10 Rekod Yang Gila Dari Ronaldo Selepas Menjaringkan 100 Gol Di Kejohanan Eropah

Cristiano Ronaldo telah mencipta sejarah baru eropah apabila dua gol ketika menentang Bayern Munich minggu lalu menjadikan jumlah jaringan Ronaldo dalam pertandingan kelab peringkat eropah kepada 99 dan 100 gol!

Semalam Ronaldo mencipta hat-trick juga menentang Bayern Munich dalam suku akhir kedua menjadikan gol di Eropah kepada 101.102 dan 103.


Mari kita lihat rekod lain Ronaldo samada di dalam padang atau di laman sosial.

1. Penjaring Hat-trick Terbanyak La Liga (32)

2. Satu-satu Pemain Menjaringkan Gol Di Piala Dunia Dan EURO

Ronaldo merupakan satu-satunya pemain yang menjaringkan gol di Piala Dunia 2006, 2010 dan 2014 serta di EURO 2004, 2008, 2012 dan 2016.

3. Atlete Yang Mempunyai Pengikut Terbanyak di Instagram Dan Twitter

Di Instagram Ronaldo mempunyai 97.1 juta pengikut.

Sementara di Twitter pula pengikut Ronaldo berjumlah 51.2 juta orang. 17 juta lebih ramai dari LeBron James.

4. Arsenal

Sekadar lawak hambar nak cukupkan 10. Dah la Arsenal sekarang nombor 6.

Tak kelakar kan?

5. Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Portugal

Rekod ini setakat 13 Nov 2016

Setakat 28 Mac 2017, Ronaldo telah menjaringkan 71 gol dalam 138 penampilan bersama Portugal. Ronaldo muncul penjaring terbanyak Portugal 5 March 2014 apabila menjaringkan dua gol ketika menewaskan Cameron 5-1 dalam perlawanan persahabatan.

Dua gol tersebut membolehkan Ronaldo memotong penjaring terbanyak sebelum ini Pauleta yang menjaringkan 47 gol dan menjadikan jaringan Ronaldo ketika itu 49 gol.

6. Penampilan Terbanyak Sepanjang Zaman Portugal

Rekod ini setakat 13 Nov 2016

Selain penjaring gol Ronaldo juga membuat penampilan terbanyak bersama Portugal iaitu sebanyak 138 penampilan setakat 28 Mac 2017.

7. Penjaring Terbanyak Sepanjang Zaman Real Madrid

Ronaldo telah mengatasi Raul dan Stefano sebagai penjaring terbanyak Real Madrid dan dilakukan hanya dalam tempoh 7 musim.

8. Dipilih UEFA’s Team of the Year – 11 Kali

Ronaldo terpilih sebagai UEFA team of the year sebanyak 11 kali.

9. Pemenang ‘Portugal’s Best Athlete Abroad’ – 8 Kali

Ronaldo juga dipilih sebagai Atlit terbaik Portugal di luar negara sebanyak 8 kali.

10. Pemain Yang Memenangi Semua Gelaran Bersama Dua Kelab

Ronaldo satu-satunya permain yang memenangi gelaran liga, the national cup, the national Super Cup (a.k.a. Community Shield), Champions League, Club World Cup, League Player of the Year, the Golden Boot dan the Ballon d’Or bersama dua kelab berbeza.

Manchester United dan Real Madrid.

Baca Juga

Baca Juga