3 Defensive Midfielder Yang Man Utd Boleh Tandatangani Berbanding Declan Rice

Posisi defensive midfielder merupakan bahagian paling bermasalah untuk kem Manchester United sepanjang musim ini, dan menjadi punca kepada keputusan buruk yang mereka catatkan.

Setan merah tidak boleh dinafikan lagi pada ketika ini mempunyai barisan pemain berkelas dunia dalam skuad mereka.

Dek kerana memiliki terlalu ramai pemain bintang dalam dunia bola sepak, Ole Gunnar Solskjaer sampai pening kepala memikirkan pemain mana yang mahu beliau gunakan.

Dan kerana itu jugalah Manchester United sehingga kini masih belum mempunyai barisan kesebelasan tetap terbaik mereka.

Jentera serangan skuad setan merah sememangnya antara yang terhebat dalam dunia bola sepak, dengan mereka mempunyai para pemain yang sangat berkualiti di posisi tersebut.

Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani, Marcus Rashford, Anthony Martial, Bruno Fernandes, Jesse Lingard, Mason Greenwood merupakan antara nama-nama besar yang United miliki di posisi serangan mereka.

Walau bagaimanapun, di posisi midfield pula, United jelas sekali mempunyai masalah besar, terutama sekali di bahagian defensive midfielder.

Bermain dalam saingan liga yang kompetetif seperti Premier League dan beraksi dalam saingan Champions League, posisi defensive midfielder sebenarnya sangat penting untuk sesebuah pasukan.

Ia merupakan nadi utama untuk skuad, baik membantu barisan pertahanan, mahupun ketika membuka permainan untuk jentera serangan.

Setan merah sememangnya mempunyai masalah di posisi tersebut, sehingga pengurus kelab, Ole Gunnar Solskjaer terpaksa menggunakan pelbagai cara lain untuk menutupi kekurangan itu.

Pengurus dari Norway itu senantiasa menggunakan sistem double pivot dengan menurunkan Scott McTominay dan Fred dalam kesebelasan utamanya.

Walau bagaimanapun, gandingan dua pemain ini sering dikritik dan dikecam oleh para peminat, kerana merasakan mereka tidak cukup bagus untuk bermain bersama kelab.

Satu hal yang pasti, walau dua pemain ini sering dimaki, dicaci, dihina dan dikeji oleh para peminat, kedua-dua mereka sebenarnya pemain terbaik United di posisi tersebut pada ketika ini.

Mereka merupakan yang terbaik dari kalangan semua pemain lain, namun untuk bersaing dengan pasukan lain, sepertinya masih banyak yang boleh diperbaiki oleh kedua-dua pemain ini.

Mereka boleh dikatakan sering melakukan kesilapan, yang menyebabkan gawang gol Manchester United dibolosi oleh pasukan lawan.

Selain Fred dan McTominay, Ole Gunnar Solskjaer juga turut sering memberi kepercayaan kepada Nemanja Matic untuk diturunkan dalam kesebelasan utamanya.

Walau bagaimanapun, Matic sepertinya sudah terlalu tua, dan tidak berupaya untuk bersaing dan bermain dengan corak permainan fizikal seperti dalam saingan Premier League.

Paul Pogba pula lebih sesuai untuk diturunkan sebagai pemain berperanan bebas atau digunakan untuk membantu jentera serangan.

Beliau tidak boleh bermain dengan baik di posisi defensive midfielder, dan tenggelam setiap kali beliau diturunkan beraksi di posisi tersebut.

Melihat kepada situasi yang berlaku, para peminat mula mendesak pihak kelab supaya menandatangani pemain defensive midfielder pada jendela perpindahan akan datang nanti.

Ruben Neves (Wolverhampton Wanderers)

Manchester United pada ketika ini sudah mempunyai dua pemain berkelas dunia dari Portugal dalam skuad mereka, dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes.

Ruben Neves sememangnya layak untuk ditandatangani dan digandingkan dengan dua lagi rakan senegaranya itu.

Pemain midfield Wolves itu tidak dinafikan lagi mempunyai kemampuan yang menakjubkan untuk bertahan mahupun membantu jentera serangan, dan kerana itu jugalah beliau dianggap antara pemain midfield terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Neves mempunyai kemampuan untuk memenangi bola yang sungguh mengagumkan, dan beliau juga terkenal dengan kualitinya dalam mematahkan serangan lawan.

Selain itu, beliau juga mempunyai kualiti dalam membuat hantaran yang sungguh hebat dan Neves dianggap layak untuk ditandatangani kerana beliau sudah cukup faham tempo permainan dalam saingan Premier League.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mempunyai kualiti dalam membuat tackle kemas dan turut cemerlang dalam melakukan pintasan dalam mematahkan serangan lawan.

Neves tidak dinafikan lagi sememangnya pilihan terbaik untuk melengkapkan skuad Manchester United pada ketika ini.

Satu-satunya kekurangan Red Devils pada ketika ini adalah mereka tidak mempunyai ball playing holding midfielder dalam skuad, dan kehadiran Neves akan menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau turut cemerlang dalam menjaringkan gol-gol yang cantik dan menakjubkan sepanjang kariernya, dan itu membuktikan Neves mempunyai kualiti penyudah yang juga boleh dibanggakan.

Kontrak beliau bersama Wolves akan berakhir pada 2023, dan pihak kelab dilaporkan terbuka untuk menjual Neves pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Sudah tiba masanya untuk Neves keluar dari Wolves, dan beraksi bersama pasukan lebih besar, untuk memajukan lagi kariernya.

Berikut merupakan tiga pemain defensive midfielder yang boleh Manchester United tandatangani, dalam usaha mereka untuk menambah baik skuad sedia ada.

Joao Palhinha (Sporting Lisbon)

Pemain midfield Portugal, Joao Palhinha sememangnya sangat sesuai untuk mengisi kekosongan di posisi defensive midfielder di Old Trafford pada ketika ini.

Di usia 26 tahun, beliau sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan Palhinha sangat dikenali dengan kemampuan beliau dalam memenangi bola.

Beliau sangat berkesan ketika terlibat dengan perebutan bola dan turut cemerlang dalam membuat tackle yang sempurna.

Menariknya lagi, Palhinha mempunyai ketinggian fizikal yang sungguh mengagumkan dengan beliau sangat sempurna untuk memenangi perebutan bola di udara.

Beliau memenangi 72% perebutan bola di udara sepanjang musim 2020/21 dalam saingan Primera Liga, dan ia jelas sekali satu statistik yang boleh dibanggakan.

Palhinha juga tidak dinafikan lagi mempunyai kemampuan yang dasyat dalam menggerakkan bola untuk membantu jentera serangan, dengan kemampuan gelecekan dan kepantasan yang beliau miliki.

Beliau juga mempunyai kualiti yang cukup sempurna untuk bermain di posisi defensive midfielder secara bersendirian, seterusnya membenarkan Paul Pogba dan Bruno Fernandes untuk membantu jentera serangan.

Beliau pada ketika ini masih mempunyai kontrak dengan Sporting Lisbon sehingga 2025 nanti, dan tentunya Manchester United perlu sediakan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

Franck Kessie (AC Milan)

AC Milan pada musim lalu telah berjaya mengakhiri saingan Serie A di kedudukan kedua, dan tidak keterlaluan untuk menganggap gandingan Franck Kessie dan Ismael Bennacer merupakan nadi sebalik kejayaan tersebut.

Kedua-dua mereka memainkan peranan yang cukup penting sebalik kejayaan AC Milan pada musim lalu, dengan mereka merupakan nadi dan pemain terpenting skuad.

Kedua-dua pemain midfield itu juga dianggap berpotensi untuk dibeli oleh Manchester United, namun Solskjaer tentunya akan lebih tertarik dengan kemampuan Kessie.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan penjaring kedua terbanyak AC Milan pada musim lalu, dengan beliau cemerlang menjaringkan 14 gol dari 50 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu telah menunjukkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan di posisi midfield dan turut mempunyai semangat juang yang cukup mengagumkan.

Ketika beliau berada di tengah padang, Kessie senantiasa cemerlang dalam mematahkan serangan dari pasukan lawan, dan turut handal dalam menyusun serangan balas ke kubu lawan.

Beliau mempunyai kualiti tackle yang sangat hebat dengan kekuatan dan kemahiran teknikal yang tidak boleh dipertikaikan.

Beliau mampu bermain di posisi defensive midfielder dan turut mempunyai keupayaan untuk berperanan sebagai box-to-box midfielder.

Kessie juga mempunyai kemampuan dalam membawa bola ke kawasan lawan dengan kemahiran gelecekan dan kelajuan yang beliau miliki.

Selain itu, Kessie turut mempunyai kualiti hantaran yang boleh dibanggakan dengan secara puratanya beliau mampu mencatatkan 84% hantaran tepat ketika membantu jentera serangan.

Kontrak beliau bersama AC Milan dijangka akan tamat pada jendela perpindahan musim panas akan datang, dan beliau boleh ditandatangani secara percuma sahaja selepas kontraknya tamat.

BACA:  Kenapa Orang ‘Cramp’ Ketika Bersukan?