3 Perbezaan RedBull Libas 2016 Berbanding Sepaktakraw Biasa Yang Anda Perlu Tahu

red-bull-libas

Oleh : Mohsen Amdan

RedBull Libas 2016 adalah edisi kedua pertandingan sepaktakraw yang dianjurkan oleh jenama sukan terbesar dunia iaitu Red Bull. Tahun lalu, Red bull Libas berlangsung di Universiti Malaya (klik di sini) dengan format berbeza iaitu servis kuda yang ‘ace’ akan memberikan 3 mata terus kepada regunya.

Namun eksperimen menarik ini telah terus dipertingkatkan dan edisi 2016, Red Bull Libas mempunyai 3 ciri berbeza berbanding sepaktakraw biasa.

1. Sistem masa menggantikan sistem mata 21

Seperti bola keranjang, futsal dan beberapa sukan lain, RedBull Libas 2016 menggunakan sistem masa iaitu 5 minit bagi setiap set. Tiada mata penamat tertentu seperti 15 atau 21. Sebaliknya, regu yang mempunyai paling banyak mata akan diisytihar sebagai pemenang. Pada saingan kumpulan, keputusan seri juga mungkin berlaku dan ini pasti akan merancakkan bentuk permainan kerana pemain tidak akan lagi melengah – lengahkan masa,

2. Pusingan pemain seperti bola tampar

Tidak ada lagi pemain dengan posisi dominan! Setiap pemain akan berputar menukar posisi sepeeti sukan bola tampar, Ini akan menyebabkan permainan menjadi sangat taktikal, dan pemain perlu menguasai kaedah permainan sepaktakraw secara keseluruhan. Maka pemilihan pemain terbaik kejohanan akan lebih relevan kerana pemain yang mampu menguasai gelanggang akan sangat mudah dikenal pasti!

3. Mata mengikut kaedah tradisional

Anda hanya mendapat mata jika servis diilakukan oleh regu anda sahaja. Tiada lagi mata mudah hasil kesilapan pihak lawan melakukan servis. Pemain akan jadi lebih berhati – hati dan akan lebih menghargai peluang servis yang dimiliki.

Sebanyak 10 gelanggang sekitar Lembah Klang telah dijelajahi bagi tujuan promosi acara ini oleh pasukan promosi RedBull dengan kerjasama Bolarotan.com. Anda boleh saksikan semua aktiviti itu di page Bolarotan

Ingin tahu lebih lanjut? Sila layari RedBull Malaysia

BACA:  Video: Lihat Aksi Prakhrong Srisuwan Bermain Takraw