389.3 Juta Pound: Nilai 11 Pemain Utama Perancis di Rusia 2018

Perancis menampilan pasukan termahal dalam edisi Piala Dunia kali ini. Gabungan nilai Kylian Mbappe dan Paul Pogba sahaja boleh mencecah hampir 260 juta pound bergantung kepada perkembangan Mbappe di Paris St Germain.

Kini Kante pula sedang menjadi buruan kelab mewah Paris st Germain manakala Benjamin Pavard mungkin menjadi perpindahan mahal selepas Piala Dunia kali ini. Pavard sedang diburu Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Tottenham Hotspur.

Hanya pertahanan kiri Perancis sahaja tidak pernah diniagakan. Beliau masih kekal bersama kelab remajanya iaitu Atletico Madrid.

Senarai 23 pemain Perancis di Rusia 2018

Di bawah merupakan senarai pemain Perancis berserta kelab, posisi, tahun menyertai kelab dan harga perpindahan.

Hugo Lloris

Penjaga Gol –  2012/13 (Tottenham, 12 Juta Pound)

Penjaga utama Perancis ini menyertai Tottenham Hotspur pada september 2012 dengan kontrak 4 tahun dan nilai perpindahan tersebut adalah 8 juta pound sterling.

Bayaran itu boleh meningkat sehingga 12 juta dengan Lyon berhak mendapat 20% hasil penjualan jika Tottenham mahu menjual pemain tersebut.

Benjamin Pavard

Pertahanan Kanan –  2016/17 (Stuttgart, 3.3 juta pound)

Stuttgart berjaya mengikat pemain pertahanan ini dengan harga 4 juta euro selepas pengurus pasukan Lille lebih cenderung untuk menggunakan pemain yang lebih berpengalaman. Pavard tidak mempunyai posisi tetap di kelab itu.

Beliau dicuba di posisi pertahanan kiri, kanan, tengah dan tengah bertahan. Ada yang mengatakan beliau lebih sesuai bermain di pertahanan tengah.

Akhirnya Stuttgart memberi posisi pertahanan kanan kepada pemain bawah 21 tahun Perancis ketika itu. Buat masa sekarang Pavard sedang menjadi rebutan pasukan Bayern Munich, Borussia Dortmund dan Tottenham Hotspur dengan harga 30 juta euro.

Lucas Hernandez

Pertahanan Kiri – Pemain akademi Atletico Madrid)

Pemain ini dibangunkan oleh kelab Atletico Madrid. Kelab ini tidak meletakan Hernandez dalam senarai untuk dijual ketika harganya bakal meningkat selepas Piala Dunia 2018. Kelab dari sepanyol tersebut telah menyediakan pelan untuk Hernandez.

Hernandez pemain yang baharu berusia 22 tahun sudah mengutip 10 kemunculan bersama pasukan Perancis, 5 daripadanya adalah di Piala Dunia 2018.

Samuel Umtiti

Pertahanan Tengah – 2016/17 (Barcelona, 20.8 juta pound)

Umtiti dibawa masuk oleh Barcelona ketika beliau berusia 22 tahun pada 2 musim lepas dengan harga 25 juta euro. Selepas membantu Perancis mara ke separuh akhir di Piala Dunia 2018, Barcelona pantas mengikat kontrak baharu selama 5 tahun.

Samuel Umtiti bermain dalam kesemua 5 perlawanan di Rusia, mengumpul 24 penampilan bersama Perancis setakat ini.

Nilai pelepasan pemain ini dikatakan meningkat kepada 500 juta euro dari 50 juta sebelumnya.

Raphael Varane

Pertahanan Tengah – 2011/12 (Real Madrid, 9 juta pound)

Real Madrid mengumumkan pembeliannya terhadap Varane dengan jumlah harga yang tidak didedahkan. Pemain bawah 21 Perancis ini pada ketika itu menyertai Real Madrid bersama Nuri Sahin, Hamit Altintop dan Maria Callejon.

Walaupun nilai perpindahan tidak didedahkan tetapi perpindahan pemain berusia 18 tahun tersebut dianggarkan dalam jumlah 10 juta euro.

N’Golo Kante

Tengah Bertahan – 2016/17 (Chelsea, 30 juta pound)

Selepas berpindah ke Leicester City dengan harga 6 juta pound, Kante mendapat musim yang luar biasa bersama kelab tersbut. Menjuarai Liga Perdana Enggeris.

Chelsea terus menawarkan pembelian dengan harga 30 juta pound yang mana bakal menjadi rekod penjualan tertinggi Leicester.

Kante kini sedang diburu kelab dari Perancis Paris St Germain dengan harga permulaan 40 juta pound dan kini dikhabarkan meningkat kepada 100 juta pound.

Paul Pogba

Tengah – 2016/17 (Manchester Utd, 89 juta pound)

Manchester United memecahkan rekod dunia pada ketika itu dengan pembelian Pobga. Pogba menandatangani kontrak 5 tahun bernilai 105 juta euro.

Pemain paling mahal Perancis dengan harga 89 juta Pound. Akan dipecahkan jika Kylian Mbappe berjaya ditandatangani secara tetap di Paris St Germain

Harga pembelian 89 juta pound, harga tersebut boleh meningkat kepada 93 juta atas beberapa klausa tambahan.

Kylian Mbappe

Sayap Menyerang Kanan – 2017/18 (PSG, 165 juta pound)

Paris st Germain sangat berminat untuk mendapatkan Mbappe secara tetap tetapi agak sukar dilakukan kerana kekangan Uefa Financial Fair Play rules. Ia lebih mustahil selepas kelab ini baharu sahaja membeli Neymar dengan harga 200 juta pound.

Paris st Germain bakal menjual beberapa pemain untuk mendapatkan Mbappe sebagai pemain tetap pasukannya. Nilai 165.7 juta tersebut mungkin tidak akan turun selepas pemain ini menampilkan aksi yang cemerland di Rusia.

Antoine Griezmann

Tengah Menyerang – 2014/15 (Atletico Madrid, 24 juta pound)

Selepas menjadi sebahagian dari skuad Piala Dunia Perancis pada 2014, juara La Liga Atletico Madrid terus menyambar pemain berusia 24 tahun ini. Griemann bersama Mario Manzukic menjadi pengambilan baharu kelab tersebut untuk musim 2014/2015.

Laporan mengatakan nilai perpindahan itu adalah 24 juta pound walaupun ia tidak didedahkan kepada umum.

Blaise Matuidi

Sayap Menyerang Kiri – 2017/18 (Juventus, 18.2 juta pound)

Pada usia 30 tahun pemain ini dibeli oleh Juventus dengan harga 18.2 juta pound. Juventus perlu menambah 9.6 juta tambahan bergantung kepada jumlah penampilannya di Seria A. Matuidi menjadi pemain ke-9 yang dibawa masuk oleh pasukan gergasi itali ini dengan kontrak 3.1 juta semusim pada 2017/18.

Olivier Giroud

Penyerang Tengah – 2018 (Chelsea, 18 juta pound)

Masalah prestasi yang melanda Alvaro Morata sebagai penyerang utama Chelsea membawa kepada pembelian Giroud di pintu perpindahan Januari 2018. Menurut laporan nilai perpindahan tersebut adalah 18 juta pound dengan kontrak 18 bulan.

Dengan usia 31 tahun Giroud masih lagi bernila 18 juta Pound. Bersama Blaise Matuidi menjadi pemain berusia lebih 30 tahun yang kerap bermain

Penyerang antarabangsa Perancis ini menjaringkan 105 gol dalam 253 penampilan bersama Arsenal. Pasukan tersebut membawa masuk Giroud dengan harga 12 juta dari Montpellier pada Jun 2012.

Nilai Pemain kesebelasan utama Peransis, 389.3 juta Pound

Didier Dechamps menggunakan 10 pemain secara regular dari 23 pemain yang tersenarai. Hugo Lloris adalah penjaga utama disamping Benjamin Pavard di pertahan kanan, Lucas Hernandez pertahanan kiri dan Samuel Umtiti, Raphael Varane di pertahanan tengah.

Djibril Sidibe dan Benjamin Mendy pernah digunakan untuk pemain simpanan pertahanan kiri dan kanan.

Paul Pogba dan N’Golo Kante adalah pemain utama di tengah bertahan. Steven N’Zonzi membuat 101 minit kemunculan untuk posisi ini. Sementara Antoine Griemann menjadi pemain utama di tengah menyerang.

Dua pemain muda berbakat Perancis berada di posisi yang sama iaitu sayap menyerang kanan melibatkan Kylian Mbappe, 19 dan Ousmane Dembele,21. Pemain veteran Juventus Blaise Matuidi digilirkan di posisi sayap menyerang kiri bersama pemain dari kelab Bayern Munich Corentin Tolisso dan Thomas Lemar-AS Monaco.

Dengan hanya mengabil kira 11 pemain yang kerap digunakan oleh Deshamps ianya bernilai 389.3 juta pound. Berapakah nilai kesemua 23 pemain Perancis ini?

Osmane Dembele, Thomas Lemar dan Nabil Fekir juga antara pemain muda yang mahal dipasaran masa kini.

*Semua nilai Euro ditukar kepada Pound mengikut nilai matawang pada masa perpindahan tersebut kecuali di bahagian teks.

Baca Juga

Baca Juga