30 Pemain Membentuk Generasi Emas Belgium. Siapa Yang Terbaik?

Pada kejohanan Piala Eropah 2016 Marc Wilmott gagal membawa Belgium ke tahap yang sepatutnya diraih oleh pasukan ini. Belgium mempunyai ramai pemain berbakat besar dan sedang dilihat berada dalam generasi emas. Ada yang berpendapat sepatutnya Wilmott sudah lama perlu berundur.

Dalam kejohanan tersebut, Belgium berjaya mara ke pusingan ke-2 apabila menjadi naib juara kumpulan E dengan mencatat 2 kemenangan ke atas Republik Ireland dan Sweden tetapi tetapi tewas kepada Itali. Memasuki pusingan ke-2 Belgium membelasah Hungary 4-0. Tewas 1-3  kepada negara kecil bola sepak, Wales di suku akhir menutup cerita pasukan ini.

Marc Wilmott meninggalkan skuad Belgium 2 minggu selepas kekalahan yang menyakitkan itu.

Roberto Martinez

Tanggal 3 ogos 2016, Belgium melantik pengurus buangan dari Everton Roberto Martinez,45. Musim pertamanya di Merseyside, beliau berjaya membawa Everton menamatkan liga di tangga ke-5. Tetapi beliau tidak dapat mengulangi pada 2 musim seterusnya. Hanya berjaya meraih 2x tempat ke-11. Dalam musim terakhirnya Everton tewas 8 dari 19 perlawanan di gelangang sendiri.

Pada mulanya Martinez dikaitkan dengan Hull City, sebelum pelantikannya di Belgium agak mengejutkan ramai pihak. Pelantikan beliau mendapat reaksi sederhana dari bekas penyerang England, Gary Lineker.

“Roberto Martinez pengurus baharu Belgium, harap beliau berjaya membawa perubahan dalam skuad itu dengan permainan lebih terbuka”

Martinez memulakan tugasan pertama dengan kekalahan 0-2 kepada Sepanyol dalam perlawanan persahabatan di Stade Roi Baudouin. Sebulan selepas perlawanan tersebut beliau akan membawa cabaran Belgium dalam kempen kelayakan Piala Dunia.

Martinez tidak menunggu lama untuk membuktikan sentuhannya masih lagi berguna dengan membawa Belgium mencatat 4 kemenangan pertama pasukan itu dalam 4 perlawanan awal. Selepas seri 1-1 dengan Greece pada perlawanan ke-5, Belgium menutup baki kempen dengan mencatat kesemua 5 perlawananan dengan kemenangan.

Belgium layak secara terus ke Rusia selepas mencatat 9 menang dari 10 perlawanan. Beliau juga mencatat 5 menang dari 9 perlawanan persahabatan yang melibatkan negara yang layak ke Piala Dunia seperti  Rusia, Mexico, Jepun, Arab Saudi, Portugal, Mesir dan Costa Rica.

Tiada siapa sangka pengurus buangan ini sudah mencatat 24 perlawanan tanpa tewas untuk Belgium. Siapakah pemain-pemain yang kerap digunakan oleh beliau dalam catatan panjang tanpa kalah tersebut.

Thibaut Courtois

Penjaga Gol

Courtois muncul 20 kali dari 24 perlawanan 10 daripadanya adalah clean sheet, bermain dalam kesemua 10 perlawanan kelayakan Piala Dunia dan 4 perlawanan Piala Dunia setakat ini. Simon Mignolet hanya muncul 5 kali dalam perlawanan persahabatan menetang Belanda, Rusia, Jepun dan Arab Saudi.

Senarai penjaga gol

  1. Thibaut Courtois – 20 penampilan
  2. Simon Mignolet – 4 penampilan
Jan Vertonghen & Toby Alderweireld

Pertahanan Tengah

Kedua-dua pemain yang dibangunkan di akademi Ajax Amsterdam, bergabung di Tottenham Hotspur dan menjadi pasangan tetap dalam skuad kebangsaan. Dalam 3 perlawanan awal Martinez, beliau menggunakan pertahanan berempat sebelum menukarkannya menjadi pertahanan bertiga dalam majoriti formasi dan taktikalnya.

Tidak kira pertahanan berempat atau bertiga, Alderweireld dan Jan Vertonghen tetap menjadi 2 pemain utama dalam pertahanan Martinez. Vertonghan muncul 22 kali dan Alderweireld 19 kali.

Thomas Vermaelen dan Laurent Ciman lebih kerap digunakan berbanding Kompany dan Vermaelen untuk membentu pertahanan bertiga Martinez. Tetapi Martinez mengenepikan Ciman dalam senarai Piala Dunia dan banyak bermula dengan Dedyrck Boyata di Rusia.

  1. Toby Alderweireld – 22 penampilan
  2. Jan Vertonghen – 19 penampilan
  3. Thomas Vermaelen – 9 penampilan
  4. Laurent Ciman – 8 penampilan
  5. Victor Kompany – 8 penampilan
  6. Dedryck Boyata – 6 penampilan
  7. Christian Kabasele – 2 penampilan
Thomas Meunier dan Yannick Carrasco

Pertahanan sisi/menyerang

Pertahanan sisi Martinez lebih cenderung kepada pemainan menyerang daripada bertahan. Meunier dan Carrasco adalah pemain utama beliau dalam rekod 24 perlawanan tanpa kalahnya. Meunier dan Carrasco masing masing muncul 20 dan 19 kali dalam kesebelasan utama. Nacer Chadhli menjadi pilihan ke-2 paling kerap digunakan untuk mengantikan Meunier dan Carrasco.

4 pemain yang terlibat dengan rekod tersebut tetapi tidak dibawa ke Rusia adalah Anthony Limbombe, Thomas Foket, dan Jordan Lukaku.

  1. Yannick Carrasco – 20 penampilan
  2. Thomas Muenier – 19 penampilan
  3. Nacer Chadhli – 14 penampilan
  4. Thomas Foket – 2 penampilan
  5. Anthony Limbompe – 1 penampilan
  6. Jordan Lukaku -1 penampilan
Axel Witsel dan Kevin de Bruyne

Tengah

Walaupun kariernya cuma bermain di liga tidak popular seperti Zenith St Petersburg (Rusia) dan Tiangjin Quanjian (China), Axel Witsel masih menjadi nadi penting Martinez untuk pasukan Belgium. Beliau sering digandingkan dengan Kevin De Bruyne. Witsel dan De Bruyne meraih 1541 dan 1503 minit berbanding Maroune Fellaini hanya mencatat 816 minit, Mousa Dembele 477 dan Youri Tielemans 433 minit dari maksima 2160 minit. Stephen Defour dan Radja Naiggolan 2 pemain yang disisihkan ke Rusia.

Senarai pemain tengah Axel Witsel- 19 penampilan

  1. Kevin de Bruyne – 19 penampilan17M
  2. Maroune Fellaini – 13 penampilan
  3. Mousa Dembele – 10 penampilan
  4. Youri Tielemans – 8 penampilan
  5. Radja Nainggolan- 4 penampilan
  6. Stephen Defour – 2 penampilan
Dries Mertens dan Eden Hazard

Penyerang sisi

Mertens dan Hazard adalah pemain yang paling digemari Martinez untuk membantu Romelu Lukaku dalam unit serangan. Hazard menjadi penyumbang 10 gol pasukan dari 17 kemunculannya dan Mertens lebih banyak bermain dengan 21 penampilan dan menghasilkan 7 gol.

Menariknya Adnan Januzaj tidak banyak terlibat dengan pasukan Belgium sebelum Piala Dunia, hanya 2 kali digunakan ketika perlawanan persahabatan menentang Portugal dan Mesir sebelum Piala Dunia. Beliau dibawa besama Thorgan Hazard menjadi pemain simpanan kepada Mertens dan Eden Hazard. Sementara itu Kevin Mirallas disisihkan dari senarai.

  1. Dries Mertens – 21 penampilan
  2. Eden Hazard – 17 penampilan
  3. Thorgan Hazard – 8 penampilan
  4. Kevin Mirallas – 6 penampilan
  5. Adnan Januzaj – 3 penampilan
Romelu Lukaku

Penyerang

Sejak September 2016 Martinez hanya memanggil 4 pemain penyerang untuk Belgium. Romelu Lukaku menjadi pilihan pertama. Menjaringkan 23 gol dari 21 penampilan atau mencatat ratio jaringan setiap 62 minit. Mitchy Batshuayi menyumbang 5 gol dalam 448 minit permainannya. 2 penyerang ini dibawa ke Rusia dan meninggalkan Chistian Benteke, Divoc Origi di rumah.

  1. Romelu Lukaku – 21 penampilan
  2. Mitchy Batsuayi – 10 penampilan
  3. Christian Benteke – 4 penampilan
  4. Divoc Origi- 1 penampilan

Martinez menggunakan 30 pemain secara keseluruhan dalam mencipta rekod 24 perlawanan tanpa tewas. Ia bermula pada September 2016 hinggalah ke pasukan ini sedang berada di pusingan separuh akhir Piala Dunia 2018 selepas menewaskan Brazil.

Merujuk kepada nasihat acuh tak acuh yang diberikan oleh Lineker. 78 gol Belgium-14 terhasil di Rusia- menunjukan Martinez sebenarnya sudah membina pasukan yang benar benar efisyen dalam menjaringkan gol dan konsisten mencatat keputusan positif. Walaupun pasukan ini dikatakan mempunyai pertahanan sisi yang rapuh, ia mungkin dalam salah satu sistem permainan terbukanya.

Adakah Martinez dan Belgium sedang berada di puncak generasi emas bola sepak negara itu? Dan adakah edisi ini menjadi klimaks kepada cerita era emas tersebut?

*Jumlah penampilan hanya dikira jika pemain bermain 10 minit keatas

*Jumlah sebenar adalah 34 jika ttermasuk 4 pemain yang muncul kurang dari 10 minit di setiap perlawanan

Baca Juga

Baca Juga