5 Langkah Yang Perlu Dilakukan Real Madrid Untuk Meneruskan Dominasi Di Eropah

Real Madrid telah mencipta sejarah tersendiri apabila menjadi pasukan pertama memenangi trofi Liga Juara-Juara Eropah untuk dua musim berturut-turut dan kini menjadi pasukan penanda aras di Eropah.

Pasukan kendalian Zinedine Zidane ini juga telah berjaya menyingkirkan ancaman pasukan Barcelona uawntuk menjadi juara La Liga pada musim ini.

Untuk musim baru 2017/2018 nanti, Real Madrid perlu melaksanakan beberapa langkah penambahbaikan untuk memastikan dominasi mereka di pentas Eropah berterusan.

Mencari Penjaga Gol Baru

Penjaga gol dari Costa Rica, Keylor Navas agak kurang konsisten sepanjang musim ini. Ketika perlawanan menentang Juventus tempoh hari, ramai pengkritik bola sepak berpendapat bola sepakan basikal Mario Mandzukic itu boleh diselamatkan jika dia bertindak lebih awal.

Bukan sekadar Khairul Fahmi Che Mat, bekas penjaga gol veteran Kelantan Halim Napi juga dijangkakan mampu menyelamatkan bola tersebut.

Gambar: DailyMail

Dengan khabar angin sejak musim lepas mengatakan penjaga gol Manchester United David De Gea bakal ke Santiago Bernabeu, tidak mustahil jika Real Madrid bakal mendapatkan penjaga gol baru musim depan sambil berharap mesin fax tidak buat hal seperti musim lepas.

Menguatkan Jentera Serangan

Real Madrid terkenal sebagai pasukan yang sentiasa menjaringkan gol dan berjaya menembusi gawang lawan dalam semua perlawanan musim ini namun hanya Cristiano Ronaldo sahaja yang betul-betul konsisten dalam merobek gawang lawan tanpa belas kasihan.

10 gol dalam perlawanan suku akhir, separuh akhir dan final membuktikan fakta ini.

Kuasa serangan trio BBC semakin berkurang dengan Benzema bekerja keras sepanjang musim namun dilihat kurang berbahaya dan juga kecederaan berpanjangan Gareth Bale.

Real Madrid kini dikatakan berminat untuk mendapatkan penyerang muda AS Monaco, Kylian Mbappe dan juga Muhammed Ghadar untuk bergandingan dengan Ronaldo di bahagian serangan.

Ubi sedap yang menjadi buruan kelab seluruh dunia. Gambar: ESPN

Memberi Peluang Kepada Bakat Muda

Zidane telah memberi peluang bermain kepada pemain muda berusia 21 tahun iaitu Marcos Asensio dan dia berjaya menjaringkan gol keempat Real Madrid ketika perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah tempoh hari.

Pengendali Real Madrid ini mungkin akan menyenaraikan semula Marcos Llorente dalam skuad utama selepas persembahan yang cemerlang ketika dipinjamkan ke Deportivo Alaves.

Memperbaiki Barisan Pertahanan

Jika  peminat Real Madrid ditanya mengenai satu kelemahan pasukan pada musim ini sudah tentu barisan pertahanan yang rapuh menjadi jawapan.

Barisan serangan mungkin kurang bermasalah untuk pasukan ini tapi tugas Zidane yang seterusnya ialah memastikan barisan serangan Real Madrid supaya lebih kukuh seperti tembok besar yang dibina Jose Mourinho bersama pasukan Manchester United.

Walaupun pertahanan rapuh tapi aku boleh score dan pandai berlakon. Kau apa tahu! Gambar: EuroSport

Tukar Pemain Lama, Ganti Baru

Pemain-pemain seperti Fabio Coentrao, James Rodriguez dan Alvaro Morata mungkin sudah boleh memikirkan untuk meninggalkan Santiago Bernabeu untuk mencari peluang bermain yang lebih baik demi masa depan karier mereka.

Dengan pesaing seperti Barcelona sudah bersedia untuk untuk memperkasakan pasukan, Real Madrid juga tidak boleh terkecuali. Dengan rekod cemerlang mereka di Eropah, sudah tentu Real Madrid tidak mempunyai masalah untuk mendapatkan ubi-ubi dari pasukan lain.

Sumber Artikel: Sportakeeda

Baca Juga

Baca Juga