15 Fakta Bola Sepak Yang Pelik Tapi Benar

Para peminat bola sepak semestinya suka kan fakta-fakta bola sepak sama ada fakta dari segi data perlawanan, ataupun rekod lampau sejarah. Pada bulan April 2020 yang lalu, ketika semua umat manusia di atas muka bumi ini diperintahkan berkurung dek penangan virus Covid-19, seorang pengguna Twitter telah meminta orang ramai berkongsi fakta bola sepak yang tampak pelik tapi sebenarnya betul.

Contoh fakta yang tak pelik dan benar adalah seperti kepoweran Liverpool mendonia, manakala fakta yang pelik tapi betul adalah seperti Manchester United pernah mengecapi kejuaraan treble. Faham, kan?

Berikut adalah 15 daripada fakta-fakta bola tersebut.

Kalau korang ada fakta bola yang lagi padu, boleh kongsi di komen.

Philipp Lahm Tidak Lakukan Foul Lebih Setahun

Legenda Bayern Munich dan Jerman ini adalah seorang pakar dalam bidang membaca perlawanan dan dia telah mencipta rekod tidak melakukan sebarang foul atau kekasaran selama 13 bulan, daripada September 2014 sehingga Oktober 2015. Padu!

Jose Mourinho Tidak Menang Anugerah Pengurus Terbaik Bulanan Walaupun Menjuarai EPL

Pengurus berbangsa Portugis ini telah memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris sebanyak tiga kali – kesemuanya bersama Chelsea. Kejuaran pertamanya hadir pada musim 2004-05, diikuti 2005-06 dan terakhir sekali pada musim 2014-15.

Walaubagaimanapun, dia hanya diangkat sebagai pengurus terbaik bulanan hanya pada musim 2004-05 dan dalam dua lagi musim dia menjulang piala, anugerah ini tidak pernah diberikan kepadanya. Faham tak?

Neymar Menang Anugerah Pemain Terbaik Bulanan Terlebih Dahulu Berbanding Messi

Messi berada di Barcelona sejak dari kecil dan mula memecah masuk ke pasukan utama sekitar tahun 2005/06 manakala Neymar hanya menyertai barcelona pada tahun 2013. Pun begitu, Neymar lebih awal memenangi anugerah pemain terbaik bulanan iaitu pada tahun 2013 dan Messi hanya mula mendapat anugerah pertama pada bulan Januari 2016. Messi kemudiannya telah mengutip anugerah pemain terbaik bulanan sebanyak enam kali sebelum menyertai Neymar di Paris Saint Germain.

Ini adalah perbandingan pemain terbaik bulanan La Liga tau. Jangan banding Ballon d’Or. Kasihan Neymar nanti.

Manchester United Tidak Pernah Tewas di Old Trafford

Bunyi macam pelik, kan? Sebenarnya ayat penuh dia macam ni – Manchester United tidak pernah tewas di Old Trafford jika mendahului lawan pada separuh masa pertama. Jadi harapnya hilang lah terkejut tu.

Mesti dalam hati dah sebut – habis yang kena belasah 5-0 dengan Liverpool pada musim lepas tu apabenda, kan?

Theo Walcott Menjaringkan Gol Lebih Banyak Dalam UCL Berbanding Beberepa Legenda

Bekas pemain Arsenal ini secara kolektifnya telah menjaringkan sebanyak 15 gol dalam pertandingan Liga Juara-Juara UEFA sepanjang dia bermain bersama Arsenal.

Jumlah jaringan ini adalah lebih banyak berbanding pemain yang diangkat sebagai dewa dan legenda bola sepak seperti Ronaldo Original, Zinedine Zidane, Miroslav Klose, David Villa, Alexis Sanchez dan juga Eden Hazard.

Kalau ditanya jumlah kejuaraan UCL, menangis tepi katil lah si Walcott ni.

Zlatan Ibrahimovic dan Cristiano Ronaldo Telah Menjaringkan Gol Dalam Setiap Minit

Kedua-dua pemain yang dikenali dengan ‘keangkuhan’ mereka merupakan pemegang rekod hanya dua pemain yang pernah menjaringkan gol dalam setiap minit, dari minit pertama sehingga minit ke-90.

Ini menujukkan betapa banyaknya gol dijaringkan oleh kedua-dua pemain ini. Cuma Ronaldo lebih power sebab pernah jaringkan gol guna telur.

Zlatan Bermain Untuk 6 Pasukan Yang Menang UCL, Tapi Dia Tak Pernah Menang Pun

Zlatan Ibrahimovic mempunyai karier yang panjang dan pernah bermain di dua benua – Eropah dan Amerika Syarikat. Pemain Sweden ini pernah bermain untuk pasukan seperti Malmo, Ajax Amsterdam, Juventus, Inter Milan, Barcelona, AC Milan dan juga Manchester United.

Enam daripada kelab tersebut pernah memenangi kejuaraan UCL atau Piala Eropah tapi Zlatan sekali pun tak pernah julang piala tu.

Paling sendu, Zlatan menyertai Barcelona pada awal musim 2009-10 dari Inter dan kelab Catalan tersebut baru sahaja menjulang UCL. Pada musim itu, Inter muncul juara UCL. Sadis betul.

Sepanyol Memenangi Piala Dunia Dengan Hanya 8 Gol

La Furias Rojas pernah mendominasi bola sepak dunia dan kemuncaknya pada tahun 2010, mereka telah muncul sebagai juara Piala Dunia. Menariknya, pasukan ini hanya menjaringkan lapan gol di sepanjang kejohanan.

Sepanyol hanya menjaringkan dua gol ketika menewaskan Honduras, dua gol ketika tewaskan Chile, satu gol tewaskan Portugal di pusingan kedua, satu gol di suku akhir ketika menang ke atas Paraguay, satu gol juga ketika perlawanan separuh akhir dan akhir, masing-masing menentang Jerman dan Belanda.

Bola sepak Sepanyol ketika ini walaupun bermain secara tiki-taka, adalah sangat membosankan dan berbeza dengan tiki taka Barcelona.

Gary Lineker Tidak Pernah Mendapat Kad Kuning

Penyerang legenda England telah bermain sebanyak 647 perlawanan sepanjang karier professionalnya bersama pasukan seperti Leicester City, Everton, Barcelona, Totenham Hotspur, Nagoya Grampus Eight dan juga pasukan kebangsaan England. Pun begitu, sekali pun tidak pernah dia dilayangkan kad kuning.

Terberak atas padang tu pernah sekali.

Steve Bruce Pernah Jaringkan 19 Gol Semusim Sebagai Pertahanan Tengah

Bekas pengurus Newcastle United ini merupakan kapten legenda Manchester United dan bermain di posisi pertahanan tengah. Pada musim 1990-91, dia telah menjaringkan 19 gol dalam keseluruhan pertandingan, termasuk 13 gol dalam liga – sekaligus muncul sebagai penjaring terbanyak kelab

Penyerang pasukan masa tu makan gaji buta agaknya.

Wayne Rooney, Gareth Bale dan Kevin Davies

Ketiga-tiga pemain ini tiada pertalian darah pun. Persamaan antara mereka adalah mereka pernah menjaringkan gol, mencipta assit serta menjaringkan gol sendiri dalam satu perlawanan.

Hidup bila dah bosan sangat macam ni pula jadinya.

Kingsley Coman Julang Piala Setiap Musim

Kingsley Coman sudah bermain untuk tiga kelab yang berbeza dan dia telah menjulang 11 kejuaraan liga berturut-turut! Pemain Perancis ini menjulang trofi liga bersama PSG apda musim 2012-13, menjulang Scudetto bersama Juventus pada musim 2014-15 dan juga tujuh kejuaraan berterusan bersama Bayern Munich.

Ini bermaknsa dia telah menjulang piala pada setiap musim sejak bergelar pemain professional. Coman baru sahaja berusia 26 tahun!

Klausa Kontrak Tidak Boleh Pergi ke Angkasa

Stefan Schwarz telah menyertai Sunderland pada tahun 1999 dari Valencia pada harga £4 juta. Pemain Sweden ini diberikan kontrak yang mempunyai klausa luar biasa di mana jika dia berkunjung ke angkasa.

Angkasa di sini maksudnya pergi ke angkasa lepas secara fizikal, bukan ke Angkasapuri atau jenis pergi ke bulan bukan pakai roket NASA.

Jose Mourinho Tidak Tewas Perlawanan di Laman Sendiri Selama 9 Tahun

Pengurus ini cukup dikenali sebagai pengurus yang mementingkan kekuatan pertahanan dan pada 2 April 2011, rekodnya tidak kalah di laman sendiri bersama empat kelab lebur apabila Real Madrid tewas kepada Sporting Gijon di Santiago Bernabeu.

Kekalahan tersebut juga menandakan berakhirnya perjuangan pasukan untuk memenangi kejuaraan La Liga.

Kali terakhir dia tewas di laman sendiri sebelum tarikh tersebut adalah pada 23 Februari 2002, apabila Porto tewas 3-2 kepada SC Beira-Mar.

Real Madrid Tewaskan Pasukan Simpanan Sendiri Dalam Perlawanan Akhir Copa Del Rey

Los Blancos telah memenangi Copa Del Rey sebanyak 19 kali namun kejayaan mereka pada tahun 1980 pasti akan dikenang sampai bila-bila. Ini adalah kerana mereka menewaskan pasukan simpanan mereka sendiri, Real Madrid Castilla 6-1 dalam perlawanan di Santiago Bernabeu.

Bayangkan kalau Selangor FC tewaskan Selangor FC II dalam perlawanan akhir Piala FA. Mesti pelik, kan?

Nasib baik MFL kita bijak bergeliga.

Sumber : SB

BACA:  Ronaldo Akui Jadi Manusia Lebih Baik Selepas Tinggalkan Setan Merah