Kurang seminggu dari sekarang, sepak mula Liga Malaysia akan bermula. Kebanyakkan pasukan yang bertanding dalam liga utama kini berada di fasa terakhir untuk memantapkan pasukan mereka.
Ada pasukan begitu ghairah ‘memborong’ pemain ternama bagi memastikan pasukan mereka dapat tampil lebih bertenaga musim ini dan ada juga pasukan yang berbelanja mengikut bajet yang tersedia.
Ada juga pasukan yang cuba berbelanja melebihi had dengan harapan dapat tambil dengan sejarah baru setelah lama menghilang dalam saingan liga utama dan sering ‘ terpalit’ dengan masalah kewangan.
Untuk saingan Liga Super musim ini, ada beberapa pasukan yang dilihat mampu tampil sebagai pencabar terhebat dan merebut kejuaraan. Antaranya adalah :
Melaka
Musim ini pasukan kegemaran ‘Sultan Melaka’ ternyata dilihat begitu argesif dalam membeli pemain bagi memastikan mereka menjadi pencabar utama kejuaraan Liga Super musim ini.
Lebih menarik apabila pasukan ini ada 4’leader’ yang boleh pimpin pasukan ini.
Razman Roslan, Sapik Rahim a.k.a Power Cat, Khairul Fahmi (Apek) dan Shukor Adan. Empat pemain ini yang pernah bersama pasukan kebangsaan dan pengalaman yang ada pada mereka sudah tentu ditagih oleh Zainal Abidin.
Ditambah pula pemain import yang suka ‘poyo’ dengan skill di atas padang, Liridon Krasniqi, skuad ini dilihat mantap disegenap posisi.
Harap MELAKA mampu beri saingan hingga tamat saingan dan tidak hilang dari radar saingan ketika pertengahan musim.
Kedah
Jika dilihat dari beberapa perlawanan persahabatan yang dilalui skuad Helang Merah, pasukan bimbangan Aidil Sharin Sahak juga mampu menjadi pasukan pencabar dalam merebut kejuaran Liga Musim ini.
Meskipun mereka hilang seorang pemain ‘terhebat’ yang lari ikut pintu belakang, Kedah masih ada beberapa pemain ternama yang lain.
Antara muka baru yang sertai skuad Helang Merah adalah Kapten Kebangsaan, Zaquan Adha, N. Thanabalan, Jonathan Bauman dan Fernando Rodriguez.
Pemain yang dijangka menjadi tumpuan utama pasukan ini adalah Fernando Rodriguez yang dilihat begitu cepat menyesuaikan diri dan serasi dengan ‘games play’ yang dibawa oleh Aidil Sharin.
Mampukah pemain ini membantu skuad Helang Merah dan ulangi kehebatan pemain import seperti Marlon Alex James? Sama-sama kita nantikan.
PKNS
Menamatkan saingan di tempat ketiga musim lalu dan hampir-hampir layak ke ACL, skuad Semut Merah ini juga perlu diberi perhatian. K.Rajagobal juga tidak mahu ketinggalan dalam memborong pemain.
Beberapa pemain yang berjaya di ‘sengat’ oleh mereka adalah pemain tengah skuad kebangsaan dan pemain pujaan peminat Malaysia, Akram Manian, bekas pemain import Pahang, Chan Vanataka, Shafiq Sharudin dan Shahrom Kalam.
Gabungan pemain baru dan lama pasti mampu membantu pasukan ini lebih kuat.
Johor Darul Ta’zim
Pasukan ini tidak perlu diperkatakan lagi, skuad Harimau Selatan ini seakan skuad kebangsaan 2.0 dengan dibarisi ramai pemain terbaik dan ternama.
Tahun ini, saingan mereka akan lebih mencabar dan menarik dalam mempertahankan kejuaraan Liga Super yang dimenangi selama 5 musim berturut-turut.
Mereka yang akan bermain dalam ACL peringkat kumpulan sudah pasti memerlukan komitmen dan prestasi pemain sentiasa perlu berada ditahap terbaik jika tidak, mereka boleh ucap selamat tinggal kepada Piala Baru Liga Super.
Antara pemain baru yang menyertai Harimau Selatan adalah Akhyar Rashid, Dioga Luis Santo, Shazwan Andik, Aaron Niguez dan Mauricio.
Jika dilihat senarai pemain skuad ini, di atas kertas mereka seakan-akan tidak menghadapi masalah besar untuk mempertahankan kejuaran liga untuk musim keenam berturut-turut.
Itu di atas kertas, tetapi ia akan ditentukan di atas padang siapa lebih ‘anak lelaki’ dalam memburu kejuaran.
Gandingan akhyar, safawi dan penjaring terbanyak liga Thailand musim lalu, Aaron Niguez sudah pasti akan menjadi mimpi ngeri bagi setiap pasukan.
Penulis
Artikel ini telah ditulis oleh Mohd Amirul Fazli Bin Zulkafli untuk dipancarkan oleh The Sukan.