5 Pekerjaan Marhaen Pemain Sebelum Bergelar Bintang Bola Sepak

Sebelum bergelar bintang bola sepak dunia yang dikenali ramai dan meraih pendapatan jutaan ringgit sebulan, ada pemain bola sepak melakukakan perkerjaan rakyat marhaen sama seperti kita semua demi mengejar cita-cita.

Tidak semua pemain bola sepak terkenal pada hari ini lahir dari akademi bola sepak. Ada di antara mereka dihasilkan daripada sistem bola sepak yang berbeza seperti dari pertandingan amatur dan sebagainya.

Iman yang teguh berserah pada Tuhan, akhlak yang murni jadi hiasan, sabar dan tekun dalam perjuangan kuat berliltizam berkeyakinan merupakan kunci kepada kejayaan individu dalam apa jua binga.

Malah tidak kurang juga pemain-pemain yang mulai mencipta nama hanya setelah mereka berusia, sebelum memancing perhatian kelab-kelab utama eropah. Pemain sebegini dipanggil sebagai late bloomers.

Jadi apakah mata pencarian mereka sebelum bola sepak? Atas moto hidup beras kita beli jadi perkerjaan yang menjadi punca pendapatan diperlukan untuk kelangsungan hidup untuk memenuhi impiam.

Berikut adalah antara pekerjaan yang pernah dilakukan oleh pemain bola sepak sebelum mereka dikenali sebagai pemain bintang pasukan masing-masing.

Grafite – penjual plastik sampah

Ini adalah satu lagi contoh pekerjaan part time yang tidak glamour pernah dilakukan oleh pemain bola sepak.

Grafite adalah pemain yang berasal dari Brazil dan mencipta nama di Bundesliga bersama Wolfsburg.

Ketika Wolfsburg muncul juara Bundesliga pada musim 2008/09, Grafite menjaringkan 28 gol dari 25 penampilan untuk muncul penjaring terbanyak pertandingan.

“Ia tidaklah pelik sangat,” jelas Grafite.

“Masih ada lagi orang menjual plastik sampah dari pintu ke pintu. Saya perlu mencari wang, dan ia juga adalah salah satu jenis pekerjaan.

“Saya tidak pernah melupakan perkara itu, ia mengajar banyak perkara positif mengenai kehidupan.”

Papiss Cisse – Pemandu Ambulan

Tidak dapat dipastikan mengapa Papiss Cisse mendapat pekerjaan ini seawal usia 15 tahun. Tetapi kami pasti ia mempunyai perspektif tersendiri.

Malah Cisse telah meninggalkan alam persekolahan untuk memandu ambulan sebelum ditemukan dengan bola sepak.

“Saya melihat ramai orang mat sebelum ini. Pada usia 15 tahun saya mulai memandu ambulan,” kata beliau kepada media di Senegal pada 2013.

“Saya hanya berusia 15 tahun dan sangat muda, dan itulah sebab akhirnya saya berhenti sekolah kerana terpaksa bekerja.

“Adakalanya ketika mempunyai sedikit wang, saya akan berikan kepada ibu bapa. Ia amat sukar untuk saya. Ia amat sukar kerana saya sangat muda. Pertama kali melihat orang mati ketika bertugas saya menangis, kerana masa itu masih sangat muda.”

Craig Noone: Pemasang atap

Pemain sayap Cardiff City ini pada satu ketika pernah memasang genting atap di kediaman milik Steven Gerrard, lima tahun sebelum beliau sendiri bersemuka dengan kapten Liverpool itu di atas padang.

“Saya memasang di bahagian gimnasium dan bilik permainan ketika Steven Gerrard melakukan pengubahsuaian besar di kediamannya, ” ujar Noone ketika menyertai Cardiff pada 2012.

“Saya selalu diberikan setin Coke dan roti sosej daripada Alex (isteri Gerrard). Itu adalah tip untuk saya!

“Apabila bekerja di sana, saya melihat gaya hidup Gerrard. Beliau memulakan latihan pada jam 9am dan kembali 1:30pm atau 2:00pm, dan saya berfikir saya pun mahu jadi begitu satu hari nanti,

“Saya tidak mahu jadi pemasang atap keseluruhan hidup saya. Saya sentiasa tahu bahawa saya mahu menjadi seorang pemain bola sepak, dan akan sentiasa mencuba sehabis baik untuk mencapai impian itu.”

Rickie Lambert – Pemetik ubi

Sukar untuk mempercayai ini tetapi bekas penyerang Liverpool, Rickie Lambert pernah bekerja part time sebagai pemetik ubi.

Lambert adalah salah seorang pemain di Liga Inggeris yang membuktikan bola sepak boleh dimulakan dengan pasukan bawahan, sebelum naik ke saingan utama.

Selepas beraksi bersama Liverpool, Southampton dan West Ham, mungkin Lambert memikirkan untuk memulakan perusahaan ubi, atau kilang memproses ubi. Siapa tahu? Senyap je sekarang.

Charlie Austin – Pemasang batu-bata

Anda mungkin sudah tahu apa yang pernah dilakukan oleh Charlie Austin pada zaman mudanya untuk menambah pendapatan keluarganya.

Pemain penyerang ini mungkin dikenali sebagai penyerang berbisa yang pernah beraksi bersama beberapa kelab Inggeris. Tetapi sebelum bergelar pemain bola sepak yang memberi pendapatan lumayan, Austin adalah seorang pemasang batu-bata.

“Pada usia 17 tahun saya berkerja di satu tempat dipanggil Overton,” kata beliau kepada Guardian.

“Pada satu ahri sekitar 2pm, saya amat berpeluh kepenatan dan berasa amat sakit di bahagian belakang. Saya tidak mampu membongkokkan belakang pun pada ketika itu.

“Jika pada hari ini saya mungkin berasa bosan dengan bola sepak, saya akan ingatkan diri mengenai pengalaman lalu yang memeritkan.”

Penutup

Demikianlah antara pekerjaan yang pernah dilakukan oleh mereka demi kelangsungan hidup sebelum bergelar pemain bola sepak.

Mereka mempunyai kisah masing-masing. Jika anda mempunyai kisah lain mengenai pekerjaan pemain sebelum bergelar bintang, kongsikan dengan kami.

BACA:  Kisah Skuad Emas Leverkusen Yang Hampir Menang Treble Tetapi Akhirnya Terciduk