5 Pemain yang Pernah Bermain Untuk Kedua-dua Kelab Manchester

Manchester derby tidak dinafikan sebagai derby yang terhebat di dunia, di mana perseteruan dua kelab ini merentasi bola sepak semata-mata dan pada suatu ketika dahulu tiada siapa pun yang kisah.

Di zaman Liga Perdana Inggeris ini, Manchester United telah muncul sebagai kelab yang lebih unggul dengan pelbagai kejuaraan setakat ini dan masih lagi lagi memegang gelaran itu.

Namun selepas bersaranya Sir Alex Ferguson kejayaan dan kejuaraan gagal dikembangkan lagi dan gelaran terakhir masih kekal bersama Alex Ferguron.

Manakala jiran mereka, Manchester City pula pernah berada dalam bencana terumbang ambing malah pernah jatuh ke liga divisyen 2 sebelum dibeli billionair Arab, Sheikh Mansour.

Di bawah pemilikan Sheikh Mansour, City mula bangkit menjadi gergasi bola sepak England dan telah memenangi gelaran liga, terutamanya pada musim 2011-2013.

City muncul juara hasil jaringan Sergio Arguero pada minit terakhir perlawanan yang menyaksikan City menewaskan QPR 3-2, sekaligus menyingkirkan United di tangga kedua dengan perbezaan jaringan.

Sejak perginya Alex Ferguson, Manchester City mengambil alih tugas bagi mengekalkan kejuaraan di bandar Manchester dan menuai kejuaraan demi kejuaraan.

Memandangkan perseteruan yang cukup kuat antara kedua-dua kelab ini, hanya ada lima pemain yang telah bermain untuk kedua-dua kelab dalam era Liga Perdana.

Andrei Kanchelskis

Pemain berbangsa Ukraine ini dibeli oleh Pak Alex Ferguson dengan harga £650,000 pada tahun 1991 dari Shakhtar Donetsk untuk memberikan kelajuan di bahagian kanan untuk menggantikan Mike Phelan, pengurus Hull dan bekas pembantu Pak Alex, yang ketika itu semakin dimamah usia.

Kanchelskis kemudian menjadi pemain utama dan bermain sebanyak 34 perlawanan dari 42 keseluruhan pada musim 1991/92 yang menyaksikan United menduduki tangga kedua liga.

Gambar : ManUtd.com
Gambar : ManUtd.com

Pada musim berikutnya sekali lagi Kanchelskis menjadi nadi United untuk memenangi liga buat pertama kali dalam era liga perdana Inggeris.

Kanchelskis kemudian kehilangan tempatnya kepada pemain muda, David Beckham pada musim 1995-96 dan menyertai Everton.

Dari situ karier nomadnya bermula apabila menyertai Fiorentina selepas dua musim di Goodison Park sebelum menyertai kelab Scotland, Glasgow Rangers.

Pada musim 2001, Kanchelskis dipinjamkan ke Manchester City, yang ketika itu bermain di Liga Kejuaraan selama semusim.

Bersama City, Kanchelskis hanya bermain 10 perlawanan dengan 1 gol secara keseluruhan.

Owen Hargreaves

Memulakan karier di kelab Jerman, Bayern Munich, Hargreaves dibeli Pak Alex pada musim 2007-08 untuk menguatkan jentera tengah United yang ketika itu dikuasai Michael Carrick dan Scholes.

Sepanjang 2007 sehingga 2011, Hargreaves hanya membuat 27 penampilan bersama The Red Devils dan menjaringkan dua gol, kedua-duanya melalui sepakan percuma – termasuk gol kemenangan ke atas Arsenal pada musim 2007-08.

Gambar : Goal.com
Gambar : Goal.com

Hargreaves juga menjaringkan gol ketika penentuan penalti dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara Eropah pada musim yang sama sekaligus menyaksikan United muncul juara menewaskan Chelsea.

Kariernya banyak terganggu dek kecederaan tendonitis dan menyebabkan United tidak menyambung kontraknya.

Hargreaves kemudiannya menyertai The Citizens dan hanya membuat satu penampilan sebelum bersara.

Andy Cole

Jika disebut Andy Cole, pastinya peminat United terbayang-bayang keserasiannya bersama Dwight Yorke yang cemerlang terutamanya pada musim 1998-99, musim yang menyaksikan United merangkul kejayaan treble.

Cole muncul pemain pertama yang menjaringkan lima gol dalam satu perlawanan ketika era Liga Perdana Inggeris ketika membelasah Norwich 9-0.

Gambar : Pinterest
Gambar : Pinterest

Pada musim 2005, Cole menyertai City setelah bermain untuk Blackburn Rovers dan Fulham.

Dalam musim tunggalnya bersama City, Cole sekadar menjaringkan tujuh gol dalam 22 perlawanan. Cole juga menyatakan walaupun bermain untuk City, hatinya masih untuk United.

Peter Schmeichel

Perter Schmeichel telah menyertai United pada musim 1991-92 dari kelab Denmark, Brondby. Schmeichel telah dianugerahkan sebagai penjaga gol terbaik pada tahun 1991 dan 1993.

Bersama United, Schmeichel telah memenangi lima gelaran liga, tiga piala FA dan satu Liga Juara-juara Eropah.

caption id=”attachment_4940″ align=”alignnone” width=”1500″]Gambar : The Sun Gambar : The Sun[/caption]

Musim yang paling diingati pastinya pada 1998-99 apabila mereka bergelar juara treble dan lebih manis, Schmeichel menjadi kapten dalam perlawanan akhir Liga Juara-juara setelah Roy Keane digantung.

Musim berikutnya Schmeichel menyertai Sporting Lisbon sebelum kembali ke England menyertai Aston Villa selama semusim.

Schmeichel kemudiannya menyertai City pada musim 2002-03 dan bermain sebanyak 22 perlawanan tanpa sebarang kejuaraan.

Beliau terus kekal sebagai penjaga gol terhebat United dalam sejarah.

Carlos Tevez

Tevez bermain di Corinthians sebelum berpindah ke West Ham pada musim 2006-07, bersama rakan senegara Javier Mascherano.

Dalam perlawanan terakhir West Ham pada musim tersebut, Tevez menjaringkan gol kemenangan ke atas juara liga, United sekaligus menyelamatkan West Ham dari tersingkir ke liga Kejuaraan.

Musim berikutnya Tevez menyertai United secara pinjaman selama dua musim dengan pilihan untuk membelinya sebanyak £32 juta.

Bersama United, Tevez membentuk satu barisan serangan yang paling ditakuti di eropah bersama Rooney dan Ronaldo sehinggakan mereka digelar Holy Trinity.

Pada musim 2008-09 Tevez menjulang piala Liga Juara-juara Eropah dan liga perdana.

Musim berikutnya, Pak Alex memutuskan untuk tidak membeli Tevez dari Kia Joorabcian kerana berasakan harga yang ditetapkan tidak munasabah walaupun Tevez merupakan pemain yang disayangi penyokong.

Gambar : Manchester Evening News
Gambar : Manchester Evening News

Namun segalanya berubah apabila Tevez menyertai musuh setempat, City, dan pasti ramai yang masih mengingati peristiwa kain rentang yang bertulis ‘Selamat datang ke Manchester, Tevez.’ di pusat bandaraya Manchester.

Bersama City, Tevez berjaya memenangi piala FA dan Liga Perdana pada musim 2011-12. Musim berikutnya menyaksikan kontroversi melanda Tevez apabila enggan bermain untuk City dan telah menghilangkan diri selama beberapa bulan.

City kemudiannya menjualnya kepada gergasi Itali, Juventus pada musim 2013-14.

BACA:  Lima Filem Bola Sepak Yang Wajib Ditonton