5 Pemain Bintang Yang Tidak Akan Beraksi di Piala Dunia 2018

Piala Dunia edisi 2018 akan diadakan di Russia, sebagai tuan rumah Russia secara automatiknya telah layak dan 31 pasukan dari pelbagai benua juga telah mengesahkan tempat masing-masing untuk merebut Piala.

Antara pasukan yang tersingkir dan menjadi bualan adalah Malaysia, Chile, Belanda dan Italy.

Namun terdapat lagi beberapa lagi pemain bintang di liga utama dunia gagal membawa negara masing-masing ke Piala Dunia.

Berikut antara 5 nama besar yang tidak ke Piala Dunia kerana negara masing-masing gagal lepasi pusingan kelayakan bukan tidak terpilih.

Kenapa 5? Boleh je berapa pun masukkan je semua pemain Italy tapi tunggu penulis rajin.

Henrikh Mkhitaryan – Armenia

Pemain tengah Armenia dan juga kelab sensasi lagi hebat, Manchester United kempunan untuk aksi Piala Dunia 2018 yang bakal berlansung di Russia selepas Armenia sekadar menamatkan saingan kelayakan di tempat kelima.

Persembahan yang hebat bersama Borussia Dortmund telah menarik perhatian Setan Merah untuk membawa Henrikh Mkhitaryan ke England pada tahun 2016. Pada permulaan kerjayanya di Old Trafford Mkhi bergelut untuk mendapatkan tempat.

Selamba lakukan scopion kick sambil pejam mata

Walaupun jarang digunakan Mourinho di Premier League tetapi Mkhi mendapat peluang bermain di saingan Europa League dan disitulah Mkhi menunjukkan kehebatannya sehingga menjadi tunjang utama United.

Mkhitaryan mampu untuk membuat hantaran yang tepat dan membunuh. Persefahamannya dengan rakan sepasukan menyaksikan Mkhitaryan telah ditukar dengan Alexis Sanchez dan tiba-tiba menjadi pemain Arsenal.

Harapan untuk melihat Mkhitaryan melakukan gol kala jengking di Russia tidak kesampaian.

Arjen Robben – Belanda

Tersontotnya Belanda di pusingan kelayakan menyaksikan Belanda gagal untuk ke Piala Dunia 2018 dan ramai agak berduka dengan ketiadaan Belanda di kejohanan berprestij itu. Pilunya rasa seperti mereka tersontot dengan skim emas yang tular suatu ketika dulu.

Dengan tersingkir Belanda Arjen Robben membuat keputusan untuk bersara dan menikmati skim pencen serta BRIM dari kerajaan Belanda. Untuk rekod Robben telah menjaringkan 37 gol dalam 96 penampilan bersama The Oranje.

Robben ketika mewakili Chelsea
Rooben juga pernah mengalami masalah rambut lebat.

Seperti yang diketahui seperti ditulis dalam perenggan di atas, Arjen Robben sudah pun mengumumkan persaraannya daripada mewakili pasukan kebangsaan Belanda pada usia 33 tahun. Robben pun tidaklah semakin muda, dan detik persaraannya daripada sukan nombor satu dunia ini juga semakin lama semakin hampir.

Tiba sahaja detik itu nanti, pasti kita akan merindui gerakan-gerakan pemain lincah ini cut inside dan shoot. Antara mangsa Robben melalui gerakan ini ialah Arsenal, dalam perlawanan Liga Juara-juara musim lalu.

Robben telah bermain pada Piala Dunia edisi 2006, 2010 dan 2014 dan telah menjaringkan 6 gol. Robben pemain utama yang membantu Belanda muncul naib juara pada 2010 dan tempat ketiga pada 2014.

Gareth Bale – Wales

Wales hampir pasti sekurang-kurangnya ke play-off tetapi tewas dalam perlawanan terakhir kepada Republic of Ireland menyaksikan mereka menamatkan kempen kelayakan di tangga ketiga di belakang Serbia dan Ireland.

Kecederaan Bale antara faktor merudumnya prestasi Wales dalam dua perlawanan terakhir kelayakan. Walaupun sering dibelenggu kecederaan, Bale kini masih merupakan antara 5 pemain terbaik dunia.

Gareth Bale telah menyertai Real Madrid pada tahun 2013 dengan rekod perpindahan dunia sebanyak £85 juta berserta kecederaan dari kelab Premier League yang berpengkalan di London, Tottenham Hotspurs.

Bale disumpah menjadi tugu.

Bale pernah memenangi anugerah pemain terbaik Wales sebanyak enam kali, dengan empat daripadanya berjaya dirangkul secara berturut-turut sejak empat tahun lalu.

Pemain Real Madrid itu kini bukan lagi pemain terbaik pilihan Persatuan Bola Sepak Wales, dan anugerah tersebut telah berjaya dirangkul oleh pemain Reading, Chris Gunter.

Walaubagaimanapun, Bale masih lagi pilihan para pemain bola sepak professional Wales apabila dia memenangi anugerah Pemain Terbaik Pilihan Pemain.

Kini Bale telah menjaringkan 26 gol bersama Wales dan perlu menunggu 4 tahun lagi untuk merasai kehebatan Piala Dunia. Itu pun jika layak.

Pierre-Emerick Aubameyang – Gabon

Gabon telah sah tersingkir dari Piala Dunia selepas tewas kepada Morocco. Pentas Piala Dunia Russia tidak akan dapat melihat penyudah maut daripada penyerang antara yang berbisa dunia yang fana ini.

Sejak berpindah ke Borusssia Dortmund, Aubameyang tidak menoleh ke belakang lagi dan terus mengasah kakinya untuk menjadi penyerang yang tajam di depan gol. Sepanjang kariernya di Dortmund Aubameyang telah menjaringkan lebih 200 gol.

Anugerah meriam.

Dalam 100 perlawanan terakhirnya, Aubameyang telah menjaringkan 90 gol dan telah menjadikan beliau salah seorang penyerang yang berprestasi tinggi dalam dunia bola sepak kini.

Bersama Gabon Aubameyang telah menjaringkan 23 gol dan pemain ini juga popular dengan keraian golnya yang melakukan kuang balik sebagai cap dagang keraiannya.

Kini Aubameyang telah berhijrah ke Lonodn untuk bersama Arsenal dan masih berbisa walaupun Arsenal Lemah dan Lembik.

Alexis Sanchez – Chile

Malang buat penyokong Arsenal/Manchester United khususnya dan peminat bola sepak umumnya yang kempunan untuk melihat aksi Alexis Sanchez di Piala Dunia tidak kesampaian. Semuanya lebur selepas Chile tewas 3-0 di kaki Brazil pada perlawanan terakhir.

Harapan untuk sekurang-kurangnya bermain di play off juga terkubur apabila slot tersebut dirampas Peru dengan hanya perbezaan jaringan. Sanchez merupakan penjaring prolifik buat Chile dan disayangi peminat kerana kerja keras dan keghairahannya di padang.

Cer teka apa yang Sanchez jerit masa ni

Pemain tengah berusia 28 tahun ini telah menjaringkan 47 gol ketika bersama Barcelona dan ketika bersama Arsenal, Sanchez telah menjaringkan 73 gol.

Alexis Sanchez telah ditukar hidup-hidup dengan Mkhitaryan dan telah menjadi pemain Piano Manchester United yang bergaji £500 ribu seminggu.

Dalam kempen kelayakan Sanchez telah menjaringkan 6 gol dan mencipta 5 bantuan gol tetapi itu tidak cukup bagi La Rajo untuk ke Piala Dunia.

Sanchez juga pemain yang memainkan peranan penting ketika Chile muncul juara Copa Amerika 2015 dan 2016.

Kesebelasan Utama Pemain Dari Negara Yang Gagal Ke Piala Dunia

Selain 5 pemain diatas ada beberapa lagi pemain yang hebat yang gagal membawa negara mereka ke Russia, mereka terdiri dari penjaga gol, pertahanan, tengah dan penyerang.

Jika dikumpulkan mereka dalam satu pasukan agak gagah perkasa juga pasukan ini.

3-4-3
3-5-2
4-4-2

Pemain Simpanan

1. Jasper Cillessen (Holland/Barcelona)
2. Daley Blind (Holland/Manchester United)
3. Miralem Pjanic (Bosnia and Herzegovina/Juventus)
4. Marek Hamsik (Slovakia/Napoli)
5. Henrikh Mkhitaryan (Armenia/Manchester United)
6. Riyad Mahrez (Algeria/Leicester)
7. Edin Dzeko (Bosnia and Herzegovina/Roma)
8. Sadio Mane (Senegal/Liverpool)
9. Ketua Pasukan Malaysia
10. Isi sendiri

Baca Juga

Baca Juga