2019 FIFA Club World Cup Final : Liverpool 1-0 Flamengo

FIFA Club World Cup 2019 telah hampir ke penghujung dan sudah pasti perlawanan akhir menanti penutup kejohanan bagi mencari pasukan kelab paling hebat di dunia.

Pasukan paling hebat di muka bumi, Liverpool selaku juara Eropah mara ke final selepas menewaskan Monterrey dengan kemenangan tipis dengan penuh dramatik.

Jurgen Klopp menurunkan barisan terkuat dan terbaik di mata penyokong mereka dan menyatakan pemain Flamengo ketakutan dan ketar untuk turun bermain.

Flamengo, Juara Copa Libertadores 2019 menunggu Liverpool di final selepas mudah menewaskan Al-Hilal 3-1.

Perlawanan bermula dengan Liverpool melancarkan dua serangan awal tetapi sentuhan penyudah yang kedua-duanya mencari langit tidak bersempadan.

Hanya 15 minit Liverpool menguasai perlawanan sebelum Flamengo mula mendapat rentak dan permainan menekan Flamengo mula berhasil.

https://twitter.com/JozefSamel/status/1208483416066396163

Senak dan tenat Liverpool yang sukar mendapat ruang sehingga membolehkan Flamengo menguasai perlawanan sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua, Liverpool kembali garang dan memperoleh dua peluang terbaik selepas lima minit permainan.

Cubaan terbaik hadir melalui Roberto Firmino dengan satu percubaan yang menewaskan penjaga gol Flamengo namun bola keluar selepas terkena tiang.

Tidak lama berselang, Mohamed Salah mencuba namun sipi-sipi bola keluar menjauhi gawang.

Flamengo tidak panik dan bertindak balas dengan satu sepakan leret tetapi berjaya ditepis keluar Alisson Becker.

Liverpool garang namun tidak menyengat untuk menterjemah segala percubaan dengan jaringan gol.

Chamberlain terpaksa dikeluarkan kerana kecederaan agak teruk dan menambah lagi kegusaran untuk Liverpool hadapi jadual padat.

Pada penghujung perlawanan Sadio Mane berjaya melepaskan diri dan dikasari ketika mahu melakukan percubaan.

Selepas dirujuk kepada Video Assistant Referee(VAR) tiada kekasaran makan tiada sepakan penalti atau sepakan percuma.

Tiada jaringan selepas 90 minit perlawanana sebenar dan perlawanan di bawa ke masa tambahan.

Gol ditunggu Liverpool akhirnya kunjung tiba, Roberto Firmino meletakkan Liverpool dihadapan dengan satu gelecekan menawan.

Dengan gol itu maka keluar bertebaran penyokong Liverpool di media sosial dengan hantaran status yang sebelum ini menyepi.

Akhirnya wisel penamat tiba maka Liverpool menjadi pasukan kelab teragung di bumi dan membungakan hati peminat bola sepak.

Trebel Eropah dari Liverpool, Juara Champions League, Juara UEFA Super Cup dan juara FIFA Club World Cup.

Liverpool: Alisson; Alexander-Arnold, Gomez, Van Dijk, Robertson; Henderson, Keita (Milner 100′, Oxlade-Chamberlain (Lallana 75′; Salah (Shaqiri 120+1′), Mane, Firmino (Origi 105′)

Subs: Adrian, Lonergan, Van den Berg, Williams, Hoever, Wijnaldum, Jones, Elliott

Flamengo: Diego Alves, Rafinha, Rodrigo Caio, Mari, Filipe Luis, Arao, Gerson (Lincoln 102′), Ribeiro (Diego 82′), De Arrascaeta (Vitinho 77′), Henrique, Barbosa

Subs: Cesar, Gabriel Batista, Rodinei, Rhodolfo, Rene, Diego, Reinier, Piris Da Motta, Thuler, Berrio

Baca Juga

Baca Juga