Pihak kerajaan UK telah mengumumkan yang mereka kini sudah membekukan segala assets milik Roman Abramovich, dan ia secara tak langsung menggagalkan usaha billionaire dari Rusia itu untuk menjual Chelsea.
Roman Abramovich sebelum ini sudah mengumumkan yang beliau akan menjual Chelsea dan hasil keuntungan dari penjualan kelab itu akan didermakan kepada mangsa perang di Ukraine.
Beliau juga turut tidak akan menuntut semula semua hutang Chelsea yang dilaporkan bernilai £1.5 juta.
Roman Abramovich's assets have been frozen by the UK government, meaning he is unable to sell Chelsea.
▪️ Further ticket sales to home and away fans are prohibited
▪️ Season tickets still valid
▪️ No merchandise sales allowed
▪️ No transfers
▪️ No contract renewals pic.twitter.com/igoCglPrAu— B/R Football (@brfootball) March 10, 2022
Roman Abramovich memutuskan untuk menjual Chelsea kerana beliau bimbang kelab akan diganggu oleh kerajaan UK dan malang untuk kem The Blues, kini hal yang mereka takuti telah pun berlaku.
Pihak kerajaan UK sudah mengumumkan yang mereka akan membekukan segala asset milik Roman Abramovich termasuk Chelsea FC.
Berikut merupakan lima perkara yang Chelsea tak boleh lakukan sepanjang tempoh kelab dibekukan oleh kerajaan UK.
1) Penjualan Tiket home dan away sudah tidak dibenarkan lagi
Sepanjang tempoh akaun kelab dibekukan oleh pihak kerajaan, Chelsea boleh dikatakan langsung tak ada sumber pendapatan.
Antara punca pendapatan utama kelab adalah kutipan tiket dan memandangkan kini mereka sudah tidak dibenarkan lagi untuk menjual tiket, maka ia jelas akan beri impak kepada kelab.
Antonio Rudiger and Cesar Azpilicueta are among FIVE Chelsea stars now set to LEAVE for nothing this summer after Abramovich sanction https://t.co/jhxraExlQT
— MailOnline Sport (@MailSport) March 10, 2022
Walau bagaimanapun, untuk peminat yang sudah memiliki pas bermusim, mereka masih lagi dibenarkan untuk menonton dan hadir ke stadium.
Memandangkan kebanyakkan peminat di UK sememangnya memiliki pas bermusim, maka sepertinya pihak kelab tidak begitu bimbang tentang hal tersebut.
2) Tak dibenarkan menjual merchandise
Bukan hanya tidak dibenarkan untuk menjual tiket, bahkan Chelsea juga tidak dibenarkan untuk menjual apa-apa merchandise mereka sepanjang tempoh kelab dibekukan.
Hal ini juga jelas sekali bakal menjejaskan kewangan kelab dengan penjualan merchandise sebenarnya antara penyumbang terbesar ekonomi kelab.
Sepanjang tempoh kelab dibekukan oleh kerajaan UK, Chelsea tidak lagi dibenarkan untuk menjual apa-apa merchandise mereka baik di store mahupun di atas talian.
3) Tak boleh jual beli pemain
Antara masalah terbesar Chelsea menjelang jendela perpindahan musim panas ini nanti adalah mereka tidak akan dibenarkan untuk membeli atau menjual pemain.
Chelsea owner Roman Abramovich has been officially sanctioned. All UK assets frozen: sale of the club on hold. No merchandise or ticket sale allowed. 🚨 #CFC
Statement also reports that “new contracts, player transfers or merchandise sales for Chelsea have been prohibited”. pic.twitter.com/UYX7NaMO1f
— Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) March 10, 2022
Thomas Tuchel sepertinya bakal perlu menggunakan pemain yang beliau ada sahaja sepanjang tempoh kelab dibekukan kerana beliau tidak boleh mendapatkan khidmat pemain baru.
4) Tak boleh perbaharui kontrak pemain
Hal ini jelas sekali akan beri masalah besar kepada skuad Chelsea memandangkan mereka memiliki beberapa pemain yang akan tamat kontrak pada penghujung musim ini.
Sepanjang tempoh kelab dibekukan, Chelsea tidak dibenarkan sama sekali untuk menawarkan kontrak baru kepada para pemain mereka.
Tidak pasti berapa lama tempoh kelab akan menjalani hukuman pembekuan oleh pihak kerajaan UK, namun semakin lama hukuman tersebut berlangsung maka semakin sukar Chelsea untuk meneruskan perjalanan mereka.
5) Chelsea tak boleh dijual
Sepanjang tempoh sama juga, Roman Abramovich tidak dibenarkan sama sekali untuk menjual Chelsea.
Chelsea are now unable to sell any tickets, but the club could gift tickets to visiting clubs #CFC https://t.co/h6TS2Rg6Ab
— talkSPORT (@talkSPORT) March 10, 2022
Roman Abramovich sebelum ini menyatakan yang beliau tidak mahu terburu-buru untuk menjual kelab, namun kini beliau sepertinya akan menyesal dengan keputusannya itu.
Akhir kalam, semoga saja Chelsea tidak terkubur dek kerana masalah-masalah ini.
Jelas sekali seandainya hal ini berterusan, agak mustahil untuk Chelsea mampu bertahan terutama memikirkan cara bagaimana mereka mahu meneruskan kehidupan tanpa ada sebarang sumber pendapatan.
Ditambah pula dengan mereka tak boleh menawarkan kontrak baru serta membeli pemain baru, ia jelas semakin menyukarkan untuk The Blues bertahan.
Sumber: BR Football