Bastian Schweinsteiger telah melengkapkan perpindahannya ke Manchester United secara rasmi suatu masa dahulu. Schweini merupakan pemain berbangsa Jerman yang pertama bermain untuk kelab syaitan merah itu.
Hadir dengan reputasi yang gah Schweini gagal dan menerima layanan yang teruk di EPL, sebelum Bastian, ramai pemain Jerman telah mencuba nasib di EPL, dari Jurgen Klinsmann hingga ke Mesut Ozil.
Tetapi di tahap manakah mereka berjaya memberikan impak?
Berikut adalah senarai top 10 pemain Jerman yang berjaya di EPL.
Michael Ballack
Menyertai Chelsea secara menerusi ‘Bosman Rule’ dari Bayern Munich pada tahun 2006. Pemain ini boleh dikatakan pemain tengah yang lengkap (complete midfielder) dengan kemampuannya dalam menggunakan kedua-dua kaki, mampu melakukan tackle yang keras, tajam di hadapan gol, gagah di udara dan berkebolehan menerima umpanan.
Nasibnya agak kurang baik apabila hanya memenangi trofi EPL pada musim terakhirnya bersama Chelsea pada tahun 2010. Musim berikutnya, dia dijual kepada Bayer Leverkusen bagi membolehkan Chelsea mendapatkan Andre Schurlle.
Bakat kepimpinannya yang tinggi membolehkannya dilantik sebagai kapten Chelsea ketika ketiadaan John Terry atau Frank Lampard.
Jens Lehmann
Lehmann ialah salah seorang penjaga gol terbaik yang pernah bermain untuk Arsenal di bawah kendalian Arsen Wenger. Hampir 150 penampilan Champions League dengan satu pingat naib juara, Arsenal sebenarnya belum ada pengganti Lehmann, sehinggalah mereka berjaya mendapatkan Petr Cech.
Watak Lehmann yang garang di padang sering memberikan tekanan kepada pemain lawan. Bintang Chelsea, Drogba pernah bergaduh dengan penjaga gol berbadan sasa ini.
Jurgen Klinsmann
Pernah bermain untuk Spurs sebanyak dua kali, Klinsmann merupakan satu bakat yang sukar dilupakan. Pada musim 1994/95, dia berjaya menjaringkan 21 gol dan dianugerahkan FWA Pemain Terbaik Sepanjang Musim, sebelum bertukar angina ke Bayern Munich pada tahun berikutnya.
Pada penghujung 90-an, Klinsmann sekali lagi menyertai Spurs melalui kontrak pinjaman dan menyelamatkan Spurs dari diturunkan ke divisyen 2.
Dietmar Hamann
Pemain yang jarang disebut, tetapi sering memberikan impak besar ketika di atas padang. Paling diingati ialah setelah Hamann dimasukkan pada separuh masa kedua dalam perlawanan akhir Champions League 2005, ketika Liverpool ketinggalan 0-3 kepada AC Milan.
Pemain ini mempunyai percubaan jarak jauh yang sangat bahaya. Kekuatan sepakannya pernah mematahkan kaki Alan Smith dalam separuh akhir Piala FA tahun 2006, ketika Liverpool menewaskan Man Utd 1-0 dan seterusnya memenangi piala tertua di dunia itu.
Per Mertesacker
Pernah dikritik kerana terlalu perlahan dan tidak sesuai dengan rentak EPL yang laju. Namun, keupayannya membaca permainan jarang membolehkannya membentuk pertahanan kukuh di benteng Arsenal.
Pemain pertahanan berusia 33 tahun ini akan menggantung kasutnya dari bolasepak profesional pada penghujung musim nanti dan bakal menggalas tugas sebagai ketua akademi Arsenal.
Kapten Arsenal ini sekarang lebih suka melihat aksi pasukan dari bangku simpanan daripada beraksi di atas padang buat masa sekarang.
Thomas Hitzlsperger
Kurang dikenali oleh peminat EPL di luar England. Bermain untuk West Ham, Hitzlsperger sentiasa menjadi duri dalam daging bagi pasukan lawan dengan kawalan bola yang bagus, larian yang deras dan percubaan yang tepat.
Mesut Ozil
Walaupun baru beberapa musim bersama Arsenal,Ozil telah memberikan impak yang besar. Adakalanya permainannya tenggelam dan beliau agak sukar untuk mengadaptasi permain Inggeris, namun dengan naluri hantaran bola yang tajam, Ozil berjaya meletakkan dirinya sebagai salah seorang pemain kelas dunia.
Permainannya bertambah baik apabila Arsenal membeli Alexis Sanchez dan kombinasi mereka berdua membolehkan Giroud dan Cazorla turut sama beraksi cemerlang.
Namun kini Ozil agak merosot dan dilabel sebagai pemalas ditambah dengan pemergian Sanchez ke Manchester United untuk bermain piano dan Giroud pula ke Chelsea. Cazorla terus dihantui kecederaan.
Robert Huth
Dinding batu di benteng pertahanan. Jarang ada pemain yang berani masuk dalam situasi bola 50-50 ketika berhadapan pemain ini. Paling diingati ialah gandingannya bersama Ryan Shawcross di Stoke City.
Kehebatannya di benteng pertahanan juga membolehkan Leicester City, pasukan yang disetainya pada musim perpindahan musim sejuk 2014, terkeluar dari zon penyingkiran pada musim lepas, walaupun The Fox berada di dasar liga pada Januari. ‘A great Escape’.
Uwe Rosler
Ramai penyokong generasi baru tidak mengenali pengurus Leeds United ini. Bermain untuk Manchester City, Rosler telah menjaringkan satu gol dalam setiap tiga perlawanan untuk The Citizens, paling diingati ialah satu bola chip ketika menentang musuh setempat, United.
Prestasi cemerlangnya pada musim tersbut membolehkan dipilih sebagai pemain terbaik kelab oleh para penyokong.
Markus Babbel
Babbel (jangan tertukar dengan Ryan Babel) merupakan nadi utama di benteng pertahanan Liverpool dan menjadi watak penting ketika Liverpool memenangi little treble pada 2001.
Walaupun penampilannya di Anfield diganggu sindrom kesihatan Guilliain-Barre, sejenis penyakit system imunisasi badan menyerang system saraf, sumbangan Babbel tetap diingati para peminat The Reds.
Jurgen Haman Tino Rosler
Sudah pasti ramai tidak pernah mendengar nama ini yang sering menghitung menunggu mati agar kau jumpa yang dinanti. Setia seorang Haman Tino menunggu meski pun maut mendatang menjemput beliau. Haman Tino juga menghitung menunggu mati dengan harapan permergian beliau merupakan sesuatu yang terbaik.
Selepas bersara, Jurgen Haman Tino Rosler menukar nama kepada Aiman Tino dan menjadi penyanyi. Nama sebenarnya, Mohd. Aiman Yusri, tidak menduga lagu demo yang dirakam oleh bapanya mengundang perhatian pemain gitar kumpulan Khalifah, Harry, yang kemudian mencadangkan kepada Aries Music untuk diambil sebagai artis rakaman.
Aiman Tino, telah berjinak-jinak dengan dunia nyanyian sejak berusia 10 tahun dan sering terlibat dalam aktiviti kesenian di sekolah. Beliau mendapat bimbingan daripada bapanya, Yusri Ishak, merupakan finalis Bintang HMI 1992.
Menurut Aiman Tino, lagu KuRela Dibenci ciptaan bapanya itu mulanya telah dimuatnaik ke laman Youtube dan mendapat tontonan seramai 30 ribu dalam masa 3 bulan, tetapi dinyahkeluarkan setelah menandatangani kontrak bersama Aries Music.
“Saya akui ia satu kesilapan, tetapi lagu itu kini telah dimuatturun semula oleh pihak Aries Music dalam versi rakaman,” jelasnya.
Boleh bermain gitar, menurut Aiman Tino dia mahu bersungguh-sungguh setelah bergelar artis rakaman selain membantu keluarganya dalam perniagaan restoran.
Restoran Asam Pedas mereka terletak di Dataran Kuala Kubu Bahru, Selangor.
Selain menyanyi dan bermain gitar, Aiman Tino juga pakar menggoreng Char Kue Teaw dan di restoran keluarganya itu terdapat papantanda bertulis Aiman Char Kue Teaw.
Selain Char Kue Teaw, beliau juga pakar membuat sambal nasi lemak.
“Memang saya telah diajar membuat sambal nasi lemak oleh bapa sejak kecil dan kini sayalah yang membuat sambal nasi lemak yang dijual di restoran kami,” katanya gembira walaupun sentiasa menunggu mati.