4 Penjelasan Matang Setan Merah Sengaja Humban Diri Ke Liga Europa Yang Hina Di Mata Masyarakat

Liga Europa digelar sebagai liga kedua dalam hierarki kelab Eropah. Oleh kerana hanya ada dua sahaja pertandingan utama di peringkat kelab Eropah maka ramai yang menganggap Europa League ni low class.

Namun siapa sangka Manchester United sanggup memalitkan diri dengan lumpur dan menyertai pasukan penyokong mereka anggap jijik seperti Arsenal dan Spurs.

Tak ramai boleh menjelaskan kenapa Man United sanggup berbuat begitu.

Tapi setiap perkara itu ada jawapannya.

1. Manchester United tak belajar lagi cara comeback 3 gol

Seorang peminat tegar Man United yang enggan namanya didedahkan dan hanya mahu dipanggil Wan Honda, menyatakan, Man United hanya comeback daripada bolos 2 gol.

Dan comeback untuk bolos 3 gol mereka tak belajar lagi.

Sebab itu Bruno Fernandes mengingatkan penyokong United untuk tidak terburu buru, dan bersabarlah dahulu, percaya kepada proses.

Ini kenyataan Bruno Fernandes selepas comeback dalam aksi sebelum ini.

2. Tak mahu bersekongkol dengan rasis

Ketika mendengar perlawanan di Paris digantung kerana ada serangan rasis, para pemain United dengan sengaja menampakkan mereka kelihatan bodoh lalu melepaskan gol ketiga.

Seorang pemain termahal dunia takkan la bolos dengan gol macam tu, kalau dia tak sengaja melepaskannya.

Lalu United tahu, kalau 3 gol mereka tak akan dapat comeback, sila baca point nombor 1.

United lebih relah menyertai kejohanan yang dianggap hina oleh masyarakat dan penyokong mereka sebelum ini. Asalkan tidak dipersoalkan suatu hari nanti, kenapa bermain UCL sedangkan ada serangan rasis oleh pegawai UEFA sendiri.

3. Peluang juara Europa League

Seorang peminat yang mahu namanya tidak dirahsiakan, tetapi kami rahsiakan juga, menegaskan salah satu alasan mereka nak keluar awal kerana mendengar Sevilla sudah terkeluar dari Europa League. Sevilla mara ke kalah mati UCL.

Ini adalah peluang untuk United cuba menang Europa League.

Ada juga menyatakan, lebih baik ke Europa daripada kekal di UCL yang dianggap tidak realisitik. Sedangkan selepas menang ke atas PSG ianya sasaran realistik.

Mereka sebelum ini pernah menjulang kejuaraan itu di bawah kendalian Special Satu.

4. Man United tetap comeback

Manchester United memiliki rekod comeback yang padu musim ini terutamanya di tempat lawan. Status king of comeback itu terpelihara dengan kejayaan mereka comeback ke UEL.

Bagi Setan Merah, Europa League itu hanya berprestij kalau mereka bermain di sana. Kalau tak, maka ianya jijik dan tak ada nilai komersial.

Mujur Manchester United datang menjadi penyelamat untuk meningkatkan rating siaran.

Rumusan

Jadi itulah 4 alasan yang paling bagus di atas kemeninggalan Man United dalam kempen Liga Juara Juara Eropah.

Korang dengarlah, kot kot ada kawan korang pakai salah satu alasan di atas.

BACA:  Mourinho: Saya Hormat Pencapaian Wenger Dan Tidak Mahu Beliau Bersara