England mara ke peringkat suku akhir apabila mudah mengenepikan cabaran Jerman 2-0 dalam perlawanan pagi tadi yang dilangsungkan di Stadium keramatnya, Wembley.
Namun skuad bimbingan Gareth Southgate itu perlu menunggu sehingga minit ke-75 sebelum Raheem Sterling menjaringkan gol pembukaan the three lions.
Harry Kane memusnahkan harapan Jerman melalui jaringan ke-2 ketika perlawanan berbaki 4 minit.
Catatan tersebut menyamai apa yang dilakukan pada tahun 2004 dan 2012 edisi dimana mereka mara ke peringkat suku akhir.
Pada tahun 2004 England tewas kepada Portugal melalui penentuan sepakan penalti. Portugal kemudiannya mara ke final sebelum tunduk kepada Greece.
Edisi 2012 menyaksikan England tewas kepada Itali, juga melalui penentuan sepakan penalti. Itali mara ke final tetapi tewas kepada Sepanyol.
Sejak bola sepak memasuki era moden pencapaian tertinggi England dalam kejohanan Piala Eropah adalah separuh akhir yang dilakukan pada tahun 1996.
Pada edisi tersebut England ditundukan oleh Jerman melalui penentuan sepakan penalti dan Jerman muncul juara selepas menewaskan Republik Czech di final.
Sementara itu, Harry Kane mula yakin dengan kemampuan yang dimiliki England dan percaya kali ini pasukannya mampu mara ke final.
“Semua pasukan melihat kami (sebuah pasukan) yang cukup berbahaya sekarang. Tidak ada yang lebih besar selain berjaya memenuhi sasaran (jangkaan), jadi kita seharusnya berbangga. Kami mempunyai visi (tahu) kemana kami mahu pergi dan kami tidak boleh berhenti disini. Harap-harap kami akan mara ke separuh akhir dan (kemudiannya) final.”
5 perkara positif yang berlaku dalam kem England yang tidak boleh dinafikan, boleh menjadi bekalan merintis ke final.
Taktikal ‘simpanan’ Southgate berkesan (343)
Mengikut rekod, England lebih baik dan lebih banyak menang ketika menggunakan formasi 4231. England layak ke EURO melalui formasi ini.
Pada tahun 2020 Southgate bereksperimen dengan sistem back 3 dalam pertandingan UEFA Nations League.
Pada tahun ini bermula di kelayakan Piala Dunia, Southgate kembali menggunakan back 4 dan terus mengekalkannya di kejohanan eropah.
Selepas 8 perlawanan, Southgate melakukan kejutan menggunakan secondary formation dan ia berkesan menumbangkan Jerman.
England boleh menggunakan 2 formasi dengan baik berbanding Itali, Sepanyol dan Belgium yang kekal dengan primary formation dalam satu kejohanan.
Harry Kane mula menjaringkan gol
Dalam kalangan 5 pasukan besar tetutamanya yang mempunyai liga besar, kesemua penyerang utama sudah mencetak nama sebagai penjaring gol pasukan.
Ciro Immobille (Itali) menjaringkan gol seawal perlawanan pertama dan kemudiannya menggandakan koleksi jaringan pada perlawanan berikutnya.
Walaupun sudah tersingkir, Karim Benzema (Perancis) sempat merekodkan 4 jaringan malah Alvaro Morata (Sepanyol) yang dilabelkan tumpul dihadapan gawang mempunyai koleksi sama dengan Immobille.
Jaringan pertama Kane hadir ketika menentang sebuah lagi pasukan yang tidak mempunyai center forward yang baik iaitu Jerman. Atas faktor tersebut England lebih layak berada di suku akhir.
Raheem Sterling konsisten dan Jack Grealish padu
Ketika Kane gagal berfungsi sebagai penjaring gol, Sterling tampil menyelesaikan masalah itu. 2 jaringannya meletakkan England berada di tempat pertama peringkat kumpulan.
Konsistensi tersebut dibawa ke pusingan ke-2. Jaringan pada minit ke-75 membawa England mara ke suku akhir, sementara gol Kane lebih dilihat sebagai jaringan tambahan.
Sterling 3 kali (dari 4) menyumbang kemenangan secara terus kepada England. Lebih banyak dari kesemua pemain dari 23 pasukan yang bertanding.
Jack Grealish pula memperbaiki isu create open chances yang dialami England terutamanya pada 2 perlawanan awal.
Ketika dia mula diberi peluang, pemain kreatif Aston Villa itu tidak mengecewakan apabila mencipta 2 bantuan (assist) untuk negara tercintanya.
England masih mempunyai Jadon Sancho yang merekod 15 bantuan disamping 17 gol sepanjang musim lepas bersama Borussia Dortmund -boleh digunakan jika mahu memperbaiki masalah kreativiti.
Pasukan tunggal kekal tanpa bolos
England merupakan pasukan tunggal yang masih mengekalkan gawangnya dibolosi. Ia merupakan pencapaian unik dimana tidak mudah dilakukan.
Perkara itu boleh memberi keyakinan kepada pemainnya untuk menghadapi perlawanan seterusnya.
Sejak 1992, hanya Jerman melakukannya. Pada edisi lepas (2016) Jerman tidak bolos sehingga peringkat suku akhir -Itali pecahkan catatan itu.
Jerman sudah melakukannya pada tahun 1992 tetapi pada ketika itu pertandingan eropah tidak besar seperti sekarang yang mempunyai round 16.
Jika England berjaya mengekalkan rekod tersebut, maka England bakal menjadi pasukan pertama tidak bolos sehingga peringkat separuh akhir dalam sejarah bola sepak moden.
Laluan paling mudah untuk ke final
England ditakdirkan mendapat laluan lebih mudah berbanding pasukan nama besar lain. England akan bertemu Ukraine di suku akhir dan kemudianya Republik Czech atau Denmark bakal menanti di separuh akhir.
3 pasukan tersebut mampu melakukan kejutan mara ke final atau menjuarai Piala Eropah tetapi mereka bukan pasukan tradisi dalam kejohanan besar.
Persaingan sengit belaku apabila Itali, Belgium dan Sepanyol perlu bertarung sesama mereka sebelum layak ke final dan mungkin bertemu England -jika Southgate memenuhi jangkaan di atas kertas pada 2 perlawanan seterusnya.