30 Senarai Gaya Meraikan Jaringan

Selalunya kita dihidangkan dengan gol-gol yang menarik. Namun artikel kali ini lain daripada lain. Kita akan  melihat jenis-jenis gaya meraikan jaringan. Carta 30 hingga ke carta nombor 1.

Jangan ingat, gaya meraikan jaringan ini tidak penting. Ianya melengkapi antara satu sama lain. Tanpa gaya meraikan jaringan gol, maka gol tersebut akan dianggap suram, malap, sedih. dan tidak menyeronokkan.

Bayangkan kalau seseorang pemain itu menjaringkan gol, tapi reaksinya hanya bersahaja. Keras macam kayu. Tak ada feel la orang kabor kalau nak tengok bola.

Baik tengok lakonan Fattah Amin. Baiklah, tanpa membuang masa lagi, mari kita lihat carta gaya meraikan jaringan:

30. Tarian “Chicken Dance” Kevin Nolan

Bukan Sekadar Nasi Ayam

Tarian ini mungkin diilhamkan oleh Nolan selepas Nolan mendengar lagu Jalil Hamid bertajuk Ayam.

29. Lompatan gaya bintang Cristiano Ronaldo

Melompat lebih tinggi

Tidak syak lagi. Gaya jaringan ini telah ditiru oleh beribu-beribu pemain bola yang datangnya dari negara yang tak beberapa power bermain bola. Sangat berhantu gaya jaringan ini. Kalau tak percaya, rajin-rajinlah tengok liga dun yang berlangsung di sekitar kawasan anda.

28. Tarian Daniel Sturridge

Raver yawwww

Inilah asal usul tarian raver. Sangat susah untuk ditiru.

27. Gaya Angkat Tangan Alan Shearer

1 Malaysia!!

Gaya jaringan lagenda Blackburn, Newcastle serta England ini memang klasik. Ada kualiti dan originaliti.

26. Gaya Hisap Jari dan Tanda “M” Mesut Ozil

Rindu Puting Susu

Kena sangat dah dengan gelaran pasukan Arsenal. Ala..yang tulah. Ah! pandai-pandailah aokme fikir.

25. Gaya Love Pato

Saya Sayang Awak, Awak Sayang Saya?

Gaya ini sebenarnya diilhamkan oleh Pato  demi kekasihnya dari kecil iatu Sthefany Brito. Namun akhirnya cinta hanya tinggal cinta. Pato meninggalkan Brito demi mendapatkan cinta baharu iatu anak kepada Silvio Berlusconi’s. Setia sangatttt.

24. Gaya Tangan Andy Johnson

A For Apple

Merujuk maklumat yang boleh dipercayai, gaya ini dibuat sebagai solidariti dan memberi semangat kepada orang muda untuk mencari pekerjaan. Kenal ke dok Andy Johnson ni?

23. Gaya 3 Kali Ciuman Suarez

Gigit!!

Gaya jaringan ini bukanlah simbolik kepada insiden gigitan beliau  sebelum-sebelum ini. Tetapi kerana kasihnya beliau terhadap keluarganya. Sebab itu dia mencium tatoo yang berada di sekitar tangannya.

22. Gaya Robot Peter Crouch

Hantu Galah Benar-Benar Wujud!

Gaya robot yang dilakukan oleh beliau memang real.

21.Gaya Penembak Tepat Gabriel Batistuta

Batistuta Cuba Memanah Hati Neelofa

Fuhh. Elegan dan penuh dengan ciri-ciri Kasanova.

20. Gaya Picitan Seram Cristiano Ronaldo.

Awww…Awww…Awww

Otak kuning semuanya. Aku tahu apa yang aokme fikirkan. Sebenarnya, gaya ini diinspirasikan dari gaya anaknya sendiri yang suka memanjat. Geleng kepala aku dengan aokme semua ni. Pergi ambil wudhu dan solat cepat.

19. Tarian DJ Emile Heskey

Rangkap Kedua…Rangkap Kedua

Gandingan serasi Michael Owen ni memang boleh tahan juga gaya raikan jaringan beliau.

18. Gaya Violin Alberto Gilardino’s

Klasik

Lelaki Itali memang terkenal dengan sifat romantiknya. Inilah buktinya.

17. Lompatan Balik Kuang Miroslav Klose

I’m Flying WithOut Wing

Gaya inilah yang diharamkan oleh Pak Alex. Sangat bahaya pada lutut. Tapi aksi seperti inilah yang sangat-sangat ditunggu oleh peminat bola. Cantik tapi berbahaya.

16. Gaya Gigit Tangan Fabio Borini

Aksi Seseorang Lelaki Bila Kena Tinggal Dengan Awek

Borini mengatakan bahawa gaya  ini  simbolik  seseorang wira yang tidak mudah menyerah kalah.

15. Aksi Tinju Tim Cahill

Tumbuk..Tumbuk dan Tumbuk

“Cahill menuju ke corner flag dan terus menumbuk. Dia lakukan lagi” jerit pengulas. Nostalgia betul.

14. Lompatan Balik Kuang Super 8 Kali Julius Aghahowa’s

Lihat. Inilah Ikan Todak

Tadi lompatan balik kuang sekali pusing. Yang versi ini, lompatan balik kuang versi super. Ya Rabbi. Tak pening ke?

13. Gaya Pusingan Roda Robbie Keane’s

Tayar Bas Berpusing-Pusing..Berpusing-Pusing

Keane menjaringkan gol, lari ke tepi padang lalu membuat lompatan roda dua kali dan terus duduk untuk membuat aksi menembak menggunakan machine gun. Klimaks.

12. Gaya Hisap Jari Francesco Totti

chup..Chup..Chup

Totti guyss..Totti. The Living Legend yang masih bermain bola sepak.

11. Gaya Mata Liar Giampaolo Pazzini

Tauke Kosmetik Juga Ke Dia Ni?

Gaya ini sebenarnya untuk memberitahu “Kau nampak tak aku jaringkan gol ni”. Orang Itali ni memang kreatif betul.

10. Gaya Tunjuk Macam Seorang Guru, Benjani

Hah! Abu bangun. 1+1 berapa?

Benjani bekas pemain Portsmouth, Blackburn serta Manchester City mereka satu gaya yang ada kelas yang tersendiri. Gaya yang sering kali ditunjukkan oleh seorang guru yang sering mencari mangsa untuk memberikan soalan.

9. Gaya Topeng Zorro Facunda Sava

Kasim Selamat

Tak terkata. speechless.

8. Gaya Serkup Kepala Dengan Baju Sendiri, Fabrizio Ravanelli

Makan Budok. Wuarghhh

Gaya yang penuh bekarisma dari Ravanelli. Depakan tangan, tarik baju dan serkup atas kepala. Langgar tiang gol lawan.

7. Gaya Ciuman Cincin, Raul Gonzales

Legend

Raul Gonzales tuan-tuan dan puan-puan. Gaya jaringan yang ada kelas tersendiri. Digaul sebati dengan tuan empunya nama.

6. Gaya Terbang Jurgen Klinsmann

Superman Baru Belajar Terbang

Mengujakan, puas, gembira, dan penuh semangat. Kesemua perkataan tersebut diterjemahkan dalam bentuk gaya meraikan jaringan ini. Pricesless.

5. Gaya Pusing Tangan Mick Channon

Rare

Berlari laju sambil memusingkan tangan beberapa kali. Gaya meraikan jaringan ini telah pupus ditelan zaman. Harap siapa-siapa pemain liga dun yang terbaca artikel ini. Tolonglah hidupkan gaya meraikan jaringan ini balik. Klasik dan berkualiti.

4. Gaya Spiderman Jonas Gutierrez

Aduhh Awat Web Tak Keluaq Ni. Leceyyyyy

Gaya topeng Spiderman ini memang power. Tapi tulah. Simpan topeng ni dekat tempat sulit. Tergamak pula  pakai tu.

3. Gaya Tangan Gila Luca Toni

Aiskrim Habis. E’lekkkk

Orang Itali lagi. Gaya meraikan jaringan yang simple tetapi unik. Memang selayaknya berada di kedudukan nombor tiga.

2. Gaya Lee Sharpe

The Sharpe Shuffle

Nama gaya ini pun dah dinamakan sempena nama dia. Apa lagi nak dikatakan. Mengujakan dan penuh dengan keunggulan.

1 Gaya Titanic Wayne Rooney

U Jump, I Jump

Nombor 1 tuan-tuan dan puan-puan. Gaya yang penuh seksi, lentik, mantap, berahi, padu dan emosi. Kena dengan gol bicycle kick yang telah dijaringkan sebelum itu. Berlari laju ke Corner Flag, berhenti dengan drastiknya dan walawehhhhhhhh..Terus membuat gaya ini.

Artikel ini telah diterjemah, diolah dan diubah suai mengikut cita rasa aku. Kalau tak bersetuju. Bolehlah keluarkan senarai sendiri.

Artikel asal: Mirror

class=”section-theme-background-indicator publication-font”>

Baca Juga

Baca Juga