menewaskan saingan rapat Lionel Messi.

Untuk Ballon d’Or 2017, France Football telah mengeluarkan 10 senarai awal daripada 30 pemain yang disenarai pendek untuk mencabar anugerah ini pada tahun ini.

Pemain Chelsea, N’Golo Kante adalah antara yang tercalon dalam senarai 10 terawal yang dikeluarkan. Penyenaraian ini sama sekali tidak mengejutkan kerana Kante cukup cemerlang mengawal jentera tengah Chelsea dalam musim mereka memenangi Liga Perdana Inggeris.

Tapi tu lah, rasanya Kante ni sekadar pelengkap senarai je.

Selain Kante, bintang Liga Perdana Inggeris yang turut diumumkan dalam senarai ini ialah Philippe Coutinho. Bintang Coutinho cukup bersinar sepanjang musim lalu dan dia boleh dikatakan sebagai pencetus kepada gerakan-gerakan serangan pasukan Liverpool.

Sergio Ramos, Luka Modric dan Marcelo menjadi tida pemain Real Madrid yang pertama berada dalam senarai 30 pemain ini. Kita pasti dapat menjangkan rakan sepasukan mereka, Cristiano Ronaldo dan Isco akan turut berada dalam senarai penuh nanti.

Bintang Paris Saint Germain, Neymar turut tidak ketinggalan untuk menempatkan diri dalam senarai. Pada tahun lalu. Neymar diundi di tempat kelima, jauh di belakang Ronaldo dan Messi. Pada musim ini, Neymar juga yakin rakan sepasukannya yang baru, Kylian Mbappe bakal memberikan cabaran yang sengit untuk merangkul anugerah berprestij ini.

Antara pemain lain yang turut tersenarai di kalangan 10 terawal ini adalah Luis Suarez (Barcelona & Brazil), Jan Oblak (Atletico Madrid & Slovenia), Paulo Dybala (Juventus & Argentina) dan juga Dries Mertens (Napoli & Belgium).

Sumber berita dan gambar : Mirror Football

Baca Juga

Baca Juga