5 Kontroversi Kelantan Dengan Pemainnya

Selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) mengalami perubahan kepimpinan pada September 2017, pasukan ini dipalit dengan banyak kontroversi terutamanya melibatkan pemain.

Pengurusan ini agak pincang dan lemah dalam mengendalikan isu pemain. Berikut adalah 5 kontroversi yang paling mendapat mendapat liputan.

1. Morgaro Gomis

Morgaro Gomis membuat 2 penampilan pada 3 dan 6 Februari dan dikeluarkan dari pendaftaran sebelum pintu perpindahan awal musim berakhir pada 11 Februari. Bibi Ramjani Ilias Khan mengesahkan pemain import tengah pasukan itu akan dimasukkan pada jendela perpindahan kedua jika sudah pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang dialami.

Keputusan ujian Pengimejan Resonan Magnetik (MRI) ke atas Gomis mengesahkan dia mengalami kecederaan dan terpaksa digugurkan sebelum pintu perpindahan pertama ditutup. Tempat Gomis digantikan oleh penyerang import dari Lubnan, Mohammed Ghaddar.

Morgaro Gomis dikeluarkan dari pendaftaran selepas hanya 2 perlawanan dan tidak didaftarkan semula

“Ya, keputusan MRI itu menunjukkan ada sedikit koyakkan kecil tahap dua di paha yang memerlukan Gomis berehat untuk tempoh sekurang-kurangnya tiga minggu.

“Walaupun namanya dikeluarkan sebelum pendaftaran pertama itu ditutup namun dia masih kekal dalam perancangan pasukan ini,” katanya Bibi Ramjani kepada

Selepas pintu perpidahan ke-2 berlalu pemain ini tidak didaftarkan kembali dalam pasukan walaupun sekurang-kurangnya 3 kali beliau memuatnaik gambarnya sedang menjalani latihan persendirian. Ia mungkin isyarat beliau sebenarnya sudah pulih.

2. S.Venood

Pada 22 November S.Veenod sah menyertai Kelantan. Presiden Biib Ramjani Illias Khan bersetuju mengikat pemain ini selama 2 tahun.

“Veenod akan digandingkan dengan pemain tengah, Mohd Badhri Mohd Radzi dan Margaro Gomis yang masih kekal bersama dengan The Red Warriors pada musim depan”

Veenod diambil kerana mempunyai kepantasan dan pengalaman yang luas dalam arena bola sepak tempatan kerana pernah bermain bersama pasukan Selangor dan P.Pinang ujarnya lagi.

S.Veenod -“Saya nak makan pasir?’

Beliau tidak bermain pada perlawanan pertama (Melaka) Liga Super, menjadi pemain simpanan yang dibawa masuk selama 27 minit pada perlawanan ke-2 (Terengganu) dan disisihkan pada perlawanan ke-3 (Pahang) . Pada perlawanan ke-4 (Perak) dan ke-5 (PKNS) beliau bermain sepenuh masa.

5 bulan selepas bersama Kelantan, beliau menuntut RM100,000 tunggakan gaji (2 bulan setengah) selepas pasukan ini mengubah senarai pemain selepas kehadiran Fajr Ebrahim.

“KAFA masih berhutang dua setengah bulan gaji dengan saya. Setakat ini mereka hanya melangsaikan 50 peratus gaji Februari tapi masih sangkut setengah lagi untuk bulan itu serta gaji bulan Mac dan April yang keseluruhannya berjumlah hampir RM100,000,” kata Veenod.

“Saya sudah berusaha dengan pelbagai cara untuk mendapatkan hak saya itu sama ada bersemuka dengan presiden (Bibi Ramjani Ilias Khan) mahupun bertanya melalui mesej WhatsApp tapi gagal.

“Sebaliknya presiden meminta saya menamatkan kontrak saya sendiri dan beliau berjanji akan melangsaikan semua gaji tertunggak itu.

“Masalahnya, bukan saya yang mahu meninggalkan pasukan itu sebaliknya mereka yang menggugurkan saya tanpa alasan yang kukuh. Jika mereka mahu tamatkan kontrak saya dan bayar pampasan, saya boleh terima.

“Saya ada mulut untuk makan, saya ada keluarga untuk ditanggung. Pinjaman bank saya kena bayar tapi kalau begini keadaannya, adakah mereka nak suruh saya makan pasir atau nak suruh saya pinjam Along untuk bayar hutang bank?”

Tanggal 31 Mei pemain sah ditamatkan kontrak selepas menyertai Melaka.

3. Bruno Lopes

Pada 8 April Bruno Lopes keluar dalam satu kenyataan melalui 5 soalan dari pihak LaBOLA MALAYA, mengatakan kem Kelantan agak bercelaru dan pasukan yang paling tidak terurus yang pernah disertainya.

“Sejujurnya saya datang ke sini dengan satu ekspetasi tinggi selepas mengharungi 2017 yang cemerlang, jadi saya sasarkan 2018 yg lebih baik. Tetapi ada yang tidak kena dengan pasukan ini dan segalanya tidak berlaku seperti apa saya mahukan. Saya sudah buat yang terbaik, analisa statistik dan perbaiki apa yang patut, saya tidak gembira, memang ia mengecewakan.”

Bruno Lopes -Pasukan paling tidak terurus

Ditanya mengenai kecederaannya yg dikatakan akan mengambil masa dua bulan untuk pulih dan menjadi sebab dia ditamatkan kontrak, Bruno cukup kecewa dengan “berita yang diadakan” tersebut dan layanan yang telah diterimanya.

“Penyokong dan media hanya dengar dan baca apa yang KAFA bagitau, tetapi cerita sebenar adalah berbeza. Memang saya alami kecederaan dan dalam proses untuk pulih, sebagai pemain saya mahu segera pulih dan kembali ke dalam latihan. Saya bukannya doktor, saya sendiri tidak tahu berapa lama saya akan tersisih sebab itu saya tak post apa-apa di media sosial, tapi puan presiden merasakan ia bagus untuk canang merata tentang kecederaan saya, mungkin dia lebih tahu.

“Adalah penting untuk menegaskan Kelantan langsung tidak membantu dalam pemulihan kecederaan saya. Apa yang KAFA rasakan langkah terbaik adalah menamatkan kontrak ketika saya sedang sakit. Ini akan membawa padah kepada mereka. Mereka juga tidak menepati apa yang telah dipersetujui, ini juga akan membawa padah kepada mereka,” ujar pemain itu.

Ditanya pula sama ada dia menerima pampasan di atas penamatan kontrak secara ‘pra matang’, Bruno berkata dia tidak menerima apa-apa bayaran malah Presiden KAFA, Bibi Ramjani telah menyekat (block) whatsappnya.

“Kelab ini masih terlalu jauh untuk bergelar profesional, puan presiden block saya kerana saya menuntut apa yang telah dijanjikan. Saya juga ada anak kecil dan keluarga, kami telah mencapai persetujuan tertentu untuk penamatan kontrak tetapi saya tidak boleh dedahkan perjanjian itu kerana ketika ini peguam saya sedang menguruskannya.

“Saya seorang yang berpegang kepada kata-kata dan akan tunaikan apa saya janji. Malangnya saya tidak percaya kepada kata-kata presiden ini, tidak mengapa walaupun dia dah block saya, saya tetap akan perjuangkan hak saya,” jelas pemain itu.
.

4. Badhri Radzi

Dua minggu selepas kontroversi Lopes, KAFA terus terpalit dengan kontroversi. KAFA gagal mengedalikan kontrak pemain dengan baik. Giliran Badhri Radzi pula memberi amaran supaya kontrak dan statusnya bersama pasukan diuruskan dengan baik.

Ia berikutan KAFA mengeluarkan satu kenyataan ringkas di laman sosial bahawa beliau dan Khairul Fahmi (Apek) sudah tiada dalam perancangan pasukan itu melalui ketua jurulatih, Fajr Ebrahim.

Badhri Radzi -KAFA tidak profesional

“Kalau Kafa dan jurulatih tak nak saya, sepatutnya mereka panggil dan bincang. Bukannya memberi kenyataan di laman sosial atau akhbar.

“Saya dan juga Apek (Khairul Fahmi Che Mat) ‘blur’. Cara Kafa dan jurulatih buat ni tak betul. Tak profesional.

“Tetapi kami sebagai pemain profesional kami tetap mengikut kontrak dan turun menjalani latihan seperti biasa. Malah jurulatih pun tidak beritahu apa-apa lagi,” ujarnya

Pemain ini masih mempunyai kontrak bersama Kelantan sehingga hujung musim 2018.

“Setiap sesi latihan saya dapat ikut dengan baik. Tak tahu, tak tahu apa. Sehingga sekarang saya masih menunggu untuk dipanggil dan diberitahu secara rasmi sama ada saya masih diperlukan atau tidak.

“Kalau tak nak, cakap sahaja tak nak. Saya terima. Tetapi jangan buat macam ini. Awal musim sebelum ini, mereka tak mahu lepaskan kami ketika ada pasukan lain yang buat tawaran.

“Tetapi sekarang timbul pula mahu lepaskan kami untuk mengurangkan beban hutang?. Saya harap akan ada tindakan yang lebih profesional selepas ini,” jelasnya yang kini berusia 36 tahun.

5. Alaeddine Bouslimi

Bekas tonggak pertahanan The Red Warriors (TRW) Alaeddine Bouslimi, 27, menerima kejutan apabila rumah sewa yang didiaminya dikunci oleh pemilik. Kejadian itu disedari pemain tersebut selepas pulang ke rumah daripada menikmati sarapan pagi.

Difahamkan, pemiliknya bertindak demikian selepas Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) gagal melunaskan bayaran sewa rumah berkenaan.

Alaeddin Bouslimi -Rumahmya dikunci pemilik

Menurutnya, pemilik rumah itu sepatutnya berurusan terus dengan pihak pengurusan dan bukan bertindak sedemikian.

“Jikalau kunci begini, macam mana saya hendak ambil barang sedangkan semuanya masih berada di dalam,” katanya.

Alaeddin hanya sempat beraksi dua perlawanan bersama TRW sebelum digugurkan gara-gara gagal menepati kehendak Kafa.

Tonggak pertahanan itu dilaporkan masih lagi mempunyai kontrak bersama TRW sehingga akhir musim ini.

Tiket pernerbangan pulang Alaeddin Bouslimi

Difahamkan pihak KAFA sudah menyediakan tiket penerbangan (7 Februari) untuk pemain ini pulang ke negaranya tetapi beliau masih berada di Malaysia sehingga video itu tersebar pada 9 Februari. Masih belum diketahui kenapa pemain ini tidak pulang pada tarikh tersebut.

Kelantan amat bergelut dengan prestasi sepanjang musim 2018. Walaupun pasukan ini merombak hampir keseluruhan pemain ketika musim sedang berjalan sehingga menimbulkan isu-isu tidak enak seperti diatas, pasukan ini cuma mampu mencatat 3 kemenangan dari 17 perlawanan dan berada di tangga tercorot.

Liga Super hanya berbaki 5 perlawanan dan adakah Kelantan mampu kekal di liga utama ini. Selamat maju jaya untuk pasukan ini.

Baca Juga

Baca Juga