3 Kali Alisson Lukakan Hati Messi Dalam Tempoh 15 Bulan

Alisson berpindah ke Anfield dari Roma pada musim panas lalu dalam perjanjian bernilai £67 juta, sekaligus muncul penjaga gol kedua termahal dunia ketika ini di belakang penjaga gol Chelsea, Kepa Arrizabalaga.

Penjaga gol kelahiran Brazil ini nyata tidak mengecewakan dengan aksi cemerlang dan meyakinkan. Satu situasi yang sudah lama tidak wujud di gawang Liverpool dan disurami aksi kelakar.

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp nyata gembira dengan kemampuan Alisson membuat hantaran dan memegang bola dalam mecipta gerakan dan yuran mahal yang dibayar Liverpool nyata berbaloi.

Alisson jelas selesa ketika bola berada di kakinya ketika berada di kawasan penalti dan yakin membuat hantaran ketepi, ketengah dan kelaut.

Kemampuan Alisson melakukan hantaran akan menjadi senjata tambahan buat Liverpool sebagaimana rakannya dari Brazil bersama Manchester City, Ederson yang dianggap sebagai ‘Ball playing goalkeeper’.

Dalam tempoh 15 bulan ini Lionel Messi telah 3 kali dikecewakan lalu dilukakn hatinya oleh Alisson Becker samada perlawanan bersama kelab dan juga pasukan kebangsaan.

Ketika masih bersama AS Roma, Alisson telah mula mengecewakan Messi yang suka bersara jika terluka ketika aksi suku akhir kedua Champions League.

Pada perlawanan pertama Roma tewas 4-1 di Nou Camp namun bangkit untuk menanga 3-0 ditempat sendiri, ketangkasan Alisson bermain tanpa bolos membawa Roma ke separuh akhir dengan jaringan tempat lawan.

Selepas berhijrah untuk bersama pasukan paling hebat dan power diatas muka bumi, Liverpool power this is our year, Liverpool sekali lagi mengecewakan Messi juga di Champions League.

Dalam tempoh 13 bulan dua kali Messi dibayang Alisson dan kedua-dua juga dalam kejohanan yang sama cuma dengan pasukan berbeza.

Menang 3-0 di Nou Camp, Barcelona tersungkur dengan kebangkitan epik Liverpool lalu tewas 4 gol tanpa balas di Anfield, Alisson kebal mempertahankan gawang dari bolos.

Dua bulan berselang buat kali ketiga kekecewaan dirasai kali ini bersama pasukan kebangsaan di pentas Copa Amerika yang menjadi harapan Messi untuk meraih trofi utama bersama Argentina.

https://twitter.com/FootyNewsMedia/status/1146646341562462209

Mudah Brazil menumpaskan Argentina dua gol tanpa balas dan Alisson kekal tanpa bolos dikejohanan ini selepas 5 perlawanan. Kebal teruk ni.

Messi kemudiaannya merengek menyalahkan mutu pengadil yang seperti tahi lembu dan mendabik dada menyatakan bahawa Argentina lebih baik daripada Brazil.

Kalau bukan kerana pengadil maka Argentina akan menang. Mungkin Messi akan bersara lagi dan adakah kali ini salah Alisson?

Baca Juga

Baca Juga