5 Faktor Yang Membawa Kepada Kejatuhan Bola Sepak Belanda

Holland atau Netherland atau Belanda merupakan antara kuasa besar bola sepak dunia yang kini gagal untuk layak ke kejohanan bola sepak paling berprestij di muka bumi ini Piala Dunia FIFA 2018 yang berlangsung di Russia.

Kegagalan Belanda ini nyata berita sedih buat peminat bola sepak. Pada alaf baru ini sudah dua kali Belanda gagal ke Piala Dunia iaitu edisi 2002 di Korea Jepun dan 2018 yang akan datang.

Dalam dua edisi Piala Dunia yang lalu The Oranje merupakan pasukan yang digeruni apabila muncul naib juara pada Piala Dunia 2010 dan tempat ketiga di Piala Dunia Brazil. Namun selepas itu Belanda mengalami kemerosotan teruk.

Mereka gagal melayakkan diri untuk kejohanan terbesar Eropah, EURO 2016 apabila tersingkir di kaki negara yang sedang meningkat naik. Iceland. Untuk kelayakan Piala Dunia Russia juga mereka meneruskan kemerosotan.

Aksi terbang Persie yang ikonik

Kata-kata Dick Advocaat telah memakan diri dan akan kekal sebagai kata keramat yang popular :

“Mereka tidak akan menang 8-0. Soalan bangang apakah ini!”

—-

“They won’t win 8-0. What a stupid question that is!”

Kata-kata ini merujuk kepada reaksi terlebih yakin dan emosi Dick Advocaat bahawa Sweden tidak akan menang dengan jumlah jaringan yang begitu besar ketika menentang Luxembourg. Namun semua ini menjadi kenyataan apabila Sweden menang 8-0.

Pada perlawanan terakhir walaupun menang ke atas Sweden, Advocaat dan anak buahnya gagal mengatasi jumlah jaringan gol yang dibuat Sweden dan mereka kecundang jua akhirnya.

Dengan rekod dua kali gagal mara ke kejohanan utama secara berturut-turut apakah faktor yang menyebabkan kejatuhan bola sepak belanda?

Salah Dalam Memilih Jurulatih

Belanda tidak pernah memenangi Piala Dunia tetapi mereka telah 3 kali mara ke final dan dianggap sebagai kuasa besar bola sepak. Sumbangan dan jasa Lagenda the Oranje, Johan Cruyff banyak merubah landskap bola sepak dunia.

Louis Van Gaal walaupun kurang cemerlang di Manchester United merupakan antara pengurus Belanda yang paling berjaya dalam sejarah dan berjaya memenuhi tanggapan ramai. Personalitinya yang egoistik semasa di tampuk pimpanan membuatkan tiada siapa berani mengganggu tugas beliau.

Pada Piala Dunia 2014 gabungan dan adunan begitu menjadi dari Van Gaal yang menggandingkan pemain muda dengan pemain berpengalaman dan ketika itu Belanda dilihat berada pada landasan yang tepat dan akan terus bersinar seperti kepala Robben.

Kejatuhan Van Gaal di Old Trafford

Tetapi selepas Van Gaal meninggalkan Oranje untuk bersama Manchester United, Persatuan Bola Sepal Belanda (KNVB) telah membuat kesilapan dalam mencari pengganti beliau. Bukan sekali KNVB membuat kesilapan tetapi dua kali.

Guus Hiddink yang pernah mengurus Belanda pada tahun 90-an telah dilantik untuk menyambung kerja yang cemerlang dari Van Gaal tetapi sentuhan Hiddink tidak menjadi dan pasukan Belanda bergelut dibawah pengurusan Hiddink.

Pasukan Belanda menjadi huru-hara dan tidak menjadi ketika beraksi dan semuanya jelas apabila mereka gagal ke EURO 2016. Hiddink dengan penuh bergaya lagi beradab telah dipecat dan pembantunya, Danny Blind menjadi pengganti.

Uhuk..Uhuk.. Tak lepas ke EURO.

Ini merupakan kesilapan kedua KNVB kerana tanpa segan silu terus melantik Danny Blind tanpa membuat pertimbangan untuk mencari calon lain. Danny Blind juga terkapai-kapai untuk membawa Belanda ke Piala Dunia dan kekalahan 2-0 kepada Bulgaria merupakan perlawanan terakhir Blind.

KNVB telah melantik Dick Advocaat sebagai pengganti dan Advocaat hanya mempunyai masa yang singkat untuk memperbaiki segalanya. Kekalahan memalukan 4-0 kepada Perancis menyempitkan lagi peluang dan kemenangan besar Sweden ke atas Luxembourg terus menjadi batu nisan buat Belanda.

Dibawah 3 jurulatih ini seramai 53 orang pemain telah dipilih untuk menyertai Belanda. Pemilihan dibuat tanpa perancangan rapi dan tiada pelan jangka panjang, pemilihan ini lebih kepada sekadar satu percubaan serta tidak wujud satu pasukan yang konsisten dari aspek pemilihan pemain.

Liga Belanda Bukan Lagi Liga Elit

Liga Eredivisie Belanda bukan lagi satu liga elit di Eropah apatah lagi di dunia. Setiap pasukan yang berjaya lagi konsisten memerlukan asas yang kuat untuk membina pasukan walaupun harus bermula dari bawah.

Jerman dan Sepanyol adalah contoh terbaik bagaimana mereka membentuk skuad yang mampu bergelar juara hasil daripada liga yang menjadi antara liga yang terbaik di dunia. Kedua negara ini mampu menyediakan pemain muda yang tidak kehabisan setakat ini.

Pada tahun 70-an dan 80-an pasukan kelab dari Eredivisie iaitu Ajax dan PSV Eindhoven telah menakluk bola sepak Eropah dengan memenangi kejayaan Treble sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Kedah pada tahun 2007 dan 2008.

Ajax masih kekal kelab elit Eropah sebaris dengan Liverpool

Kini apa yang menyedihkan liga Belanda telah jauh ketinggalan dan La Liga serta Bundesliga menjadi tempat penternakan bakat muda yang berkelas dunia. Lihat sahaja Jerman yang sentiasa mempunyai bakat baru dan mampu membentuk pasukan yang kuat.

Kontemporari ini, hanya satu satu pasukan sahaja dari Eredivisie yang layak secara terus ke Champions League. Belanda juga tidak berada dalam kedudukan 10 negara teratas dalam ranking coefficient UEFA.

Belanda berada ditangga ke-11 dalam ranking coefficient UEFA. Ini menjadikan liga Eredivisie berada di bawah liga dari negara seperti Russia, Ukraine dan Turki.

UEFA coefficient

Tanpa pelaburan yang penting dan penajaan yang sedap Eredivisie kini menjadi kelab yang hanya mampu mengeluarkan bakat muda dari Belanda sahaja berbeza dengan liga negara Eropah dikedudukan teratas.

Purata umur pemain dalam kelab teratas Belanda antara 23 hingga 24 tahun sahaja jika dibandingkan dengan pasukan teratas Premier League yang mempunyai purata umur 27 hingga 28 tahun.

Belanda mampu melahirkan pelbagai jenis ubi yang baik tetapi kemurungan liga gagal menarik pemain bintang serta pemain luar untuk beraksi di sini. Maka perkembangan ubi ini boleh menyebabkan ubi terbantut.

Pemain Muda Gagal Bermain di Tahap Tertinggi

Bila kali terakhir pemain muda dari Belanda menggegar dunia selepas Robbin Van Persie, Arjen Robben dan Wesley Sneijder? Yang terbaru hanya Memphis Depay yang hanya berjaya menggegar media sosial sebagai the next Ronaldo.

Memphis Depay telah dinobatkan sebagai salah seorang pemain muda terbaik dunia apabila beliau membantu PSV Eindhoven merangkul gelaran Eredivisie pada musim 2014/15 dengan menjaringkan 22 gol di liga dan 28 secara keseluruhan pada musim itu.

Kehebatan Depay telah menarik minat Manchester United dan perpindahan terjadi tetapi malangnya Depay gagal beraksi dengan baik serta gagal memenuhi potensi yang ada padanya. Lebih malang kerjaynya menjunam teruk.

The Next Ronaldo katanya

Pemain muda Belanda ini menamatkan musim pertama dengan dua gol sahaja di Premier League dan Depay telah menemui posisinya yang sebenar-benarnya bila bermain di liga teratas iaitu bangku simpanan.

Di Manchester United, Depay telah memakai jersi keramat yang sehingga kini menunggu pewarisnya iaitu jersi nombor 7. Walaupun Depay berjaya menjaringkan gol di Europa League tapi pada hakikatnya kejohanan itu merupakan tahap tertinggi ketika beliau di Liga Belanda.

Siapa lagi contoh yang orang akan kenal? Virgil van Dijk dah 26 tahun bukan pemain muda kalau bukan sebab Liverpool power this is our year nak beli mungkin ramai tak kenal.

Tiada Pemain Generasi Baru Mampu Menembusi Pasukan Kebangsaan

Pada Piala Dunia 2014 di Brazil, Belanda telah muncul sebagai pemenang tempat ketiga hasil campuran pemain muda dan berpengalaman ditambah pula dengan air tangan Louis Van Gaal. Ketika itu pemain paling tua adalah Dirk Kuyt yang berusia 33 tahun.

Manakal ketika itu pemain seperti Robin van Persie, Arjen Robben, Wesley Sneijder dan Klaas-Jan Huntelaar sudah berusia 30-an yang merupakan waktu puncak yang bakal menurun bagi kebanyakkan pemain.

Tetapi sejak itu pemain yang semakin senja inilah masih lagi menjadi tunggak utama pasukan dan pemain muda hanya datang dan pergi. Kini Arjen Robben pula sudah bersara diperingkat antarabangsa untuk fokus kepada melebatkan rambut.

Robben tua masih berbisa sambil menutup aurat

Ketiadaan Robben juga meninggalkan kerusi kosong dibahagian serangan yang bertaraf dunia. Pemain muda yang ada dalam skuad Piala Dunia 2014 seperti Stefan De Vrij, Bruno Martins Indi, Joel Veltman, Terence Kongolo, Jordie Clasie dan Leroy Fer sudah hilang kemana. Mungkin nama mereka pun tidak pernah anda dengar.

Pemain muda yang agak menyerlah dari skuad Piala Dunia 2014 adalah Memphis Depay, Daley Blind dan Georginio Wijnaldum. Sehingga kini mereka masih ada. 3 orang cukup ke?

Siapakah yang akan menjadi pemain yang akan membawa Belanda ke EURO 2020? Van Persie dan Huntelaar kini berusia 34 tahun dan Sneijder juga bakal berusia 36 tahun pada tahun 2020.

Dalam skuad terkini Belanda, Kapten Bersara Robben merupakan penjaring terbanyak dengan 37 gol. Georginio Wijnaldum 7 gol. Depay 6 gol dan Ryan Babel yang berusia 30 tahun 5 gol.

Blind antara harapan yang ada.

Selain itu hanya Davy Klaassen, Daley Blind dan mungkin Virgil van Dijk sahaja antara pemain yang boleh diharap membawa Belanda kehadapan ini kerana seramai 15 orang pemain di pusingan kelayakan tidak pernah membuat penampilan sebanyak 20 kali.

Lebih perit dan menyedihkan daripada 15 pemain tersebut sebanyak 10 orang yang bermain lebih 10 kali untuk Belanda.

Jurang ini memerlukan pelan jangka masa panjang untuk diperbaiki dan memastikan situasi ini tidak terjadi lagi. Sudah tentu ini akan memakan masa yang panjang untuk pulih.

Akademi Belanda Melahirkan Pemain yang Bagus tetapi Tidak Mampu Membina Pasukan

Tidak dapat dinafikan lagi negara kelahiran Johan Cruyff yang menghasilkan total footbaal mempunyai akademi bola sepak bertaraf dunia dan mampu mencungkil bakal muda tak terkira banyaknya tetapi mereka gagal untuk menjadi sebuah pasukan yang berdaya saing.

Pemain lagenda mereka seperti Dennis Bergkamp dan Edwin van der Sar sekarang sedang menguruskan Ajax dan Giovanni van Bronckhorst pula di Feyenoord. Mereka dipertanggugjawabkan untuk merangka dan melahirkan bakat muda.

Sangat berat tugas mereka walaupun mereka mampu melahirkan dan melatih bakat muda tetapi setakat ini mereka gagal untuk mebina pasukan yang mampu bersaing untuk merebut gelaran walaupun di tahap liga remaja.

Pump bola! Pump bola! Lambung! Lambung!

Sebagai contoh di kejohanan UEFA Youth League yang merupakan versi Champions League bagi pemain remaja dan undian pasukan juga mengikut pasukan yang bertanding di Champions League.

Sejak 4 tahun kejohanan UEFA Youth League diperkenalkan, Ajax gagal untuk menjadi pencabar yang digeruni apatah lagi untuk merangkul kejuaraan. Pasukan remaja mereka juga mengikut jejak pasukan senior yang merana disaingan Eropah.

Rekod terbaik Ajax di UEFA Youth League ini hanya mampu mara sejauh suku akhir sahaja sebanyak dua kali manakala PSV Eindhoven pula tidak pernah melepas peringkat pusingan 16 terbaik.

Kegagalan pemain muda untuk beraksi di tahap tertinggi liga membawa kesan kepada pasukan kebangsaan walaupun mempunyai dan mampu melahirkan pemain berbakat mereka gagal untuk membentuk sebuah pasukan yang mampu bersaing.

Semoga skuad Oranje kembali bangkit.

Sumber : Sportskeeda

Baca Juga

Baca Juga