Musim Liga Perdana Inggeris buat Chelsea sekali lagi menemukan jalan sukar apabila pasukan tersebut tewas buat kali kedua dalam saingan liga musim ini dan kali ini kepada pasukan yang agak bergelut dengan prestasi, Southampton.
Pengurus, Thomas Tuchel, kini berdepan situasi di mana dia perlu selesaikan segala masalah yang melanda pasukan The Blues tersebut sebelum jendela perpindahan ditutup.
Dalam perlawanan menentang Southampton, Blues terlebih dahulu mendahului lawan apabila Raheem Sterling apabila dengan tenang menolak bola dari kotak enam ela pada minit ke-25.
Dua minit kemudian, Southampton terus menyamakan kedudukan menerusi Roman Lavia yang melakukan satu rembatan kencang dari luar kotak penalti selepas bola sepakan sudut tidak dikeluarkan dengan baik oleh pemain Chelsea.
Pada penghujung separuh masa pertama, pertahanan Chelsea sekali lagi gagal beraksi dengan begitu baik apabila gagal mengawal Adam Armstrong yang tidak dikawal kemudiannya melepaskan rembatan padu ke dalam gol Blues.
Selepas aksi tersebut, ini adalah lima kesimpulan atau masalah Chelsea yang telah dikenalpasti.
Tiada Penjaring Gol Sejati
Chelsea mempunyai ramai pemain kreatif dalam pasukan mereka dan pemain-pemain ini mampu mencipta peluang untuk menjaringkan gol. Tetapi keputusan di St. Mary menunjukkan bahawa mereka memerlukan pemain yang mampu menyudahkan peluang yang dicipta tersebut.
Mason Mount, Raheem Stertling dan Hakim Ziyech – kesemua mereka mempunyai peluang untuk menjaringkan gol pada separuh masa pertama akan tetapi tiada seorang pun yang mampu memberikan debaran kepada penjaga gol Saints, Gavin Bazunu, sehinggalah gol pertama dijaringkan Sterling.
Malah kalau nak diikutan, terdapat empat peluang yang dicipta oleh anak buah Tuchel sebelum gol tersebut dan Chelsea pasti akan berdepan masalah jika bermain menentang pasukan yang mempunyai pertahanan yang lebih bagus.
Dengan Manchester City, Liverpool dan Arsenal telah membeli penyerang tulen pada musim panas ini, sudah tiba masanya Tuchel memujuk pembesar kelab untuk berbelanja lebih bagi mendapatkan pemain yang mampu menjaringkan gol.
Mungkin panggil semula Romelu Lukaku?
Inter Milan best Serie A player 20/21
Goals: Lukaku
Assists: Lukaku
Big Chance Created: Lukaku
Dribbles per game: Lukaku
Most throughballs: Lukaku
Most shots on target: LukakuThe Tucheliban turned him into a mystery and the lot of them heaped the blame on him. pic.twitter.com/oVUyTg40ud
— Beef 🟩 (@Alayonimiii) August 30, 2022
Kelemahan di Udara
Menentang Chelsea yang dikenali sebagai pasukan yang bermain bola sepak moden, Soton tampil dengan corak permain bola tinggi dan jauh dengan penjaga gol, Bazunu, kerap mensasarkan bola jauh kepada penyerang, Che Adams.
Bros lost every single aerial duel against CHE ADAMS😭😭 pic.twitter.com/9FLkRzWoru
— Moë 🏴 are winning de WC (@Moe_y11) August 30, 2022
Adams kemudian meletakkan dirinya berdepan satu sama satu dalam perebutan bola di udara bersama Thiago Silva dan hasilnya, dia memenangi kesemua enam tandukan tersebut. Silva selepas itu terpaksa mengambil keputusan untuk tidak mencabar bola di udara di mana bintang Saints itu terlalu dominan.
Ini juga telah membuatkan Chelsea hilang kawalan dan Soton tampil memperkemas gerakan dalam mengutip bola tandukan Adams tersebut. Saints juga menggunakan taktik balingan bola jauh ke dalam kotak penalti Chelsea dan ini ternyata berhasil dan mewujudkan situasi kelam kabut dalam kotak penalti Blues.
Tuchel Masih Terkial-Kial
Tuchel memilih untuk menurunkan empat pemain pertahanan yang telah membantu pasukannya menewaskan Leicester pada hari Sabtu tetapi menentang Soton, Chelsea dilihat seperti hilang identiti di mana Saints bagaikan berpesta dalam merencanakan gerakan serangan.
Tatkala Chelsea melakukan serangan, mereka sangat terdedah di bahagian belakang. Tuan rumah mendapat banyak peluang untuk menjaringkan gol, dan memaksa pasukan pelawat untuk meluru turun secepat mungkin dengan begitu kerap.
Tiada Impak Dari Bangku Simpanan
Dalam sesetengah perlawanan, pemain gantian mampu memberikan impak berguna kepada pasukan dan ini tidak ada di dalam pasukan Chelsea.
Tuchel melakukan empat pertukaran tetapi tiada satu pun daripada mereka mampu memberikan kesan positif dalam perlawanan. Pertama, Mateo Kovacic menggantikan Ruben Loftus-Cheek yang cedera dan pemain Croatia tersebut dilihat terkial-kial untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan.
Ketika perlawanan berbaki 24 minit, pengurus The Blues melakukan tiga pertukaran sekaligus menyaksikan pasukannya mengubah formasi kepada 3-4-3. Meskipun ada sedikit perubahan positif, mereka masih gagal menyaingi Southampton yang kekal tenang menguasai perlawanan.
Masalah Mendy
Persoalan yang timbul tentang Edouard Mendy menjadi semakin banyak apabila penjaga gol tersebut berdepan kritikan yang teruk daripada persembahannya dalam perlawanan menentang Soton. Gol Lavia mungkin dilihat sangat padu dan cantik tapi sebenarnya Mendy telah mampu menyentuh bola tersebut.
Kepa is better than Edouard Mendy and you can't change my mind. A goalkeeper only good at shot stopping is basically useless. Kepa deserves to start & not sold. With a good defence he's one of the best keepers on the planet. pic.twitter.com/bueQnf2mPD
— Aarush (@AarushCFC) August 21, 2022
Tetapi bola sekadar singgah sebentar di sarung tangannya dan menerjah masuk ke dalam gawang untuk memberikan gol penyamaan kepada Soton. Gol kedua Soton pula mungkin boleh dimaafkan kerana memang Mendy tidak mempunyai peluang untuk menahan bola tersebut.
Kesukarannya di antara dua tiang gol ternyata memberikan satu masalah kepada Tuchel yang mempunyai Kepa di bangku simpanan. Pengurus Chelsea tersebut mungkin terpaksa membuat keputusan untuk memberikan peluang kepada penjaga gol Sepanyo itu untuk beraksi pula selepas ini.
Sumber : Mirror