Filipina Tewas 0-1 Kepada Korea Selatan Dengan 14 Pemain Naturalisasi & Kacukan

Filipina membariskan 10 pemain naturalisinya dalam perlawanan pembukaannya di Kumpulan C. Kesemua 3 pemain simpanan yang dibawa masuk juga merupakan pemain naturalisasi.

Meninggalkan hanya Daisuke Sato merupakan pemain kacukan Jepun-Filipina berada dalam senarai bermain pada perlawanan yang menyaksikan Filipina tewas kepada Korea Selatan.

Pada perlawanan tersebut skuad Sven Goran Eriksson bermain secara bertahan dan hanya mengintai peluang serangan melalui serangan balas. Luke Woodland, Alvaro Silva dan Stephane Palla membentuk pertahanan berlima bersama Stephan Schrok dan Daisuke Sato sepanjang perlawanan.

Malahan penyerang tunggal kelahiran Sepanyol Javier Patino juga kerap turun kebawah.

Javier Patino (20) turun membantu john Patrick Strauss dalam perlawanan yang menyaksikan Filipina tewas 0-1 kepada Korea Selatan. Foto AFC

Jaringan minit ke-67 dari Hwang ui Jo berjaya menyelamatkan Korea Selatan mencatat kemenangan 1-0 ke atas pasukan kali pertama layak ke pusingan akhir, Filipina.

Korea Selatan pantas mendahului kumpulan C tetapi agak bergelut untuk mendapatkan jaringan ketika berhadapan dengan Filipina.

Filipina turun tanpa pemain adik beradik Younghusband bermain dengan cara bertahan dan hanya melakukan serangan balas pantas melalui Patrick Reichelt dan Javier Patino.

Selepas banyak cuabaan untuk memecah masuk ke dalam kotak penalti terutama dari sayap kiri, Korea mendapat peluang terbaik apabila dianugerahkan sepakan percuma di luar kotak penalti. Namun percuabaan Jung Woo Young tersasar hanya beberapa inci dari sasaran.

5 minit selepas separuh masa ke-2 dimulakan, hantaran Lee Young ke dalam kotak penalti menemui Hwan Ui Jo yang kemudiannya melakukan percubaan pantas tetapi penjaga gol Filipina Michael Falkesgaard membuat aksi penyelamat yang cemerlang.

Tidak sampai seminit kemudian Penjaga Gol Korea Selatan, Kim Seung Gyu pula menggagalkan percubaan dari Patino. Serangan balas yang bermula selepas Daisuke Sato berjaya memintas hantaran bola lawan dan terus membuat hantaran lintang dari belakang kepada Patino.

Pasukan dari Asia Tenggara ini hampir memberi mimpi buruk kepada Korea Selatan selepas pertahanan lawan hilang fokus sehingga Patino hampir berjaya mejaringkan gol.

Jurulatih Korea Selatan membawa masuk 2 pemain Hwan In Beom dan Lee Chung Yong selepas sejam permainan dan 7 minit kemudian Lee Chung memberi impak kepada pasukan selepas terlibat dengan jaringan tunggal perlawanan.

Hantaran Chung kepada Hee Chan berjaya menemui Ui Jo pada minit ke-67 dan pemain ini membuka jaringan dari percubaan jarak dekat.

Pemenang Piala Asia 1956 dan 1960 itu terus memggunakan momentum jaringan pertama dengan membuat asakan bertubi-tubi ke gawang Filipina namum Falkesgaard cemerlang untuk menggagalkan semua serangan tersebut.

Pemain paling berpengaruh Filipina, Phil Younghusband dimasukan pada minit terakhir perlawanan tetapi terlalu lewat untuk membantu pasukan ini mecari gol penyamaan.

Dalam perlawanan ini juga menyaksikan Eriksson hanya mahu mencuri mata sebelum bertemu Krygyzstan pada perlawanan terakhir. Kegagalan mencuri sekurang-kurangnya 1 mata ketika menentang Korea Selatan dan China bakal melenyapkan harapan Filipina ke peringkat seterusnya.

Laluan menjadi lebih sukar apabila menyaksikan 1 lagi perlawanan kumpulan C menyaksikan Kygyzstan berjaya mengelak kekalahan besar menentang China apabila hanya tewas 1-2.

Filipina akan bertemu satu lagi pasukan besar China pada jumaat depan manakala Korea Selatan akan bertemu Kygyzstan.

Berikut adalah senarai 14 pemain dan tempat kelahiran yang diturunkan oleh pasukan Filipina pada perlawanan semalam.

  • Michael Falkesgaard (Denmark)
  • Stephan Schrok (Jerman)
  • Luke Woodland (Emeriyah Arab Bersatu)
  • Daisuke Sato (Kacukan Jepun/Filipina)
  • Stephane Palla (Austria)
  • Alvaro Silva (Sepanyol)
  • John Patrick Strauss (Jerman)
  • Manuel Ott (Jerman)
  • Patrick Reichelt (Jerman)
  • Kevin Ingreso (Jerman)
  • Javier Patino (Sepanyol)

Pemain simpanan yang masuk

  • Iain Ramsey (Australia)
  • Adam Tull (England)
  • Phill Younghusband (England)

Baca Juga

Baca Juga