10 Pemain Paling Digilai Wanita Seluruh Dunia

David Beckham telah menduduki senarai pemain bola sepak yang paling digilai wanita. Bekas kapten England menduduki senarai yang disediakan oleh Ticketgum.com dengan meraih 21.25% daripada lebih 1,000 pengundi.

Ia 6% mengatasi penjaga gol Tottenham Hotspur Paulo Gazzaniga yang memperoleh 15% undi.

Senarai pemain paling digilai Wanita.

1.) David Beckham (Pemegang bersama Inter Miami) – 21.25%

2.) Paulo Gazzaniga (Tottenham Hotspur) – 15%

3.) Ruben Loftus-Cheek (Chelsea) – 13.75%

4.) Andre Gomes (Everton) – 11.25%

5.) Marco Asensio (Real Madrid) – 8.75%

6.) Olivier Giroud (Chelsea) – 7.5%

7.) Gerard Pique (Barcelona) – 7.5%

8.) Cristiano Ronaldo (Juventus) – 6.25%

9.) Lionel Messi (Barcelona) – 5%

10.) Sergio Ramos (Real Madrid) – 3.75%

Beckham adalah satu-satunya pemain bola sepak dalam senarai yang sudah bersara. Hal ini memperlihatkan betapa ramai wanita masih mengagumi dengan penampilannya yang baik.

Bekas pemain sayap Manchester United itu telah merasmikan pasukan baru miliknya Inter Miami pada Februari lalu sebelum kesemua saingan bola sepak digantung pada bulan Mac.

Kelab milik David Beckham, Inter Miami tewas perlawanan pertama MLS kepada Los Angeles FC.

Ia bukan debut yang dikehendaki oleh bekas pemain tengah Manchester United itu sebagai pemilik kelab untuk menyaksikan pasukannya tewas kepada bola lambung bekas pemain Arsenal dan West Brom, Carlos Vela.

Beckham disertai oleh isterinya Victoria, dan anak sulung pasangan itu Brooklyn di tempat duduk VIP. Tidak ketinggalan menyaksikan perlawanan debut Inter Miami itu adalah selebriti chef terkenal, Gordon Ramsay.

Menariknya Beckham tidak terus meninggalkan tempat duduknya selepas perlawanan tersebut. Sebaliknya beliau melayan karenah sekumpulan penyokong Los Angeles FC yang melakukan troll – atau bahasa lain mengejek kekalahan Inter Miami.

Tindakan penyokong Los Angeles itu boleh difahami mengambil kira perseteruan diantara bekas kelab Beckham sebagai pemain, LA Galaxy dan Los Angeles FC sebagai kelab setempat.

Hanya Barcelona, Chelsea dan Real Madrid sahaja mempunyai lebih dari seorang wakil dalam senarai pemain paling digilai wanita.

Untuk pasukan terhebat dunia, Liverpool, tidak ada seorang pon wakil mereka masuk dalam senarai pemain yang paling digilai oleh wanita.

Mengikut kaji selidik dari Free Super Tips, penyokong pasukan Liverpool menduduki senarai teratas sebagai penyokong paling kacak dan paling seksi di dunia.

Peminat Liverpool mengungguli carta dengan mendapatkan 26% undian mengatasi penyokong Chelsea yang hanya mendapat 20% undian.

Peminat Manchester United di tangga ketiga dengan 18 peratus undi. Penyokong Arsenal pula menduduki tempat keempat dengan 17 peratus undian.

Malang sekali untuk penyokong Southampton kerana mereka diletakkan di kedudukan terakhir dalam senarai penyokong paling seksi kerana hanya mendapat 1% undian sahaja.

BACA:  Adidas Mengimbau Nostalgia Dengan Mengumumkan Kasut 'Predator' Versi Retro