Dua bekas kapten Manchester United, Eric Cantona dan Roy Keane telah diangkat sebagai lagenda Liga Perdana Inggeris, atau dalam bahasa orang putihnya Premier League Hall of Fame.
Mereka berdua menyertai Alan Shearer dan Thierry Henry yang muncul sebagai pemain pertama dan kedua diangkat sebagai lagenda pada bulan lalu.
Eric Cantona
Eric Cantona menyertai skuad Alex Ferguson pada tahun 1992 dari Leeds United dan telah memenangi 4 kejuaraan liga dalam 5 musim.
“Aku sangat gembira dan sangat bangga, tapi sebenarnya aku tak terkejut pun,” kata Cantona yang kini berusia 54 tahun.
“Aku akan terkejut kalau aku tak terpilih. Aku sangat bertuah untuk bermain dengan pasukan ni, dengan pemain yang mantap, pengurus yang mantap dan juga penyokong yang mantap.”
"The others are all great. But me? I'm exceptional"
Known as 𝐓𝐡𝐞 𝐊𝐢𝐧𝐠, Eric Cantona reflects on his iconic career and becoming the newest #PLHallOfFame inductee pic.twitter.com/lg1UROCEzK
— Premier League (@premierleague) May 18, 2021
Sebelum menyertai Manchester United, Cantona pernah memenangi liga Divisyen 1 pada musim 1991-92, dan kemudiannya menjaringkan 70 gol dalam 156 perlawanan liga sebelum bersara pada tahun 1997.
Kalau nak ikutkan, Cantona sebenarnya bersara sangat awal iaitu pada usia 30 tahun. Pada tahun tersebut, ada cakap-cakap yang mengatakan bahawa Cantona sebenarnya merajuk dengan Ferguson yang membeli Teddy Sheringham, sedangkan pasukannya sudah memiliki penyerang yang bagus.
Entah lah. Cakap-cakap orang kan? Tak tahu la betul ke tidak.
Tapi, walaupun sekadar beraksi selama 5 tahun bersama United, Cantona telah meletakkan dirinya sebagai lagenda dengan karakter yang bongkak tapi tegas di atas padang, selain selalu menjadi pembangkit semangat kepada rakan sepasukan.
Pemain yang digelar Eric le King ini pernah digantung 9 bulan daripada aktiviti bola sepak selepas dia menerajang seorang penyokong Crystal Palace, yang mengejeknya yang terpaksa keluar padang selepas dilayangkan kad merah.
Roy Keane
Seorang lagi bekas kapten, Roy Keane, adalah satu lagi watak yang dominan dalam skuad Manchester United yang menguasai bola sepak Inggeris. Dia menyertai United pada tahun 1993 dari Notthingham Forest dengan nilai perpindahan GBP3.75juta – rekod perpindahan British pada ketika itu.
Pada mulanya Keane tidak berapa mendapat ruang untuk berada di kesebelasan utama kerana terpaksa memberi laluan kepada dua pemain tengah yang lebih senior – Paul Ince dan Bryan Robson, yang telah menjulang kejuaraan liga yang pertama buat United sejak 1967.
Walaubagaimanapun, Robson yang ketika itu sudah berusia 36 tahun seringkali mengalami kecederaan dan peluang ini digunakan sebaiknya oleh Keane untuk meraih kepercayaan pengurus.
Bercakap mengenai Hall of Fame Liga Perdana Inggeris, Keane agak merendah diri.
Accomplished and competitive, a fierce leader who defined the role of club captain
🔴⚪️⚫️ Roy Keane is inducted to the #PLHallOfFame pic.twitter.com/zp8gkm8VVi
— Premier League (@premierleague) May 18, 2021
“Aku rasa sangat bertuah untuk disenaraikan dalam Hall of Fame tapi aku dapat masuk senarai ni disebabkan para pemain yang aku pernah main bersama,” ujar Keane dengan penuh tawadduk walaupun bermuka bengis.
Antara perlawanan yang paling diingati oleh penyokong United adalah separuh akhir Liga Juara-Juara pada tahun 1999 pusingan kedua, di mana United bertandang ke Turin bertemu Juventus.
Dua gol daripada Juventus awalnya dilihat memusnahkan harapan pasukan diketuai Keane. Namun, dengan tiba-tiba Keane bagaikan dirasuk semangat Hang Jebat di mana dia menjaringkan gol pertama United dalam perlawanan tersebut sekaligus membangkit semangat anak buah yang lain.
Keane menerima kad kuning dalam perlawanan tersebut sekaligus digantung daripada beraksi dalam perlawanan akhir yang paling diingati penyokong United – mereka menewaskan Bayern Munich hasil dua jaringan di hujung perlawanan daripada Sheringham dan Ole Gunnar Solskjaer.
Pada tahun 2005, Keane akhirnya berpisah dengan United selepas cakap lepas dan mengkritik rakan sepasukan dalam temubual bersama MUTV. Pun begitu, Keane kekal diingati sebagai antara pemain yang terbaik yang pernah beraksi buat pasukan Syaitan Merah tersebut.
Berikut adalah senarai pendek 23 pemain untuk Hall of Fame Liga Perdana Inggeris.
Tony Adams, David Beckham, Dennis Bergkamp, Sol Campbell, Eric Cantona, Andrew Cole, Ashley Cole, Didier Drogba, Les Ferdinand, Rio Ferdinand, Robbie Fowler, Steven Gerrard, Roy Keane, Frank Lampard, Matt Le Tissier, Michael Owen, Peter Schmeichel, Paul Scholes, John Terry, Robin van Persie, Nemanja Vidic, Patrick Viera, Ian Wright.