10 statistik gila Cristiano Ronaldo dalam kempen UEFA Champions League

Cristiano Ronaldo telah menjaringkan hatrik yang ketiga dalam kempen UCL pada musim lepas dan membantu Real Madrid layak ke pusingan separuh akhir seterusnya muncul juara UCL musim 2015/2016. Ronaldo merupakan seorang pemain Super, selain Leo Messi yang mendominasi carta dan statistik bola sepak Eropah pada hari ini.

Berikut adalah 10 fakta statistic Cristiano Ronaldo dalam UCL.

  1. Ronaldo mempunyai jumlah gol dan assist paling banyak dalam UCL dengan jumlah keseluruhannya 65, diikuti Leo Messi – 40, dan Robert Lewandoski – 37.

leo vs ron

2. Tiada pemain yang menjaringkan hat-trik paling banyak melainkan Ronaldo dan Leo Messi – 5 kali hat-trik

BenzemaGiroud-infographic1

3. Hat-trik yang dijaringkan oleh Ronaldo pada musim ini ialah 3 kali, separuh dari kesemua hat-trik dalam UCL musim ini di mana lagi tiga tersebut dilakukan oleh pemain yang berlainan – Karim Benzema, Olivier Giroud dan Robert Lewandowski.

nein german

4. Tiada pemain yang menjaringkan lebih banyak gol dari Ronaldo menentang kelab Jerman – 17 gol.

5. Dalam perlawanan menentang Wolfburg semalam, Ronaldo hanya sempat menyentuh bola sebanyak tiga kali dalam kotak penalti dalam separuh masa pertama, dua darinya adalah gol.

ron golden boot

6. Ronaldo telah menjaringkan 16 gol dalam UCL pada musim ini, satu kurang dari rekod sepanjang zaman yang juga dipegangnya iaitu 17 gol pada musim 2013/14.

7. Ya, rekod penjaring terbanyak UCL ialah Ronaldo – 17 gol.

8. Ronaldo terlibat dalam 20 gol dalam UCL pada musim ini, paling banyak berbanding pemain lain.

ron mufc rm

9. Ronaldo telah menjaringkan gol menentang 31 pasukan dalam UCL sepanjang kariernya.

alfredo di stefano cr7

10. Ronaldo telah menjaringkan 15 gol pada peringkat suku akhir UCL, satu melebihi lagenda Alfredo Di Stefano.

Baca Juga

Baca Juga