1+5 Ibrah Kekalahan Besar Arsenal di Emirates

Bayern Munich sekali lagi membuktikan bahawa mereka adalah pasukan yang cukup kuat apabila membelasah Arsenal 5-1 di gelanggang lawan dalam pusingan 16 pasukan Liga Juara-juara UEFA pagi ini. Walaubagaimanapun Bayern terpaksa menungggu sehingga Arsenal bermain 10 pemain apabila Koscielny dibuang padang kerana mencuit manja Robert Lewandowski.

Kekalahan besar ini menambah lagi kebencian dalam cinta para penyokong terhadap Arsene Wenger yang dilihat sudah gagal untuk menentukan hala tuju yang jelas buat pasukan The Gunners tersebut.

Berikut adalah 10+2 pengajaran daripada perlawanan yang menyaksikan Bayern sekali lagi membuli Arsenal.

Wenger Out

Wenger sudah habis idea?

Arsene Wenger ni kalau dalam sejarah, dia ibarat Achilles, seorang pahlawan Greek yang kebal, namun akhirnya mati dibunuh tentera Troy yang berjaya mengenalpasti titik kelemahan Achilles. Kalau dulu Arsenal boleh dikatakan kebal, tetapi dek kesilapan Wenger dalam urusan pembelian pemain, pasukan terus menjadi bebal. Taktik dan gaya permainan Wenger juga sudah boleh dibaca oleh lawan mereka. Jadi tidak peliklah tempoh hari tewas kepada Liverpool, dan sekarang tewas kepada Bayern.

Sanchez – Hero atau Diva?

Banyak pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat Sanchez

Sudah sedia maklum bahawa Sanchez adalah pemain terbaik Arsenal pada musim ini. Kalau Sanchez tiada, kemungkinan besar Arsenal kini sedang bergelut di zon penyingkiran liga bersama-sama Swansea City tau. Tetapi, apabila Sanchez dipanggil semula oleh Wenger membarisi kesebelasan utama dalam di Emirates, Sanchez dilihat bagaikan bermain tanpa semangat.

Rakan sepasukan di Chile yang bermain untuk Bayern, Arturo Vidal telah mengajak Sanchez untuk berhijrah ke Bayern. Adakah Sanchez masih lagi pemain Arsenal musim depan?

Walcott Masih Ada Sinar

Mungkinkah akhirnya Walcott akan menjadi watak utama Arsenal?

Theo Walcott merupakan pemain yang paling senior bersama Arsenal namun dia masih lagi gagal mendapat tempat yang tetap di kesebelasan utama. Walcott menjaringkan gol yang tidak terjangka oleh Neuer sehinggakan penjaga gol Bayern itu terkedu dan terkesima melihat bola menembusi gawangnya. Mungkin selepas perlawanan ini Wenger boleh meletakkan Walcott sebagai pemain penyerang utamanya? Itu pun kalau Wenger masih ada lah.

Bayern Bakal Juara

Kali terakhir Bayern menjuarai UCL ketika di bawah kendalian Heynckes

Setiap posisi pasukan Bayern diisi oleh pemain-pemain kelas dunia dan bakal kelas dunia. Robben, Lewandowski, Thiago, Renato Sanchez, Arturo Vidal, Xabi Alonso dengan kata lain semua pemain lah! Kalau setakat lawan Arsenal ni, mungkin mereka sekadar menggunakan separuh kuasa berlawan, dan tidak perlu menjadi Super Saiya. Dengan prestasi cemerlang ini, Bayern berpeluang besar untuk muncul juara UCL pada musim ini.

Carlo Ancelotti vs Thomas Mueller

Mueller lebih selesa memanaskan bangku simpanan musim ini

Thomas Mueller adalah anak jati kesayangan peminat Bayern, tetapi pada musim ini, Mueller gagal membawa prestasi cemerlangnya pada musim lalu. Di bawah Ancelotti, Mueller sekadar menjaringkan lima gol dalam semua pertandingan dan kini dia banyak duduk di bangku simpanan, termasuk dalam perlawanan menentang Arsenal. Jadi, timbul persoalan, adakah pendekatan yang dibawa Ancelotti tidak relevan dengan gaya permainan Mueller atau gasnya sudah habis?

Baca Juga

Baca Juga