14 Kelab Premier League Berbelah Bahagi Mengenai Hukuman Kepada Enam Jahanam

14 kelab Premier League yang tidak mendapat jemputan untuk ke Super league kini berbelah bahagi mengenai hukuman yang patut dijatuhkan kepada pasukan Enam Jahanam yang tamak lalu lupa diri.

Enam Jahanam atau Big six disini merujuk kepada Arsenal, Manchester United, Manchester City, Tottenham Hotspur, Liverpool dan Chelsea yang terlibat dengan huru-hara Super League.

Pegawai kanan kelab yang dirahsiakan mengatakan mereka mahukan kelab pengkhianat ini dijatuhkan hukuman yang sewajarnya kerana mereka telah melanggar peraturan Premier League.

Peraturan Liga Perdana L9 mengatakan mana-mana kelab ahli memerlukan persetujuan bertulis terlebih dahulu oleh Lembaga untuk memasuki pertandingan baru.

Ada pasukan yang mahukan enam jahanam ini dikenakan potongan mata yang sememangnya memeritkan berbanding denda yang lekat celah gigi sahaja.

Wakil kelab ini mengatakan bahawa peraturan itu “telah dipatahkan secara paten” oleh pemberontak yang menandatangani perjanjian untuk bergabung dengan Liga Super yang diusulkan.

Manakala wakil kelab yang juga dirahsiakan memberitahu Sky Sports bahawa hukuman seperti pemotongan mata atau denda akan menyebabkan orang lain yang terluka.

Semua ini salah pemilik kelab 6 terbesar dan pemain, pengurus serta peminat menjadi mangsa ketamakan individu.

Namun jika benar kesalahan telah dilakukan maka tiada sebab kenapa mereka yang bersalah patut dibebaskan dan hukuman wajar diberikan sebagai pengajaran.

Menurut wartawan Sky Sports News Kaveh Solhekol kesalahan yang dilakukan oleh enam jahanam ini besar kerana telah merosakkan reputasi bola sepak Inggeris yang tinggi nilainya.

Enam Jahanam ini kembali ke pangkal jalan kerana reaksi negatif dari seluruh dunia termasuklah dari pemain, pengurus dan peminat mereka sendiri.

“Kerosakan reputasi yang dilakukan terhadap permainan di negara ini sangat besar dan saya juga ingin mengatakan bahawa kelab-kelab berkenaan mereka telah kehilangan suara mereka, kehilangan sebahagian kekuatan mereka, kehilangan pengaruh mereka di sini dan juga di luar negera, di UEFA dan di European Club Association dan juga di FIFA.”

“Dalam jangka pendek, saya rasa harga yang harus dibayar ialah 14 kelab Liga Perdana yang lain mengatakan ‘sebilangan daripada anda yang berada di belakang ini tidak lagi diterima di Liga Perdana. Anda tidak lagi diterima di mesyuarat kami, anda bukan orang yang boleh kita bekerjasama lagi. ‘

Menurut Kaveh Solhekol sepatutnya pegawai dan eksekutif kelab yang terbabit dalam gerakan Super League ini di singkirkan dari Premier League atas pengkhianatan dilakukan.

Sudah tiba masanya kerajaan campur tangan dengan membuat undang-undang baharu.

“Jadi, sebilangan eksekutif kanan di kelab-kelab Liga Perdana ini akan sangat risau akan masa depan peribadi mereka sendiri.

“Untuk jangka masa panjang, saya rasa anda akan melihat kerajaan akan membuat undang-undang kerana ini menunjukkan bahawa cara bola sepak berjalan di negara ini tidak diatur dengan baik dan saya fikir Kerajaanakan bertindak.

“Saya rasa di masa depan kita dapat melihat pengatur bebas yang bertanggungjawab menjalankan bola sepak di negara ini.”

Baca Juga

Baca Juga