5 Kisah Pergaduhan Pemain dan Pengurus

Kontempopari ini kita pernah mendengar kisah pergaduhan antara pemain dan pengurus lantaran rasa tidak puas hati diantara hati mereka atas pelbagai faktor yang mmembawa pertikaman lidah dan sudah pasti tidak berakhir diranjang.

Antara kisah pergaduhan yang sempat dirakam lensa kamera antaranya  suatu ketika dahulu antara Paul Pogba dan Jose Mourinho serta Pep Guardiola dan Sergio Aguero.

Kisah cinta dua jejaka ini juga mendapat perhatian bukan sahaja media di eropah, malah penggiat media sukan di Malaysia juga.

Hubungan dingin antara Pogba dn Mourinho juga menjadi sebab utama kejatuhan Manchester United suatu ketika dahulu

Akan tetapi, kisah perseteruan antara dua jejaka ini bukanlah kali pertama berlaku dalam arena bola sepak. Sebelum ini sudah banyak pergaduhan antara pemain dan pengurus atau jurulatih telah berlaku dan melibatkan invidividu yang berprofil tinggi.

Berikut adalah lima senarai pergaduhan yang pernah mendapat perhatian dunia bola sepak.

Raymond Domenech vs Nicolas Anelka dan Seluruh Pemain Perancis

Kisah ini terjadi ketika kempen Piala Dunia 2010 di Afrika Selatan . Pengurus, Raymond Domenech, diselar oleh Nicolas Anelka secara terbuka selepas pasukan mereka tewas kepada Mexico dalam perlawanan kedua peringkat kumpulan.

Akibatnya, Anelka dihukum dan dihantar pulang dari Afrika oleh Persatuan Bola Sepak Perancis, sekaligus menimbulkan rasa tidak puas hati di antara pemain dan pihak pengurusan.

Para pemain bertindak memboikot sesi latihan, tatkala Domenech sedang mempersiapkan pasukan untuk menentang Afrika Selatan dalam perlawanan terakhir kumpulan.

Memandangkan para pemain sudah tidak berminat untuk berjuang demi lencana di dada, Perancis tewas 0-2 kepada tuan rumah dan pulang awal dari kejohanan tersebut.

Roy Keane vs Alex Ferguson

Roy Keane sememangnya dikenali sebagai seorang yang berperwatakan panas baran dan keras kepala. Setiap kali berhadapan dengan masalah, Keane akan menjerit “anda rasa saya ada masa untuk sakit kepala?!” sekuat hati.

Pada musim 2005-06, prestasi semasa United ketika itu agak kurang memberangsakan. Keane – kepala Syaitan Merah pada waktu itu telah menempelak dan mencaci rakan sepasukan dalam satu temuramah yang tak pernah disiarkan bersama MUtv.

Akibat daripada termubual tersebut, Ferguson telah hangin satu badan dan bergaduh dengan Keane, sehingga Keane dijual ke Celtic.

Perseteruan ini tidaklah berakhir di situ di mana kedua-dua individu ini saling menghentam dalam buku biografi masing-masing.

Walaubagaimanapun ketika Ferguson perlu dibedah akibat pendarahan dalam otak, Keane telah mengucapkan selamat kepada bekas jurulatihnya tersebut.

Roberto Mancini vs Carlos Tevez

Carlos Tevez bukan sahaja suka menggila di atas padang, malah di luar padang juga. Pada musim 2011/12, pemain Argentina ini telah bergaduh dengan pengurus Manchester City ketika itu – Roberto Mancini.

Dek kurang puas hati dengan kedudukannya dalam pasukan, Tevez enggan bermain sebagai pemain simpanan ketika City menentang Bayern Munich dalam Liga Juara-juara UEFA – sekaligus menimbulkan rasa marah dalam jiwa Mancini dan penyokong City.

Gambar : Manchester Evening News

Carik-carik bulu ayam, lama-lama bercantum jua – begitulah diibaratkan hubungan Mancini dan Tevez. Mereka berbaik semula dan Tevez kekal di Manchester semusim sebelum berhijrah ke Juventus.

Alex Ferguson vs David Beckham

Perseteruan antara dua individu ini dikatakan punca Beckham berhijrah ke Real Madrid pada tahun 2003. Punca pergaduhan mereka adalah Ferguson dikatakan tidak gembira dengan sikap Beckham secara keseluruhan.

Ye lah, Beckham adalah spesis pemain bola sepak yang kacak dan menjadi perhatian media. Maka lama kelamaan Beckham sedikit sebanyak semakin tenggelam dalam dunia kemasyhuran sehingga dia lupa matlamat sebenar kehidupan insan di dunia ini.

Pada satu ketika, Ferguson dan Beckham bertengkar di dalam bilik persalinan dan kemuncaknya, Fergie menendang sebelah kasut bola sepak dan melantun mengenai kepala Beckham, menyebabkan pemain kacak ini terpaksa menerima enam jahitan.

Beberapa tahun kemudian kedua-dua insan ini berbaik semula dan Beckham mengakui kesilapannya ketika muda dan dia patut bersikap sebaliknya pada waktu tersebut.

Mick McCarthy vs Roy Keane

Sekali lagi kisah Roy Keane. Kisah ini berlaku pada tahun 2002, ketika Piala Dunia di Korea dan Jepun di mana Keane dikatakan sangat tidak berpuas hati dengan persiapan keseluruhan kem pasukan Ireland untuk kejohanan paling berprestij di dunia tersebut.

Mana tidaknya, penerbangan pasukan sahaja sudah mengundang kontroversi. Pegawai FAI (FAM bagi Ireland) menaiki kelas satu, manakala para pemain ditempatkan di kelas dua.

Persiapan makanan juga tidak seperti yang diharapkan Keane – yang dihidang makanan berkualiti dan mengikut diet yang sepatutnya di Manchester United.

Pemain Ireland dihidang sandwich cheese sebelum perlawanan, bukannya makanan yang lebih sesuai seperti pasta.

Sebelum Piala Dunia bermula, Keane telah meluahkan segala rasa tidak puas hati tentang persiapan tersebut di media Ireland lalu mencetuskan perang mulut antara Keane dan McCarthy dalam satu pertemuan pasukan di Saipan, Jepun.

Selepas segala carutan diluahkan Keane, dia dihantar pulang oleh McCarthy.

Rujukan artikel : Sportskeeda

BACA:  Budak Milo Ajax Baling Bola Ke Muka Pemain Roma Kerana Lengahkan Masa