10 Rekod Terbaik Milik Cristiano Ronaldo

Senarai rekod yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo sepanjang kariernya seperti tidak berpenghujung.

Sekiranya dilihat senarai rekod yang dicipta oleh Messi dan Ronaldo sepanjang karier mereka, jelas kedua-dua bintang handalan itu sememangnya mendominasi dunia bola sepak sejak awal karier mereka.

Pemenang lima kali Ballon d’or itu merupakan pemain yang paling banyak mencipta dan memecahkan rekod dalam sukan bola sepak.

Beliau layak digelar pemain terbaik dunia sepanjang zaman atas pencapaian gemilang sepanjang kariernya.

Dari kesemua rekod yang berjaya dicipta oleh Cristiano Ronaldo, disini kita kongsikan 10 rekod terbaik milik bintang Portugal itu.

Bukan mudah untuk seseorang pemain bola di muka bumi ini untuk mencapat tahap seperti beliau.

Berikut merupakan 10 rekod terbaik milik Cristiano Ronaldo :

10) Pemain La Liga Paling Cepat Mencapai 200 Gol.(178 Perlawanan)

Bermula dengan rekod jaringan beliau dalam saingan La Liga, Ronaldo mempunyai karier yang sangat cemerlang ketika beraksi bersama Real Madrid.

Beliau membuatkan semua orang melihat menjaringkan gol itu perkara yang mudah. Ronaldo banyak menjaringkan gol untuk Los Blancos.
La Liga adalah medan permainan beliau satu masa dahulu.

Ronaldo berjaya menjaringkan 200 gol dari 178 perlawanan dalam saingan La Liga. Ia sesuatu rekod yang luar biasa dan mungkin akan dipecahkan oleh generasi baru selepas ini.

9) Penjaring Terbanyak Peringkat Separuh Akhir UCL(13 Gol)

Ronaldo antara pemain bernama besar yang selesa beraksi di pentas yang tertinggi.

Bagi pemain lain, aksi separuh akhir Liga Juara-Juara sangat menakutkan, tetapi ianya tidak untuk Cristiano Ronaldo, beliau selesa beraksi walau dalam perlawanan penuh tekanan.

Antara jaringannya yang terbaik dan sentiasa dikenang ketika di peringkat separuh akhir ialah ketika bertemu Atletico pada musim 2016/17.

8) Jaringan Terbanyak Untuk Manchester United Selama Semusim

Ronaldo pernah menjaringkan 31 gol dari 38 perlawanan untuk setan merah dalam satu musim ketika kempen 2007/08.

Tetapi 31 gol itu tidak terbanding dengan rekod cemerlang beliau ketika berjaya menjaringkan 48 gol dalam satu musim di La Liga bersama Real Madrid.

Rekod ini juga secara tidak langsung membuktikan Ronaldo hebat dan mampu menjaringkan gol walau dimana juga beliau beraksi.

7) Menjaringkan Gol Away Secara Berturut-turut Dalam Saingan UCL

Beraksi digelanggang lawan di pentas Eropah sebenarnya adalah tugas yang sangat sukar.

Walau bagaimanapun, dengan bakat dan kehebatan yang dimiliki, Ronaldo berjaya mencipta rekod menjaringkan gol dalam 12 perlawanan berturut-turut dalam saingan Liga Juara-juara.

Sudah pastinya rekod itu masih kekal hingga kini dan tidak dapat dipecahkan oleh sesiapa dalam tempoh sedekat lalu.

6) Pemain Pertama Menjaringkan 30+ Gol Dalam Saingan Eropah.

Ciri- ciri konsistensi yang dimiliki oleh Ronaldo, sedangkan Messi sendiri tidak mampu melakukannya. Pada musim 2013/14 Messi menjaringkan 28 gol dan pada musim 2015/16, beliau menjaringkan 26 gol.

Tetapi Ronaldo, dari musim 2010/11 hingga 2015/16 beliau berjaya menjaringkan lebih 30 gol setiap musim, beliau juga menjaringkan 234 gol dari 207 penampilannya.

Ronaldo berjaya menjaringkan lebih dari 40 gol dalam tiga enam musim bermula dari musim 2010/11 hingga 2015/16.

5) Pemain Terpantas Menjaringkan 350 Gol Untuk Satu Pasukan Di Eropah

Ronaldo cuma memerlukan 338 perlawanan untuk mencapai 350 jaringan. Sukar untuk memecahkan rekod yang dicipta olehnya ini.

Pemain seperti Messi dan Gerd Muller sendiri tidak mampu menandingi rekod yang dicipta Ronaldo ketika beraksi bersama Madrid dalam semua pertandingan lalu.

£80 juta yang dibayar oleh Real Madrid untuk mendapatkannya adalah pelaburan yang paling menguntungkan dalam sejarah bola sepak dunia.

4) Ratio Jaringan Terbaik Di La Liga (1.065 gol setiap perlawanan)

Messi mungkin penjaring terbanyak dalam sejarah top flight Sepanyol, tetapi beliau masih tidak dapat ratio seperti yang dicapai oleh Ronaldo.

Secara keseluruhannya, Ronaldo mengakhiri kariernya di La Liga pada musim panas 2017 dengan menjaringkan 311 gol dan 95 assist dari 292 perlawanan.

3) Kutipan Mata Tertinggi Dalam Undian Ballon d’or (429 mata, tahun 2016)

Pada bulan Disember 2016, tiada siapa mampu untuk menafikan hak bahawa Ronaldo layak memenangi gelaran ballon d’or.

Beliau berjaya membantu Portugal menjuarai Euro 2016 dan memastikan Real Madrid memenangi satu lagi gelaran Liga Juara-juara musim 2015/16.

Tetapi menewaskan Messi dengan kelebihan 429 mata adalah sesuatu rekod terbaik yang dicipta olehnya.

2) Menjaringkan 60+ Gol Satu Tahun Selama Empat Tahun Berturut-turut

Menjaringkan 60+gol atau lebih dari itu dalam tempoh setahun mungkin hal yang biasa bagi seseorang pemain penyerang berkelas dunia.

Tetapi untuk mengekalkannya selama empat tahun berturut-turut seperti yang dilakukan oleh Ronaldo adalah satu hal yang sangat sukar untuk dicapai.

Messi sendiri pernah menjaringkan 91 gol dalam satu tahun dan rekod itu kekal miliknya hingga kini. Yang sukar untuk dilakukan sebenarnya adalah mengekalkan rekod jaringan yang banyak setiap tahun seperti Ronaldo.

1) Jaringan Terbanyak Dalam Saingan Eropah Selama Semusim

Pada musim 2013/14 Cristiano Ronaldo berjaya menjaringkan 17 gol dalam kejuaraan piala Eropah.

Ramai yang menganggap menjaringkan 15 gol oleh seorang pemain dalam satu kempen Liga Juara-Juara adalah hal yang sukar, tetapi Ronaldo berjaya melakukan itu dan menambah dua lagi gol untuk mencipta rekod yang lebih cemerlang.

Ronaldo adalah satu-satunya pemain yang menjaringkan 15 gol dalam saingan liga Juara-Juara dan beliau berjaya melakukannya dalam tiga edisi yang berasingan.

Begitulah antara rekod terbaik yang dicipta oleh Cristiano Ronaldo, namun beliau kini sedang dalam usaha untuk memecahkan satu lagi rekod untuk kariernya bersama pasukan kebangsaan Portugal.

Beliau cuma memerlukan 11 lagi jaringan untuk memecahkan rekod yang dipegang oleh Ali Daei’s dari Iran sebagai penjaring terbanyak untuk pasukan kebangsaan di peringkat antarabangsa dengan 109 gol.

BACA:  Cristiano Ronaldo Pecah Rahsia Keraian Sii Beliau