15 Penerjun Bola Sepak yang Paling Teruk di Eropah

Kalau dalam Olimpik, acara terjun memang seronok untuk ditonton di mana kita dapat lihat para atlet berpusing-pusing pusing-pusing seperti tayar bas sebelum meluru tajam ke dalam air, dengan percikan air yang paling minimum bakal mendapat tepukan gemuruh para penonton. Namun, dalam bola sepak, acara terjun ini akan dikategorikan sebagai lakonan dan hukumnya adalah haram, dan kesalahan yang dapat dikesan bakal menerima hukuman mandatori kad kuning.

Namun, masih ada segelintir pemain yang sanggup terjun atau berlakon demi mencari tendangan percuma atau penalti, seperti mana yang dilakukan oleh beberapa pemain Barcelona dalam perlawanan menentang PSG tempoh hari.

Laman web Squawka telah mengeluarkan satu senarai 15 penerjun yang paling konsisten di eropah sejak tahun 2014 dan agak mengejutkan, tiada pemain Blaugrana dalam senarai ini.

Mungkin Squawka mendapat arahan daripada UEFA untuk tidak senaraikan pemain daripada pasukan Catalan tersebut. Mungkin la.

Mendahului senarai ini ialah pemain Napoli, Dries Mertens yang telah melakukan enam terjunan sejak 2014, dan diikuti oleh empat pemain yang melakukan Arsenal terjunan. Mereka ialah pemain Sassuolo Domenico Beradi, Alvaro Morata dari Real Madrid, Keita dari Lazio dan Alejandro Gomez yang bermain untuk kelab  Atalanta.

Turut berada dalam senarai ini ialah penyerang Real Madrid, Cristiano Ronaldo atau lebih suka dipanggil Penaldo oleh Cules, dengan tiga terjunan. Begitu juga pemain Crystal Palace, Wilf Zaha dan bekas pemain Arsenal yang kini bermain untuk Real Sociedad, Carlos Vela, yang turut melakukan tiga terjunan sejak 2014.

Seronok juga kalau dapat merekodkan jumlah terjunan yang dilakukan oleh para pemain di Malaysia, dan setakat ini, ada seorang dua pemain dari satu dua pasukan yang selalu menerjun. Ada kalanya pasukan mereka dapat penalti, ada kalanya mereka dapat kad kuning lantas pengadil dikecam teruk oleh peminat.

Itu lah, orang suruh main bola awak pergi terjun. Kalau minat sangat terjun, belajar dengan Bryan Lomas atau Pandalela Rinong. Confirm hebat.

Baca Juga

Baca Juga