5 Pemain Bolasepak Yang Bertukar Karier Selepas Bersara

Baru-baru ini, dunia bolasepak telah dikejutkan dengan pengumuman bekas pemain Manchester United dan England, Rio Ferdinand yang mahu menjadi petinju profesional. Ferdinand bersara dari bolasepak 2 tahun lepas dan semenjak itu, beliau telah berjaya mengekalkan keadaan fizikal yang bagus walaupun bukan lagi atlet profesional.

Beliau akan membuat kemunculan dalam satu rancangan realiti tv yang mengisarkan perjalanan beliau menjadi petinju profesional. Pada penghujung rancangan, beliau dijadualkan akan membuat kemunculan dalam gelanggang bagi perlawanan pertama beliau menentang petinju profesional lain.

Kisah seorang pemain bolasepak bertukar karier bukanlah asing. Karier bolasepak boleh dikatakan agak singkat dengan kebanyakan pemain akan bersara selepas umur 35 tahun. Ramai diantara mereka menceburi bidang sukan yang baru bagi memenuhi masa lapang atau sebagai punca pencarian baru. Ada yang berjaya dan ada yang suam-suam kuku.

Artikel ini akan menyenaraikan 5 pemain terkenal yang bertukar karier selepas bolasepak.

1. Gabriel Batistuta (Polo)

Legenda Argentina dan bekas pemain Fiorentina dan Roma, Batistuta dikenali seluruh dunia kerana ketajaman beliau di depan pintu gol sehingga beliau digelar sebagai ‘Batigol’. Beliau bersara dari bolasepak sekitar 2005 dan menyertai sukan polo beberapa tahun selepas itu.

Batistuta Cuba Memanah Hati Neelofa

‘Batigol’ pernah berjenaka beliau mungkin terpaksa bermain polo lebih awal andainya beliau terpaksa bersaing dengan Lionel Messi dalam pasukan kebangsaan.

Dikhabarkan juga beliau adalah kenalan baik Tengku Mahkota Johor (TMJ) kerana TMJ juga seorang pemain polo dan sering ke Argentina untuk beraksi dalam pertandingan di sana.

2. Eric Cantona (Bolasepak pantai)

Legenda Manchester United di era Sir Alex Ferguson, Eric Cantona tidak boleh duduk diam tanpa bola di kaki beliau. Cantona bersara mengumumkan persaraan megejut beliau pada tahun 1997 selepas membimbing Red Devils memenangi satu lagi kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Cantona beraksi di pantai, Imej : Getty

Selepas bersara, Cantona memilih bolasepak pantai sebagai sukan beliau yang seterusnya dan mula bermain bersama skuad bolasepak pantai Perancis pada tahun 2002.

Selepas itu, beliau menjadi pengurus pasukan tersebut dan berjaya membimbing skuad Perancis untuk memenangi Piala Dunia Bolasepak Pantai 2005.

3. Bixente Lizarazu (Seni mempertahankan diri Jiu-Jitsu)

Bixente Lizarazu merupakan antara pemain Perancis yang banyak memenangi kejuaraan. Beliau adalah pemenang Piala Dunia, Kejuaraan Eropah, Liga Juara-Juara dan 5 kali Kejuaraan Bundesliga.

Selepas menggantung kasut bola beliau, Lizarazu beralih kepada seni mempertahankan diri yang popular di Brazil yang dikenali sebagai ‘Jiu-Jitsu’.

Lizarazu merupakan lelaki sejati yang tidak diconvert walaupun bernama Liza.

Bikente Lizarazu Sa Passion Pour Le JJB. Imej : Forum SCP

Beliau telah berjaya memenangi Tali Pinggang Biru Senior 1 dalam Kejuaraan Jiu-Jitsu Peringkat Eropah yang kali pertama disertai Lizarazu pada tahun 2009. Beliau mengakui agak gementar ketika mula-mula melangkah ke dalam gelanggang dan dipetik berkata,

“Kali pertama saya tiba di gelanggang, apa yang saya nampak pada peserta lain adalah berkepala botak, telinga koyak, dan muka seperti seorang pembunuh. Pada masa itu, saya mepersoalkan diri sendiri mengapa saya berada disitu.”

4. Santiago Canizares (Pelumba Rally)

Penjaga gol yang amat dihormati seluruh dunia, Santiago Canizares pernah beraksi bersama Valencia dan pasukan kebangsaan Sepanyol. Sepanjang karier beliau, Canizares telah berjaya memenangi La Liga dua kali bersama Valencia, satu pencapaian yang menakjubkan kerana dominasi dua kelab, Real Madrid dan Barcelona dalam sejarah penganjuran La Liga.

Canizares kini pelumba Rally. Imej : La Comarca de Puertollano

Selepas menggantung sarung tangan beliau, Canizares telah memilih sukan permotoran dan menyertai pasukan Suzuki untuk bertanding dalam Kejuaraan Rally Sepanyol.

5. Tim Wiese (Penggusti Profesional WWE)

Bekas penjaga gol kebangsaan Jerman, Tim Wiese pernah memenangi Piala DFB-Pokal ketika bermain bersama Werder Bremen. Selepas bersara dari bolasepak, Wiese mengumumkan kepada dunia yang beliau sedang berlatih bagi mempersiapkan diri untuk menyertai World Wrestling Entertainment (WWE) dan bakal berhijrah ke Amerika Syarikat untuk mengembangkan karier baru beliau.

Tim Wiese aka The Machines. Imej : Mirror

Tidak lama selepas itu, Wiese akhirnya melakukan debutnya bersama WWE sekitar November tahun lalu. Dalam debutnya, Wiese berjaya menewaskan lawan pertama beliau. Kini, Wiese dikenali sebagai ‘The Machines’ dalam WWE.

6. Muhammad Sajjad Kamaruzzaman Kepada Nur Sajat

Ahli perniagaan komestik terkenal di Malaysia ini bukanlah ahli sukan dan bukan bertukar karier namun ura-ura yang bertebaran bahawa beliau telah bertukar nama dari Muhammad Sajjad Kamaruzzaman kepada Nur Sajat.

Nur Sajat juga merupakan seorang yang masih dara dan keperawanannya terjaga berdasarkan video ini.

Ayah beliau telah meletakkan harga RM300 juta untuk melihat jantina beliau samada ada satu alam atau dua alam dengan hanya sekali imbas.

Baca Juga

Baca Juga