Selepas koyak teruk tanpa dibahan atau troll, penyokong Liverpool kembali berkepak selepas pasukan senior berjaya mara ke final FIFA Club World Cup 2019.
Sikap diva penyokong Liverpool yang menganggap mereka hebat dan tidak terkalahkan memakan diri apabila teruk dibelasah Aston Villa lima gol tanpa balas.
Tanpa ditanya mereka memberi penjelasan bahawa itu skuad muda, skuad simpanan, skuad bawah umur dan berbangga dengan statistik. Gila tanpa had.
Di mana Liverpool menguasai perlawanan dengan :
1. Lebih banyak percubaan
2. Lebih banyak pengusaaan
3. Lebih banyak hantaran
Hakikatnya kena 5 gol bukan tewas tipis dengan Aston Villa yang tidak menurunkan barisan terbaik mereka pun.
75% – In all competitions, Liverpool have lost three of their four previous matches against clubs from outside of Europe, losing to Flamengo (Brazil) in 1981, Independiente (Argentina) in 1984 and São Paulo (Brazil) in 2005. Seldom. pic.twitter.com/Zl4FPlqlaX
— OptaJoe (@OptaJoe) December 18, 2019
Kini mereka kembali berkepak dan menyalak kembali dengan kemenangan 2-1 ke atas kelab daripada Mexico dan cuba membahan pasukan lain.
Jenis tak boleh kena bahan lepas tu dia bahan orang boleh. Itulah penyokong Liverpool yang selama ni entah ke mana.
Monterrey merupakan juara CONCACAF Champions League 2019 mara ke semi final selepas menewaskan Al-Sadd, juara Qatar Stars League.
Liverpool menunggu di separuh akhir kerana kehebatan mereka selaku juara Eropah.
Jika diikutkan Monterrey bukanlah lawan sebenar Liverpool tetapi Jurgen Klopp tidak menurunkan barisan pemain terbaik.
Tiada pemain pertahanan tengah sejati diturunkan dalam perlawanan ini dan Roberto Firmino dan Sadio Mane juga direhatkan.
3 – Naby Keïta has scored as many goals in his last three matches for Liverpool in all competitions (three) as he managed in his first 41 appearances for the Reds. Flurry. pic.twitter.com/uepPmVUTE4
— OptaJoe (@OptaJoe) December 18, 2019
Khalifa International Stadium, Doha menyaksikan Naby Keita menjaringkan gol pembukaan pada minit ke-12 hasil satu gerakan menarik.
Tetapi Monterrey kembali menyamakan kedudukan 2 minit kemudian hasil satu rembatan jarak dekat.
Jurgen Klopp dan Antonio Mohamed dilayangkan kad kuning kerana kelakuan tidak sepatutnya di tepi padang.
20 – Trent Alexander-Arnold has registered 20 assists in all club competitions in 2019, the most of any Premier League player:
Trent Alexander-Arnold – 20
Kevin De Bruyne – 19
David Silva – 16
Riyad Mahrez – 14
João Moutinho – 13
Andrew Robertson – 13
Bernardo Silva – 13Whip. pic.twitter.com/ojr8AGzxDK
— OptaJoe (@OptaJoe) December 18, 2019
Kemasukkan Sadio Mane dan Trent Alexander-Arnold merancakkan lagi serangan Liverpool namun tiada gol terhasil.
Akhir dengan permainan berbaki lima minit Roberto Firmino di masukkan dan pada minit ke-90 Liverpool sudah di depan kembali.
Liverpool ke final dan bertemu Juara Copa Libertadores 2019, Flamengo yang menewaskan Al-Hilal 3-1.
Monterrey (4-5-1): Barovero 7; Medina 7, Montes 7 (Layun 79), Sanchez 6, Vangioni 6; Pabon Rios 7.5 (Meza 82), Rodriguez 6, Pizarro 7 (J Gonzalez 90), Ortiz 6, Gallardo 7; Funes Mori 7
Subs not used: Basanta, Cardenas, A Gonzalez, Gutierrez, Mejia, Resendez, Urreta, Vasquez, Zaldivar
Liverpool (4-3-3): Alisson 8; Milner 7 (Alexander-Arnold 74, 7), Henderson 7, Gomez 6.5, Robertson 6; Keita 7, Lallana 6.5, Oxlade-Chamberlain 6) Salah 7, Origi 5.5 (Firmino 85, 7.5), Shaqiri 5 (Mane 68, 7)
Subs not used: Jones, Lonergan, Adrian, Williams