20 Perseteruan Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak

Red Star Belgrade dan Partizan’s Belgrade telah dinamakan sebagai seteru terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.

Bahkan ianya lebih besar dari seteru antara Boca Juniors menentang River Plate dan Barcelona menentang Real Madrid.

The Eternal derby atau lebih dikenali sebagai ‘Derby of Southeast Europe’ merupakan derby terbesar dalam bola sepak dunia.

Kepanasan derby antara kedua-dua pasukan ini bukan saja habis diatas padang bahkan ketegangan antara mereka terbawa-bawa hingga ke luar padang.

FootballFanCast telah menyenaraikan 20 seteru terbesar dalam sejarah bola sepak dunia dan memilih perseteruan mereka sebagai yang terbesar dalam senarai.

Menurut syarikat penerbitan itu juga, semangat dan kegembiraan para penyokong datang dari kejayaan diatas padang dengan keputusannya.

FootballFanCast turut menambah bahawa semangat dan kegembiraan juga boleh membawa kepada rusuhan penyokong diluar padang, dengan menimbulkan kekecohan dan pihak polis serta penguatkuasa akan menghadapi tugas yang sukar jika ianya terjadi.

The iconic Old Firm derby yang menemukan antara Celtic dan Rangers diletakkan dikedudukan ketiga dalam senarai 20 seteru terbesar dalam sejarah bola sepak dunia.

El Clasico yang menemukan perseteruan antara Real Madrid dan Barcelona juga masuk kedalam senarai 10 terbaik.

Berikut merupakan senarai 20 perseteruan terbesar dalam sejarah bola sepak dunia hasil dari kajian yang dilakukan oleh FootballFanCast.

20 Perseteruan Terhebat Dunia:

20. Manchester City vs Manchester United (Manchester derby)

19. Arsenal vs Tottenham Hotspur (North London derby)

18. AC Milan vs Inter Milan (Derby della Madonnina)

17. Liverpool vs Everton (Merseyside derby)

16. Bayern Munich vs Borussia Dortmund (Der Klassiker)

15. Sunderland vs Newcastle United (Tyne-Wear derby)

14. Aston Villa vs Birmingham City (Second City derby)

13. Liverpool vs Manchester United (North West derby)

12. West Ham vs Millwall (London derby)

11. Ajax vs Feyenoord (De Klassieker)

10. Olympiakos vs Panathinaikos (‘Derby of Eternal Enemies’)

9. Barcelona vs Real Madrid (El Clasico)

8. Galatasaray vs Fenerbahce (Intercontinental derby)

7. Penarol vs Nacional (Uruguayan Clasico)

6. Lazio vs Roma (Derby della Capitale)

5. Flamengo vs Fluminense (Fla-Flu derby)

4. Al Ahly vs Zamalek (Cairo derby)

3. Celtic vs Rangers (Old Firm derby)

2. Boca Juniors vs River Plate (Superclasico)

1. Red Star Belgrade vs Partizan Belgrade (Eternal derby)

BACA:  Gol Ajaib Bekas Pemain Liverpool Dari Sudut Sukar