3 Faktor Yang Boleh Diterima Azam Dan Davies Tidak Bersama Skuad b23

Sejauh mana Azam Azih dan Matthew Davies begitu penting bagi skuad Pahang sehinggakan pemain ini sukar dilepaskan kepada skuad kebangsaan b23.

Malaysia akan terbang ke China bagi menjalani persiapan sebelum berangkat ke Palembang, Indonesia menghadapi Sukan Asia yang membuka tirai pada 10 Julai.

Piala Malaysia pula akan membuka tirai pada 4 Mei, menjadikan keputusan melepaskan 2 pemain ini berada dalam dilema.

Pertama, Azam Azih Pemain paling utama dalam skuad Pahang, juga merupakan pemain Malaysia
Matthew Davies pemain ke-4 penting dalam skuad Pahang dan pemain utama Malaysia

Azam Azih adalah pemain paling kerap digunakan oleh pasukan Pahang pada musim ini. Davies pula menjadi pemain ke-4 yang kerap digunakan. 2 pemain ini membentuk pemain kunci bagi skuad Dollah Salleh. Kedua-duanya adalah anggota utama dalam skuad senior Malaysia terutamanya Davies.

  • Azam Azih (1,769 minit)
  • Muslim Ahmad (1,620)
  • Safuwan Baharuddin (1,570)
  • Matthew Davies (1,503)
  • Mamadou Sumareh (1,380)

Melepaskan Azam dan Davies bermakna Pahang akan melepaskan 2 daripada 5 pemain utama mereka bagi menghadapi Piala Malaysia.

Siapakah pemain yang tinggal untuk digunakan oleh Pahang jika 2 pemain ini dilepaskan?

Pahang hanya mempunyai 2 senarai pemain untuk mengambil posisi Azam iaitu Solomon Raj dan R.Dinesh. Solomon tidak banyak bermain pada musim ini kerana gandingan Azam-Safuwan adalah kunci kepada skuad Dollah Salleh.

Dari 285 minit yang diperolehinya, dia banyak bertindak sebagai pemain gantian. Majoriti pemain yang digantikan adalah Safuwan Baharuddin.

153 dari 338 minit yang dikumpul oleh R.Dinesh melibatkan 2 posisi iaitu tengah bertahan dan pertahanan kanan.

Situasi Matthew Davies juga seperti Azam malahan pemain gantian untuknya juga datang dari Dinesh selain Faisal Rosli yang datang dari posisi pertahanan kiri. Hanya Ashar Al Hafiz menjadi pilihan kuat untuk menggantikan Davies.

Tidak seperti pertahanan kiri, Pahang mempunyai pilihan seimbang diantara Faisal Rosli dan Zubir Azmi.

Dimana Azam di Liga Super, saingan tertinggi domestik ini?

Merujuk kepada kepada 5 pasukan besar, Azam merupakan pemain ke-2 paling banyak terlibat dalam kancah saingan liga selepas 21 perlawanan.

  • Lee Tuck/Terengganu (1,800 minit)
  • Azam/Pahang (1,769 minit)
  • Haris/JDT (1,740 minit)
  • Leandro/Perak (1,691 Minit)
  • Akram/Kedah (1,356 minit)

Kesimpulan dari faktor pertama, 2 pemain ini tiada keperluan untuk menyertai skuad b23 bagi menghadapi cabaran Piala Asia kerana mereka sudah berada dalam 2 tahap tertinggi iaitu skuad senior Malaysia dan pemain utama di pentas tertinggi domestik.

Kedua, Cabaran Piala Malaysia 2018

Selepas undian yang dilakukan semalam, Pahang membentuk kumpulan D bersama Selangor, PKNP dan Sabah. Skuad ini akan membuka kempen Piala Malaysia pada 4 atau 5 Ogos menentang Sabah.

  • Perlawanan pertama (4-5 Ogos)
  • Perlawanan ke-2 (10-12 Ogos)
  • Perlawanan ke-3 (17-19 Ogos)
  • Perlawanan ke-4 (24-26 September)
  • Perlawnana ke-5 (1-2 September)
  • Perlawanan ke-6 (14-16 September)

Sementara itu skuad Malaysia b23 akan membuka tirai pada 10 Ogos bertemu Kyrgystan diikuti UAE (12 Ogos), Korea Selatan (17 Ogos), dan Bahrain (20 Ogos). Jika pasukan ini mara ke suku akhir seperti sasaran yang ditetapkan, Malaysia akan turun bermain sehingga 26 Ogos.

Azam dan Davies akan terlepas 3 perlawanan awal, mereka merupakan pemain yang mampu membuatkan saingan/produk Piala Malaysia lebih menarik kerana nama 2 pemain sangat terkenal.

Ketiga, Sukan Asia bukan anjuran Kofederasi Asia (AFC) atau Federasi Bola Sepak Dunia (FIFA)

Acara sukan asia tidak melibatkan Konfederasi Asia (AFC). AFC tidak terlibat dalam penganjuran acara bola sepak dalam Sukan Asia.

AFC telah menganjurkan kejohanan Piala Asia b23 pada Januari 2018. Jadual yang melibatkan AFC kebiasaannya tidak akan bertindih dengan kejohanan domestik kecuali kejohanan yang melibatkan b19, b17 dan b15.

Disebabkan Sukan Asia tersebut tidak berada dalam jadual bola sepak Asia maka tidak menjadi satu kesalahan untuk mana-mana pasukan tidak melepaskan pemainnya.

Rumusan dari 3 faktor tersebut sebenarnya tidak menjadi isu besar berkaitan Pahang tidak melepaskan 2 pemain utamanya kepada skuad b23 Malaysia.

  • Faktor pemain penting
  • Faktor jadual domestik
  • Faktor status Sukan Asia

Isu ini mendapat reaksi pelbagai dari peminat bola sepak ditanah air. Muhammad Aiman berkata masalah berkaitan perkara ini lebih kepada komunikasi antara Persatuan Bola Sepak Pahang (PBNP) dan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Sementara itu Mohammad Asyraf melihat pemain terbaik dalam kategori ini perlu dilepaskan demi kepentingan negara.

Axello Mane menegaskan pemain boleh memohon pelepasan tapi ianya bergantung kepada pihak pengurusan melihat ada atau tidak kerperluan untuk tugasan tersebut.

Respon peminat bola sepak tanah air

Walaupun terdapat pelbagai reaksi mereka sudah pasti mahu melihat skuad Dato Ong Kim Swee mencatat keputusan memberansangkan di Palembang selepas skuadnya berjaya melangkah ke peringkat suku akhir dalam kejohanan Piala Asia b23 yang berlangsung pada Januari lepas di China.

Tidak adil untuk mengatakan Pahang tidak mempunyai semangat kenagaraan yang tinggi ketika mereka juga melepaskan 2 pemain lain iaitu R.Kogileswaran dan Faisal Abdul Halim kepada skuad negara. Cuma komunikasi antara PBNP dan FAM perlu ditingkatkan supaya perkara sebegini tidak menjadi terlalu besar.

Selamat maju jaya Malaysia b23

Baca Juga

Baca Juga