5 Pemain Buangan Manchester United Yang Menyerlah Musim Ini

Bermain dengan pasukan terhebat sepanjang zaman seperti Manchester United merupakan idaman setiap pemain bola sepak di dunia. Anak tempatan bernama Ramli juga tidak terkecuali memasang impian untuk bermain di Old Trafford yang sudah masuk musim ke-6. Kita Cuma perlukan lima musim lagi untuk mendapatkan 11 orang Ramli.

Namun sebagai manusia kita hanya merancang, Tuhan juga yang akan menentukan. Tidak semua nasib pemain-pemain bola sepak di Manchester United berakhir dengan kenangan manis. Mari kita lihat bekas-bekas pemain Manchester United yang kurang bernasib baik tapi mereka berjaya bangkit dengan pasukan lain.

Michael Keane

Keane mula menyertai Manchester United pada tahun 2011 dan banyak menghabiskan masa bermain bersama pasukan simpanan Manchester United. Dia berjaya membuat kemunculan sulung bersama pertama pasukan utama ketika perlawanan Piala Liga menentang Newcastle United pada tahun 2012. Disebabkan peluang untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama Manchester United ibarat menunggu kucing bertanduk, Keane mengambil keputusan untuk membawa hati yang luka dan berhijrah ke Burnley pada 2015. Sejak menyertai Burnley, Keane telah menunjukkan prestasi yang baik dan menjadi tulang belakang pasukan sehingga kini.

Wilfred Zaha

Sebagai pemain muda yang mempunyai prospek yang cerah pada masa depan, Zaha telah menarik minat pengurus Manchester United ketika itu iaitu Sir Alex Ferguson. Zaha menyertai United dengan kontrak 5 tahun pada bulan Januari 2013 namun telah dipinjamkan ke Crystal Palace sehingga penghujung musim 2012-2013. Debut pertama Zaha bersama Manchester United ialah ketika Piala Perisai Komuniti menentang Wigan pada awal musim 2013-2014. Selepas Sir Alex bersara pada penghujung musim tersebut, Zaha gagal mendapat peluang dalam kesebelasan utama dan sering diketepikan oleh pengurus baru, David Moyes. Dia telah dipinjamkan ke Cardiff City pada bulan Januari 2014 sebelum kembali pula ke kelab lamanya Crystal Palace. Dia menunjukkan persembahan yang semakin matang sejak menyertai Palace dan berjaya menjadi pemain terbaik kelab pada musim lepas.

Tom Heaton

Heaton menyertai United sebagai 2002 dan membuat beberapa penampilan bersama pasukan simpanan Manchester United namun pengurus Manchester United ketika itu, Sir Alex Ferguson tidak pernah memberinya peluang untuk bermain dengan pasukan utama. Kejayaan paling bermakna Heaton ketika bersama Manchester United ialah berada di bangku simpanan ketika kecederaan Edwin Van Der Sar. Setelah bermain dengan beberapa kelab sepanjang kariernya seperti Cardiff City dan Bristol City, dia akhirnya menyertai Burnley pada tahun 2013 dan berjaya membantu pasukan layak ke Liga Perdana pada musim berikutnya. Siapa masih ingat aksi Heaton ketika perlawanan bertemu Manchester United tahun lepas?

Joshua King

Pemain muda berbakat Norway ini menyertai Manchester United seawall usia 16 tahun. Debut pertama King bersama pasukan senior ialah pada musim 2009-2010 ketika menggantikan Danny Wellbeck dalam perlawanan Piala Liga menentang Wolverhampton Wanderers. Selepas itu, King telah dipinjamkan ke beberapa kelab seperti Borrusia Monchengladbach, Hull City, Blackburn Rovers, King telah menyertai kelab Bournemouth secara tetap pada 2015. Dia muncul penjaring terbanyak kelab untuk musim lepas. Salah satu kenangan manisnya ialah menjaringkan salah satu gol ketika kemenangan bersejarah Bournemouth ke atas Manchester United.

Robbie Brady

Pemain ini menyertai akademi Manchester United pada tahun 2008 dan hanya pernah sekali sahaja membuat kemunculan bersama pasukan senior. Dia dipinjamkan ke Hull City pada tahun 2011 malangnya, The Tigers telah tersingkir dari Liga Perdana pada musim tersebut. Tempoh pinjamannya bersama Hull City dilanjutkan sehingga 2013 sebelum berpindah secara tetap. Pada musim lepas, Brady telah menyertai Norwich City, pasukan yang baru dinaikkan Liga Perdana malangnya Norwich City sekali lagi tersingkir pada penghujung musim. Pada jendela perpindahan Januari lalu, Brady kembali ke pasukan Liga Perdana apabila menyertai Burnley. Dia berjaya menjaringkan gol pertamanya menerusi sepakan percuma cantik ketika perlawanan menentang Chelsea. Semoga jodoh dia di Liga Perdana kali ini lebih panjang.

Sumber: Footy Jokes

Baca Juga

Baca Juga