20 Pemain Paling Laju Di Piala Dunia 2018

Senarai 20 pemain paling laju di Piala Dunia 2018 setakat ini telah didedahkan dan agak mengejutkan pemain yang laju macam setan, Kylian Mbappe tidak termasuk dalam senarai ini.

Paling laju tidak bermakna mereka ini power dan hebat. Ada sesetengah pemain yang berada dalam senarai ini memang laju dan selaju itu juga mereka pulang dari Piala Dunia.

Pemain yang ada dalam senarai ini merupakan pemain yang beraksi dari peringkat kumpulan sehingga pusingan 16 terbaik sahaja kerana suku akhir belum berlangsung.

Laju tetapi tak laju.

Di mata kasar Kylian Mbappe sangat laju seperti roket meluncur terutama ketika menghantar Argentina pulang dengan menjaringkan dua gol dalam kemenangan 4-3 Perancis.

Mbappe mencatatkan kelajuan 32.4km/h tetapi belum cukup untuk berada dalam senarai ini. Nampak laju mungkin kerana menentang pasukan lemah seperti Argentina.

Cristiano Ronaldo pada usia 33 tahun membuktikan bahawa beliau masih mempunyai kelajuan yang membunuh apabila berada ditangga teratas dengan mencatatkan kelajuan 34km/h.

https://twitter.com/KroosT8/status/1007918151621840897

Ketua Pasukan Portugal itu mencatatkan kelajuan tersebut ketika serangan balas pantas dengan melakukan larian sejauh 80 ela menetang Sepanyol pada perlawanan pertama.

Pemain Croatia, Ante Rebic berkongsi kelajuan yang sama dengan Ronaldo untuk berada ditempat pertama.

Senarai Penuh 20 Pemain Paling Laju Di Piala Dunia 2018

Nah korang lihat sendiri ada tak pemain kesayangan korang dalam senarai ini. Empat 4 pemain England berada dalam senarai ini.

1. Cristiano Ronaldo (Portugal) dan Ante Rebic (Croatia) – 34km/h

2. Luis Advincula (Peru) – 33.8km/h

3. Santiago Arias (Colombia) – 33.6km/h

4. Kyle Walker (England) dan Jesse Lingard – 33.5km/h

5. Maciej Rybus (Poland), Marquinhos (Brazil), Aleksandar Golovin (Russia), Dani Carvajal (Spain), Hirving Lozano (Mexico) dan Heechan Hwang(South Korea) – 33.3km/h

6. Robbie Kruse (Australia), Marcos Ulrena (Costa Rica), Juan Cuadrado (Colombia), Matthew Leckie (Australia), Raheem Sterling (England), Johan Mojica (Colombia), Marcus Rashford (England) dan Bartosz Bereszynski (Poland) – 33.1km/h

Baca Juga

Baca Juga