3 Sebab Kenapa Belgium Mampu Membuat Kebangkitan Yang Epik vs Jepun

Belgium terselamat dari bencana dan mimpi ngeri di Piala Dunia 2018 selepas mempamerkan aksi kebangkitan yang epik dalam sejarah kejohanan yang berlangsung 4 tahun sekali ini.

Bermula 10 minit separuh masa kedua Belgium ketinggalan 2 gol namun Belgium berjaya bangkit untuk mencatatkan kemenangan dengan menjaringkan 3 gol ketika perlawanan berbaki 20 minit.

Jan Vertonghen memulakan aksi kebangkitan Belgium dengan tandukan lambung selambung-lambungnya yang melemaskan penjaga gol Jepun, Eiji Kawashima.

Marouane Fellaini menjaringkan gol penyamaan 5 minit kemudian sebelum gol kemenangan tiba pada minit ke-90+4 melalui Nacer Chadli.

Kali terakhir pasukan yang mampu melakukan kebangkitan dan menang selepas ketinggalan di pusingan kalah mati dalam tempoh 90 minit pada tahun 1966.

Portugal bangkit menewaskan DPR Korea 5-3 pada Piala Dunia 1966. Apakah faktor yang mempengaruhi kebangkitan Belgium?

Impak Pertukaran Pemain

Jepun bermain dengan baik dan berjaya mengekang cara permainan Belgium di mana Blue Samurai berjaya mengeksploitasi ruang di belakang barisan pertahanan Belgium.

Samurai Biru juga telah mengenakan tekanan tinggi kepada pemain tengah Belgium yang membolehkan mereka memotong serta merampas hantaran-hantaran pendek Setan Merah.

Satu-satunya wakil Asia di pusingan kalah mati itu telah menjaringkan dua gol pantas pada awal separuh masa kedua sekaligus membuatkan Belgium terkentut lalu terkejut.

Messi Belgium.

Belgium yang dibarisi pemain yang sedap lagi power tidak cepat panik dan Roberto Martinez mempunyai pelan B untuk mengatasi dua gol itu dengan membuat dua pertukaran.

Kemasukan Nacer Chadli dan Marouane Fellaini nyata memberi impak segera seperti ubat sakit kepala. Anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?

Kurang 10 minit Fellaini di padang Belgium berjaya mengikat kedudukan. Gol penyamaan adalah dari Fellaini sendiri. Fellaini Efek! Sentiasa terjadi ketika bersama Manchester United.

Nacer Chadli muncul wira dengan gol kemenangan. Kehadiran Chadli telah memberi keseimbangan di bahagian kiri di mana kombinasi larian ketika menyerang dan bertahan diadun dengan baik.

Martinez telah meniru cara Jose Mourinho dengan menggunakan kelebihan fizikal Fellaini dengan sebaiknya yang mampu memenangi bola tinggi hasil hantaran silang dengan sedap.

Pertukaran ini jelas memberi Jepun kesengsaraan dan bergelut menandingi kelebihan fizikal Belgium.

Perubahan Sistem Permainan

Sistem Roberto Martinez yang menggunakan 3-4-3 menjadi perdebatan hangat dikalangan pembawang bola sepak muka buku apatah lagi pengamal media antarabangsa.

Penggunaan sistem ini nyata tidak cocok dan berkesan ketika menentang Jepun dan jelas Samurai Biru berjaya mengatasi dan menggunakan kelebihan ini sepenuhnya.

Barisan pertahanan Belgium telah beraksi dengan buruk dengan sistem ini dan mudah dihuru-harakan Jepun. Buktinya Jepun mudah memperoleh dua gol dan beberapa peluang yang lain.

Dengan dua pertukaran selepas ketinggalan Belgium telah menggunakan kombinasi serta transisi 4-4-2 dan 3-4-3 dengan lancar sekali. Ini membolehkan Belgium kembali menguasai bahagian tengah.

Lord Fellaini juga menurunkan ilmu kepada De Bruyne dalam peringkat international

Tekanan yang dikenakan Jepun juga mula dapat dikendurkan. Kehadiran pemain seperti Lukaku dan Fellaini memberi kelebihan fizikal dan membolehkan Kevin De Bryune lebih bebas ke atas.

Pertukaran yang positif serta perubahan strategi membolehkan Belgium terus kekal di Russia. Mungkin ini kali terakhir Belgium menggunakan 3-4-3 di Piala Dunia?

Martinez perlu memperkasakan jentera tengah bagi memberi Kevin De Bryune lebih kebebasan untuk mendapatkan yang terbaik dari beliau.

Karakter Positif Pemain dan Serangan Balas

Hanya 9.94 memisahkan kepulangan Jepun di Piala Dunia kali ini. Jika mampu bertahan dalam tempoh 10 saat itu Jepun bakal mengheret perlawanan ke masa tambahan.

Beligum hanya memerlukan 9.94 saat sahaja ketika melakukan serangan balas pantas yang bermula dari penjaga gol mereka, Thibaut Courtois yang dengan cepat melepaskan bola kepada De Bryune.

Pemain tengah itu segera melakukan larian sebelum melorong cantik bola kepada Thomas Meunier yang terus kepada membawa bola sebelum menghantar bola mencari Lukaku.

Namun Lukaku bijak melakukan dummy selepas menyedari kehadiran Chadli yang lebih tinggi peluang untuk menjaringkan gol. Maka gol kemenangan terhasil.

Karektar pemain Belgium sangat positif dan tidak cepat panik apabila ketinggalan 2 gol juga antara faktor membantu kemenangan mereka.

Baca Juga

Baca Juga