20 Penjaring Paling Berbisa Beraksi Di Euro 2020 Untuk Fantasy Football Anda

Masuk Match Day 2 (MD2) kejohanan Euro 2020, bagaimanakah prestasi penyerang permainan Fantasy Football Euro 2020 anda setakat ini?

Kami yakin ada di kalangan anda yang berjaya mengutip mata yang tinggi selepas melakukan beberapa kajian sebelum membuat pemilihan.

Tidak kurang juga ada beberapa penyerang kurang ternama yang menyerlah sebagai penjaring setakat ini.

Untuk memudahkan anda, kami senaraikan 20 penyerang paling berbisa di peringkat kelab yang kini beraksi di Euro 2020.

Cabaran beraksi di peringkat kelab sememangnya berbeza jika dibandingkan dengan pertandingan antarabangsa. Namun kebiasaannya prestasi pemain di peringkat kelab, akan turut dibawa ketika beraksi bersama negara.

Berikut adalah senarai 20 pemain yang paling banyak menjaringkan gol di eropah dan kini bersama pasukan masing-masing di Euro 2020.

20) Ilkay Gundogan (Germany)
Kelab: Manchester City
Jumlah Gol: 13
Penampilan kelab: 32
Minutes per goal: 181

Prestasi di atas padang semestinya menggambarkan evolusi — namun ia sebenarnya adalah sebuah transformasi — mengambil kira perubahan peranan diberikan Guardiola dan bukannya perubahan posisi yang diambil kira.

Gundogan masih lagi adalah pemain No.8 dan bermain di sebelah kiri berpasangan dengan Rodri di jentera tengah Man City, tetapi permainannya kini mempunyai sasaran berbeza.

Hasil analisis tersebut Lillo (pembantu Pep Guardiola) menyedari potensi Gundogan (untuk menghadirkan ancaman) ketika pemain itu berada di garisan atas yang lebih tinggi – ketika pasukan memiliki penguasaan bola dan sedang melakukan tekanan kepada pertahanan lawan.

Apa yang Lillo sedari ialah Gundogan kerap berada di posisi yang baik untuk menjaringkan gol. Pada ketika Joao Cancelo melakuan larian dari posisi bek kanan ke bahagian tengah pada ketika City memiliki penguasaan bola misalnya, Gundogan bebas melakukan larian ke dalam kotak penalti dari bahagian kiri half-space.

Di situlah pemain ini amat efisien dan mampu menyumbang lebih banyak kepada serangan Man City – baik untuk membina gerakan, atau menyudahkan gerakan dengan gol. Mengambil kira kesukaran Jerman menghasilkan gol walaupun mengawal permainan ketika menentang Perancis, tidak mustahil Joachim Low akan menggunakan pendekatan yang sama di pertandingan ini.

19) Janos Hahn (Hungary)
Kelab: Paks
Jumlah Gol: 13
Penampilan kelab: 17
Minutes per goal: 88

Nama yang sememangnya asing bagi kita. Masih miskin pengalaman aksi antarabangsa namun mempunyai ratio jaringan cukup baik di peringkat kelab.

Euro 2020 dilihat sebagai pentas terbaik pemain ini untuk memikat kelab-kelab dari liga utama eropah yang lain. Calon penyerang simpanan? Tak rugi rasanya.

18) Gareth Bale (Wales)
Kelab: Tottenham
Jumlah Gol: 13
Jumlah perlawanan: 23
Minutes per goal: 81

Walaupun beraksi hanya dalam sedikit perlawanan ketika bersama Tottenham, Gareth Bale tetap mampu menampilkan kewibawaannya dengan jaringan-jaringannya.

Merupakan kapten Wales, keseluruhan skuad ini di Euro 2020 seolah-olah direka sesuai dengan acuan Gareth Bale. Tidak syak lagi Bale akan menjadi penyumbang jaringan dan assists untuk pasukannya.

17) Bruno Fernandes (Portugal)
Kelab: Manchester United
Jumlah gol: 14
Jumlah perlawanan: 35
Minutes per goal: 201

Kita semua tahu kemampuan Bruno Fernandes. Bersama Manchester United beliau digelar Raja Penalti, mampu menjaringkan gol, playmaker pasukan, dan berkemampuan melakukan assist untuk rakan sepasukan.

Walaupun telah melalui musim yang panjang bersama Manchester United, tidak ada sebarang tanda pemain ini menunjukkan sebarang tanda keletihan. Beraksi di sisi idolanya Cristiano Ronaldo, Euro 2020 ibarat satu lagi pentas buat Fernandes untuk menampilkan kemampuannya.

16) Lorenzo Insigne (Italy)
Kelab: Napoli
JUmlah gol: 14
Jumlah perlawanan: 32
Minutes per goal: 187

Lorenzo Insigne merobek hati peminat Liverpool Next Year Is Our Year

Dalam perlawanan menentang Sweden di kelayakan Piala Dunia 2018 yang lalu, Itali bergelut untuk mencari gol penyamaan aggregate. Satu babak yang menarik di tepi padang apabila pembantu jurulatih mengarahkan De Rossi memanaskan badan untuk dimasukkan.

De Rossi menolak untuk dimasukkan kerana bagi beliau Lorenzo Insigne lebih layak untuk dimasukkan. Pasukan Itali memerlukan gol dan bukannya memerlukan pemain tengah pertahanan. Hari ini nama Lprenzo Insigne akan menjadi antara nama pertama yang akan berada di dalam kesebelasan utama Roberto Mancini untuk Itali.

15) Memphis Depay (Netherlands)
Kelab: Lyon
Jumlah gol: 14
Jumlah perlawanan: 23
Minutes per goal: 136

Key player untuk Lyon sejak menyertai kelab tersebut pada Januari 2017.

Memphis Depay memang diketahui sebagai pemain yang paling dikendaki oleh Barcelona, namun penyerang Belanda itu gagal dibawa ke Nou Camp semasa tempoh perpindahan musim panas lalu.

Bagaimanapun Ronald Koeman pasti akan mendesak pihak pengurusan kelab untuk sekali lagi cuba untuk mendapatkan penyerang Lyon itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka beberapa hari lagi.

Memphis Depay memang diketahui sebagai pemain yang paling dikendaki oleh Barcelona, namun penyerang Belanda itu gagal dibawa ke Nou Camp semasa tempoh perpindahan musim panas lalu.

Bagaimanapun Ronald Koeman pasti akan mendesak pihak pengurusan kelab untuk sekali lagi cuba untuk mendapatkan penyerang Lyon itu sebaik sahaja jendela perpindahan dibuka beberapa hari lagi. Merupakan penyerang terbaik di dalam skuad Belanda dan akan menjadi sandaran Frank de Boer sepanjang kempen Euro 2020 ini.

14) Alexander Isak (Sweden)
Kelab: Real Sociedad
Jumlah Gol: 14
Jumlah perlawanan: 25
Minutes per goal: 134

Alexander Isak dianggap sebagai salah seorang penyerang geneasi baharu Sweden. Isak sering mendapat jolokan nama sebagai ‘The Next Zlatan’ kerana beliau sering dibandingkan dengan bekas penyerang Manchester United itu.

Beliau sebelum ini sering dikaitkan dengan perpindahan glamour ke Real Madrid, namun begitu segala spekulasi itu ditepis apabila beliau memilih untuk ke Borrusia Dortmund pada 2017.

Walaupun gagal menyerlah bersama Dortmund, Isak akhirnya berjaya mencipta nama buat dirinya bersama Real Sociedad di La Liga.

13) Antoine Griezmann (France)
Kelab: Barcelona
Jumlah gol: 15
Jumlah perlawanan: 32
Minutes per goal: 171

Mahu tumpuan 100% bersama pasukan kebangsaan ketika Piala Dunia

Antoine Griezmann merupakan calon tebaik untuk memintas rekod yang dipegang Michel Platini dan Cristiano Ronaldo selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman suatu hari nanti.

Bintang Barcelona itu setakat ini telah menghasilkan 6 gol dalam 7 perlawanan.

Faktor usia dilihat memihak kepada Griezmann yang masih mampu untuk bermain sekurang-kurangnya satu lagi edisi kejohanan ini iaitu Euro 2024.

Sehingga kini  pemain kelahiran Sepanyol yang memilih beraksi untuk Perancis ini telah meledak 37 gol untuk skuad senior The Blues.

Antoine Griezmann juga merupakan pemenang kasut emas Euro 2016 dengan jaringan enam gol dan gol kedua terbanyak pernah dijaringkan dalam satu edisi Euro.

12) Romelu Lukaku (Belgium)
Kelab: Inter Milan
Jumlah gol: 15
Jumlah perlawanan: 26
Minutes per goal: 143

Tiada keraguan lagi, musim ini adalah musim terbaik buat Lukaku bersama Inter Milan selepas membantu kelab San Siro itu menamatkan dominasi kejuaraan Juventus di Serie A.

Kini Lukaku pasti mahu membawa prestasi cemerlang tersebut bersama skuad kebangsaan. Bekas pengendali Wigan Athletic dan Everton, Roberto Martinez memuji ketajaman Lukaku di depan gawang sejak tiga tahun lalu yang membantu Belgium menamatkan saingan Piala Dunia 2018 di tempat ketiga.

11) Teemu Pukki (Finland)
Kelab: Norwich
Jumlah gol: 15
Jumlah perlawanan: 22
Minutes per goal: 121

Finland membuat kejutan dalam penampilan pertamanya di kejohanan Piala Eropah. Pasukan dari negara Nordik (eropah utara) ini menewaskan Denmark, juga dari Nordik.

Melihat kepada perjalanan karier Teemu Pukki, dia bakal mengikut legenda bola sepak Finland yang lain seperti Litmanen, Hyppia dan Jääskeläinen.

Dari sudut kejayaan bersama pasukan negara, Pukki mempunyai pencapaian lebih tinggi dari ketiga-tiga pemain ini.

Pukki bersama Finland mara ke pusingan akhirEuro 2020 dan pasti turut mahu mengabadikan namanya selaku legenda bersama negaranya.

10) Wissam Ben Yedder (France)
Kelab: Monaco
Jumlah gol: 15
Jumlah perlawanan: 25
Minutes per goal: 116

Musim 2019/20 menyaksikan Ben Yedder berkongsi anugerah kasut emas bersama Kylian Mbappe di dalam saingan Ligue 1.

Namun dengan adanya pemain seperti Karim Benzema, Antoine Griezmann dan Kylian Mbappe, peluang pemain seperti Bin Yedder beraksi di dalam kesebelasan utama agak sukar. Pilihan sebagai pemain simpanan?

9) Mislav Orsic (Croatia)
Kelab: Dinamo Zagreb
Jumlah gol: 16
Jumlah perlawanan: 28
Minutes per goal: 138

Satu lagi nama yang agak asing buat kita kecuali buat peminat Tootenham Hotspur pada musim lalu. Mislav Orsic yang mencetak hatrik untuk pasukannya Dinamo Zagreb sehaligus menyingkirkan Tottenham dari Europa League pada musim ini.

8) Harry Kane (England)
Kelab: Tottenham
Jumlah Gol: 17
Jumlah perlawanan 26
Minutes per goal: 131

Gua bukan cempion la syiall! Kah!Kah!Kah.

Harry Kane dianggap sebagai seorang penyerang ampuh dalam saingan Premier League. Gandingan beliau bersama-sama Son Heung-Min cukup menggerunkan pihak lawan.

Begitu banyak jaringan gol dihasilkan beliau. Malah Kane juga telah diangkat sebagai ketua pasukan England oleh Gareth Southgate.

7) Karim Benzema (France)
Kelab Real Madrid
Jumlah gol: 18
Jumlah perlawanan: 27
Minutes per goal: 125

Bintang sensasi Pe­rancis, Kylian Mbappe mengakui sangat teruja dengan kemungkinan bakal bergandingan bersama Karim Benzema pada saingan Euro 2020 nanti.

Penyerang Real Madrid itu kembali disenaraikan di dalam skuad Perancis oleh Didier Deschamps selepas tersisih selama enam tahun termasuk terlepas aksi Piala Dunia 2018 di Rusia lalu.

Benzema yang meledak 28 gol dalam semua kejohanan musim ini bersama Real terlepas aksi bersama Perancis sejak 2015 selepas timbul isu skandal ugutan dan terpaksa berdepan pertuduhan di mahkamah.

Benzema juga sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila mengkritik Deschamps ke­rana menggugurkan nama­nya daripada skuad Perancis ke saingan Euro 2016.

6) Haris Seferovic (Switzerland)
Kelab: Benfica
Jumlah gol: 18
Juamlah perlawanan: 30
Minutes per goal: 121

Haris Seferovic merupakan satu lagi nama asing bagi kita melainkan jika anda mengikuti perkembangan bola sepak di Portugal. Di sebalik kekelaman Benfica pada musim ini, antara perkara positif yang boleh menjadi sebutan penyokong mereka ialah prestasi cemerlang hars Sferovic. Sesuai sangat untuk berada di dalam senarai penyerang simpanan.

5) Andre Silva (Portugal)
Kelab: Eintracht Frankfurt
Jumlah gol: 19
Jumlah perlawanan: 21
Minutes per goal: 97

Andre Silva mungkin tidak akan berada di dalam senarai kesebelasan utama skuad Portugal disebabkan kehadiran pemain seperti Diogo Jota, Cristiano Ronaldo, Bernardo Silva dan Bruno Fernandes. Namun nama Andre Silva pasti akan menjadi nama pertama yang akan dimasukkan sebagai pemain gantian sekiranya Portugal mahu mengubah perlawanan, atau merehatkan pemain utama mereka.

Musim ini Silva cemerlang bersama Eintracht Frankfurt, menjaringkan 19 gol dari 21 perlawanan.

4) Cristiano Ronaldo (Portugal)
Kelab: Juventus
Jumlah gol: 20
Jumlah perlawanan: 30
Minutes per goal: 128

Cristiano Ronaldo merupakan penjaring gol terbanyak Euro sepanjang zaman dengan 11 gol. Bagaimanapun, Ronaldo masih aktif bermain dan berpeluang untuk menambah lagi jaringan pada Euro 2020.

Pada Euro edisi 2016, Cristiano Ronaldo telah mencipta rekod sebagai pemain pertama menjaringkan gol di empat edisi Euro yang berlainan, Melakukan penampilan pertama dan menjaringkan gol di Euro 2004 sebagai pemain muda berbakat besar, Ronaldo terus menyerlah selepas itu di Euro 2008, Euro 2012 dan Euro 2016.

Ronaldo kini melebarkan rekod tersebut kepada lima edisi Euro berlainan jika terus meledak di EURO 2020.

3) Gerard Moreno (Spain)
Kelab: Villarreal
Jumlah gol: 22
Jumlah perlawanan: 29
Minutes per goal: 104

Bukan kebetulan Villareal mampu menyerlah sehingga mampu muncul juara Europa League, menewaskan Manchester United di perlawanan akhir. Berada di bawah bimbingan Unai Emery, kehadiran Gerard Moreno adalah salah satu sebab Villareal mampu pergi jauh dalam pertandigan tersebut. Bakal menjadi tunjang Sepanyol kendalian Luis Enrique di Euro 2020.

2) Kylian Mbappe (France)
Kelab: PSG
Jumlah gol: 28
Jumlah perlawanan: 29
Minutes per goal: 87

Laju tetapi tak laju.

Kylian Mbappe memulakan musim ini dengan cemerlang bersama PSG. Ianya adalah kesinambungan kecemerlangan beliau pada musim lalu membantu Monaco menjuarai Ligue 1.

Ramai mulai mengaitkan Mbappe sebagai pemain yang bakal menjadi sehebat Messi selepas ini. Namun bekas pengendali Barcelona, Pep Guardiola tidak bersetuju. Selepas Piala Dunia, kejuaraan Euro 2020 melengkapkan koleksi kejuaraan dan menutup mulut mereka yang meragui kemampuannya.

1) Robert Lewandowski (Poland)
Kelab: Bayern Munich
Jumlah gol: 28
Jumlah perlawanan: 22
Minutes per goal: 65

Lewandoswki hambar bersama Poland

Robert Lewandowski dari Bayern adalah penyerang yang paling lengkap, kejam dan sopan dari generasinya.

Pada usia 32 tahun, pemain dari Poland ini telah memenangi treble utama – Bundesliga, DFB-Pokal, Champions League – bersama Bayern Munich pada musim ini.

Memasuki usia 32 tahun, Lewandowski dilihat semakin garang di depan gol dan tiada tanda mengalami sebarang kemerosotan. Siapa tahu rekod apa lagi yang akan dipecahkan oleh Lewandowski selepas ini.

Baca Juga

Baca Juga