15 Fakta Menarik Tentang Beckham

David Beckham. Seorang pemain bola yang sangat berpengaruh di dunia. Malah tidak keterlaluan, Beckham adalah penyebab seseorang manusia itu meminati bola sepak.

Raut wajahnya yang kacak dan sepakan percumanya adalah faktor utama beliau sangat terkenal di seluruh dunia.

David Beckham telah bermain dengan pasukan besar seperti Manchester United, Real Madrid,AC Milan(pinjaman), La Galaxy  dan mengakhiri karier bola bersama kelab PSG.

Artikel ini akan memberikan anda  fakta tentang lagenda bolasepak ini.

1. Nama sebenar Beckham adalah David Robert Joseph Beckham.

Gambar Dalam Kad Pengenalan Lama Beckham

2. Beckham dilahirkan pada 2/5/1975 di London, England.

3. Subjek yang diminati oleh Beckham di zaman persekolahannya adalah seni. Rare betul.

4. Kaki kanan beliau lebih panjang dari kaki kiri beliau. Sebabnya, latihan sepakan percumanya yang maha dasyat.

5. Pada tahun 1997, beliau berjaya mengorat Victoria “Posh Spice” Adams. Lepas mengorat mestilah mereka akan berkahwin bukan? Perkahwinan beliau bersama Victoria telah mendapat liputan meluas. Kos perkahwinan pada masa tu mencecah $800,000. Tu tak ada SPM atau Ijazah tu. Kalau tak berapa la mak Victoria ni letak hantaran.

Beckham dan Kumpulan Gadis Rempah Ratus Sajian Zaman Silam

6. Beckham mempunyai penyakit  obsessive-compulsive disorder (OCD). Segala-galanya  mestilah teratur dan juga mestilah berpasangan

7. David Beckham adalah raja carian di google pada tahun 2003 dan 2004 dalam kategori sukan.

8. Beliau juga bolehlah dikatakan icon fesyen bagi gaya rambut untuk semua lelaki didunia ini. Dari gaya rambut Trunks, mohawk, skinhead, sehinggalah gaya rambut botak.

Beckham Tengah Usha Mak Jemah

9.David Beckham satu-satunya pemain Inggeris  yang berjaya menjaringkan gol dalam tiga edisi kejohanan piala dunia.

10.Otak burung unta lebih kecil dari matanya.

Hai. Jangan Marah

11. Pada tahun 2015, dunia mengundi beliau sebagai Lelaki paling seksi di dunia.

12. Beckham mempunyai 20 tatoo di seluruh badannya.

Kisah Disebalik Setiap Tatoo Beckham. Terbaru Tatoo Ayahanda Rani Kulup

13. Beckham mengatakan, beliau berlatih mengambil sepakan percuma  beratus kali sehari. Jika ada jin yang merasuk beliau, maka beribulah dia akan berlatih sepakan percuma sehari!

14.  Selain latihan yang berterusan, beliau mendedahkan satu lagi rahsia bagaimana dia boleh menguasai teknik sepakan percuma. Dia mengatakan, semasa dia kecil. Beliau selalu menendang anak patung milik kakaknya.  Pelik betul.

15. Beckham juga antara penyebab mengapa perempuan di seluruh dunia meminati bola sepak. Ke ada perempuan yang minat bola sebab Diego Costa?

Gila jambu
BACA:  Pada Tahun 1998 FourFourTwo Telah Meramalkan Wajah Beckham Pada 2020