5 Pemain Yang Perlu Dibeli Oleh Arsenal Untuk Menjuarai Liga Europa

Seperti yang kita sedia maklum, Arsenal telah terlepas peluang untuk bermain di Liga Juara-Juara Eropah apabila sekadar menghuni tangga kelima dalam Liga Perdana Inggeris. Mereka akan bersaing dalam Liga Europa musim depan.

Walaupun segelintir penyokong Arsenal seringkali melafazkan ungkapan #WengerOut, kontrak Arsene Wenger telah disambung lagi oleh pihak pengurusan selepas kejayaan menjulang Piala FA menewaskan Chelsea tempoh hari.

Kejuaraan Liga Europa adalah peluang keemasan untuk Wenger dan Arsenal untuk kembali ke Liga Juara-Juara Eropah walaupun sekadar berada di tempat keenam dalam Liga Perdana Inggeris seperti Manchester United musim ini. Untuk menggapai misi yang sukar ini, Arsenal perlu mendapatkan beberapa pemain berkaliber untuk memantapkan pasukan mereka.

Jordan Pickford

Gambar: PremierPunditry

Penjaga gol Sunderland ini mungkin akan berpindah ke kelab baru selepas Sunderland tersingkir dari Liga Perdana Inggeris. Dengan penjaga gol Arsenal iaitu Petr Cech yang semakin meningkat usia, Wojciech Szczesny yang semakin hampir menyertai Juventus dan David Ospina yang mungkin bakal ditunjukkan jalan keluar, Arsenal perlu mengukuhkan benteng akhir mereka.

Pickford merupakan penjaga gol nombor satu Sunderland musim ini dan dijangkakan menjadi prospek masa depan untuk pasukan kebangsaan England. Nilai pemain in dianggarkan) dalam lingkungan £25-30 juta.

Alexandre Lacazette

Gambar: Radio Goal 24

Penyerang Lyon, Lacazette telah menjadi buruan banyak kelab bola sepak di Eropah. Atletico Madrid telah menunjukkan minat untuk mendapatkan pemain ini namun mereka dikenakan penggantungan pembelian pemain oleh FIFA sehingga Januari 2018. Hal ini mungkin akan memberi kelebihan kepada pasukan lain terutamanya Arsenal untuk membawa Lacazette ke Emirates. Dia mempunyai rekod jaringan 129 gol dalam 275 perlawanan bersama Lyon.  Nilai pemain ini dijangkakan bernilai £60 juta dan ke atas.

Henry Onyekuru

Gambar: Goal.Com

Arsenal yang terkenal dengan pembangunan pemain-pemain muda turut berminat untuk mendapatkan pemain muda Nigeria iaitu Henry Onyekuru yang kini bermain untuk pasukan KAS Eupen di Belgium. Dia telah menjaringkan 24 gol daripada 41 perlawanan bersama kelab tersebut dengan usia seawal 20 tahun. Arsenal dikhabarkan telah melakukan bidaan untuk mendapatkan pemain ini.

Kylian Mbappe

Gambar: Goal.Com

Pemain AS Monaco ini telah mencuri tumpuan sepanjang musim ini dan Arsenal dikatakan bersedia memecahkan rekod dunia untuk mendapatkan pemain berusia 18 tahun ini dengan harga £120 juta. Dia mempunyai rekod jaringan yang cemerlang iaitu 26 gol daripada 44 perlawanan. Mbappe mungkin boleh menjadi senjata berbisa Arsenal di bahagian serangan.

Djibril Sidibe

Gambar: Leparisien

Khabar angin mengatakan Hector Bellerin bakal kembali ke Barcelona dan Mathieu Debuchy juga dijangka akan meninggalkan  Arsenal musim depan. Arsenal kini mempunyai kekosongan di bahagian pertahanan kanan. Setelah mendapatkan Sead Kolasinac di posisi pertahanan kiri, Wenger juga boleh cuba mendapatkan Djibril Sidibe yang mempunyai gaya permainan seakan-akan Bellerin dan gemar melakukan larian untuk membantu barisan serangan.

Sumber Dan Olahan Berita: Sportskeeda

Nota Penulis

Mampukah Arsene Wenger memujuk pemain-pemain ini untuk menyertai Arsenal musim depan? Sama-sama kita nantikan. Semoga penyokong-penyokong Arsenal tidak meletakkan harapan tinggi untuk Arsenal mendapatkan pemain bintang supaya tidak kecewa di kemudian hari.

Baca Juga

Baca Juga