5 Pemain Yang Harus Berpindah Untuk Rebut Tempat Ke Piala Dunia

Dengan 6 bulan sahaja lagi tinggal sebelum berlangsungnya Piala Dunia 2018 di Russia, pemain dari kalangan negara yang sudah mengesahkan tempat ke pertandingan tersebut harus menunjukkan prestasi yang baik dan terhindar dari segala jenis kecederaan.

Pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi mungkin tidak perlu risau dengan tempat mereka dalam skuad 23 pemain ke Russia Jun nanti, tetapi bagi pemain lain, mereka harus berjuang untuk menyerlah di mata pengurus pasukan kebangsaan masing-masing.

Disini disenaraikan 5 pemain ternama yang harus berpindah dari kelab mereka sekarang untuk mengesahkan tempat ke edisi Piala Dunia tahun ini.

1. Michy Batshuayi

cumi cumi cumi cumi 3x

Ditandatangani pada tahun 2016 dari Marseille, penyerang Chelsea ini sering berada di bangku simpanan sejak menyertai The Blues. Beliau masih gagal menunjukkan prestasi yang mampu mengesahkan statusnya dalam kesebelasan utama.

Jika musim lepas beliau berada di belakang Diego Costa, musim ini pula beliau terpaksa berpuas hati menjadi penyerang gantian kepada Alvaro Morata dengan Antonio Conte lebih suka menggunakan khidmatnya dari bangku simpanan.

Dengan persaingan sengit dalam pasukan kebangsaan Belgium untuk merebut slot penyerang, perpindahan secara pinjaman sehingga tamat musim ini harus dipertimbangkan Michy andainya beliau tidak mahu terlepas ke Piala Dunia.

2. Angel Di Maria

Angel di Maria Ozawa

Pemain antarabangsa Argentina ini antara pemain yang menerima tempias buruk selepas Paris Saint-Germain mendapaktan khidmat Neymar dan Kylian Mbappe musim panas lalu. Barcelona dan Liverpool merupakan kelab yang dilaporkan berminat untuk mendapatkan Di Maria secara tetap. Setakat musim ini, bekas pemain Real Madrid dan Manchester United ini hanya diturunkan beraksi dalam 12 perlawanan sahaja.

3. Julian Draxler

Liverpool-bound ?

Sama seperti Angel Di Maria, Julian Draxler turut terkesan dengan kehadiran Kylian Mbappe dan Neymar ke dalam pasukan PSG. Spekulasi terbaru telah mengaitkan Draxler dengan perpindahan ke Anfield untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Philippe Coutinho yang berpindah ke Barcelona beberapa hari lalu. Selain Liverpool, Arsenal turut dilaporkan berminat dengan Draxler.

4. David Luiz

Luiz dan Conte tak sekepala

Luiz merupakan salah seorang pemain pertahanan Brazil ketika mereka dimalukan Jerman 7-1 di gelanggang sendiri 4 tahun lalu. Semenjak perlawanan tersebut, Luiz bukan lagi dianggap pemain utama Brazil dan pemain seperti Miranda, Thiago Silva dan Marquinhos berada di depan beliau dalam skuad kebangsaan.

Status Luiz dalam pasukan Chelsea musim ini juga semakin samar selepas berlaku pertelingkahan di antara beliau dan Antonio Conte. Sejak dari insiden itu, tempat Luiz dalam kesebelasan utama telah diambil oleh pemain muda, Andreas Christensen. Real Madrid dilaporkan berminat untuk mendapatkan Luiz untuk memperkuatkan barisan pertahanan mereka yang agak rapuh musim ini.

5. Andre Gomes

Kerana terlalu ramai awang hitam dalam MU, Mourinho mula beralih arah mendapatkan pemain jambu

Pemain yang semakin dipinggirkan dalam pasukan Barcelona ketika ini. Peminat Barcelona sendiri tidak berapa gemar apabila melihat pemain ini berada dalam kesebelasan utama pasukan mereka.

Peluang Gomes untuk beraksi semakin tipis dengan kemasukan Coutinho ke dalam pasukan yang mana bekas pemain Liverpool ini hampir pasti akan mengisi satu slot dalam bahagian tengah Barcelona. Jose Mourinho mungkin akan menjadi penyelamat beliau dengan ura-ura kuat mengatakan Manchester United sangat berminat dengan pemain ini.

BACA:  David Luiz Sedia Kekal Bersama Chelsea Dengan Syarat Conte Keluar