5 Pemain Terkenal Pernah Bermain Bersama Real Madrid dan PSG

Pertemuan penyandang juara Champions League dua musim berturut-turut menentang gergasi Perancis, Paris Saint-Germain merupakan perlawanan tumpuan di peringkat kalah mati Champions League. Dua pasukan yang kaya dengan sejarah dan duit.

Dulu PSG merupakan kelab untuk para pemain menghabiskan sisa kerjaya mereka atau menjadi batu loncatan untuk pemain sebelum berhijrah ke kelab besar, namun kini dengan kuasa duit PSG telah berubah.

5. Jese Rodriguez Ruiz

Jese Rodriguez Ruiz merupakan pemain kelahiran Sepanyol yang juga merupakan produk La Fabrica, Real Madrid. Jese menghabiskan kariernya selam 5 musim bersama Real Madrid sebelum berpindah ke Paris Saint-Germain.

Namun kariernya di Paris Saint-Germain tidak seindah suria mentari pagi dan bergelut dengan prestasi. Kini beliau beraksi bersama kelab Premier League, Stoke City bagi mengembalikan prestasi asal.

Bersama Real Madrid Jese telah mengecap pelbagai kebahagian bergelar juara dengan menjulang, COpa Del Rey, La Liga, dua Champions League dan FIFA Club World Cup. Jese telah bermain 94 perlawanan bersama Los Blancos dan menjaringkan 18 gol.

Pada musim panas 2016 beliau telah berpindah ke PSG dengan yuran perpindahan €25 juta. Perpindahannya tidak secantik ketika beliau di Real Madrid dan hanya membuat 14 penampilan dan menjaringkan 2 gol.

Kemudian Jese telah dipinjamkan untuk musim-musim berikutnya.

4. Gabriel Heinze

Pesara bola sepak yang kini menikmati skim pencen dari kerajaan Argentina, Gabriel Heinze telah bermain bersama beberapa kelab ternama Eropah ketika zaman kegemilangan beliau bergelar seorang pemain.

Heinze menghabiskan 3 musim bersama PSG dari tahun 2001 sehingga 2004. Heinze yang merupakan pemain pertahanan membuat lebih 100 penampilan bersama PSG dan menjadi pemain utama dan nadi PSG sepanjang 3 tahun di sana.

Kecemerlangan bersama PSG telah menarik minat Alex Ferguson untuk membawanya ke Old Trafford pada musim 2004 dengan nilai perpindahan £6.9 juta. Bersama United Heinze berjaya memenangi beberapa gelaran.

Kerana kurang mendapat tempat, Heinze meminta untuk berpindah ke Liverpool namum hajatnya ditolak. Pada 22 Ogos 2007, Heinze telah menyertai Real Madrid dengan kontrak selama 4 tahun sekaligus menjadi pemain ketiga United menyertai Real Madrid selepas Beckham dan Nistelrooy.

Di musim pertama bersama Real Madrid, Heinze membuat 20 penampilan dan berjaya membantu Los Blancos menjulang La Liga. Musim kedua Heinze mendapat lebih banyak peluang bermain namun gagal meraih sebarang kejayaan lalu beliau berpindah.

3. Ángel Di María

Ángel Di María kini menemui kembali sentuhannya selepas menyertai PSG pada jendela perpindahan musim panas tahun 2015 dari Manchester United dengan yuran perpindahan yang bernilai sekitar £44 juta walaupun merosot bersama Setan Merah.

Di Maria sebelum menyertai Real Madrid merupakan seorang pelakon terkenal di Jepun dan menggunakan nama pentasnya Maria Ozawa atau Miyabi Ike Ike. Selepas bersara dari dunia lakonan beliau menyertai Real Madrid.

Sebelum menyertai Manchester United, Di Maria menyarung jersi dan menabur bakti bersama Real Madrid selama 5 musim, menjaringkan 36 gol dalam 190 penampilan. Kejaya Di Maria sangat gemilang bersama Real.

Pelbagai kejuaraan dikecapi bersama Real Madrid antaranya La Liga, dua Copa Del Rey, Champions League dan UEFA Super Cup. Kecemerlangannya menarik minat Manchester United dan beliau ke Old Trafford untuk menjadi Van Gaal Army.

Namun Di Maria bergelut untuk mempamerkan aksi terbaiknya seperti pemain United yang lain di bawah corak permainan yang diterapkan Van Gaal. Selepas satu musim yang suram Di Maria mencari jalan keluar dan bersatu bersama PSG.

Di Maria kembali ke jalan yang benar bersama PSG dan telah memenangi Ligue 1, Coupe de France dan Coupe de La Ligue. Setakat ini Di Maria menjaringkan 30 gol dalam 98 penampilan bersama gergasi Perancis itu.

2. Claude Makelele

Claude Makelele juga merupakan seorang pesara bola sepak yang menikmati skim pencen dari kerajaan Perancis. Siapa tidak kenal Makelele yang begitu dominan di bahagian tengah ketika bersama kelab utama Eropah.

Nadi penting Real Madrid ketika beraksi bersama lagenda dunia yang lain seperti Zinedine Zidane dan Luis Figo. Cara permainannya yang kental memberi perlindungan kepada bahagian pertahanan dari dibolosi anasir jahat.

Makelele menghabiskan 4 musim bersama Real Madrid dengan memenangi kejuaraan Champions League, dua gelaran La Liga , satu UEFA Super Cup dan satu gelaran Intercontinental.

Namun jodohnya bersama Real Madrid tidak panjang apabila Presiden Real Madrid, Florentino Perez menolak tuntutan Makelele kerana mahukan kontrak yang lebih baik.

Beliau kemudian menyertai Chelsea dan membuat impak yang padu selama 5 tahun bersama Chelsea yang ketika itu sedang mengalami evolusi di bawah Roman Abramovich.

Makelele kemudian berpindah ke PSG untuk menghabiskan sisa kerjayanya dengan lebih tenang. Selama 3 musim di PSG, Makelele membuat 118 penampilan dan hanya memenangi Coupe de France pada musim 2009/10.

1. David Beckham

David Robert Joseph Beckham, pernah bermain untuk Manchester United, Preston North End, Real Madrid, Milan, Los Angeles Galaxy, Paris Saint-Germain, dan Pasukan kebangsaan England.

Beckham merupakan pemain Inggeris pertama memenangi kejuaraan liga di empat buah negara berlainan iaitu England, Sepanyol, Amerika Syarikat dan Perancisdan bersara di akhir musim 2012–13.

Karier profesional Beckham bermula di Manchester United, dimana Beckham membuat penampilan sulung untuk pasukan utama pada tahun 1992 ketika berumur 17 tahun. Bersama United, Beckham memenangi kejuaraan Liga Perdana Inggeris enam kali, Piala FA Inggeris dua kali, dan Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 1999.

Selepas meninggalkan Manchester United, Pada 2003 beliau menandatangai kontak empat tahun untuk bermain dengan Real Madrid yang berakhir pada bulan Jun 2007. Bersama Real Madrid, Beckham membuat 116 penampilan dan menjaringkan 13 gol.

Beckham menyarung jersi bernombor 23 bersama Real kerana jernsi nombor 7 ketika itu adalah hak mutlak Raul lagenda Real Madrid. Beckham memilih nombor 23 kerana mengagumi idola beliau Michael Jordan yang memakai jersi 23 semasa bermain bola keranjang.

Selama empat musim untuk Real Madrid yang dibarisi Galacticos, Beckham hanya memenangi satu kejuaraan sahaja iaitu La Liga ketika musim terakhirnya bersama kelab itu.

Menurut laporan Majalah Forbes sepanjang 4 tahun Beckham bersama Real Madrid, pengaruh Beckham sebagai Individu yang ikonik telah melonjakkan jualan cenderamata kelab yang membawa pulangan sebanyak US$600 juta.

Pada 11 Januari 2007, Beckham menandatangani kontrak lima tahun yang ditawarkan kelab Amerika Syarikat LA Galaxy dan mula bermain untuk kelab pada Ogos setelah kontraknya di Real Madrid berakhir.

Beliau bermain menentang New York Red Bulls di hadapan 66,237 penonton di Giants Stadium yang menyaksikan kehadiran tertinggi pernah dicatat dalam sejarah musim itu.

Selepas puas berkelana dan mengecap pelbagai kejayaan dan kemasyuhuran Beckham mengakhiri karier bola sepaknya bersama PSG dengan menyertai gergasi Perancis itu pada Januari 2003 dengan hanya kontrak selama 5 bulan.

Beckham membuat 14 penampilan dan memenangi gelaran Ligue 1 sekaligus mengekalkan rekodnya yang memenangi gelaran liga dengan setiap kelab yang disertai. Mana mungkin dapat dilupakan detik penuh emosi Beckham mengumumkan persaraan.

Baca Juga

Baca Juga