5 Pemain Yang Tidak Patut Ada dalam Pencalonan Ballon d’Or

Setiap tahun para peminat bola sepak akan bertelagah dan bersetuju mengenai siapa pemain terbaik dunia dan pada masa yang sama, mereka tidak sabar untuk menantikan siapa yang bakal dijulang sebagai pemenang Ballon d’Or – anugerah yang dikeluarkan oleh majalah France Football.

Anugerah ini dimulakan pada tahun 1956 dan pada tahun 2009, Ballon d’Or telah digabungkan dengan anugerah pemain terbaik dunia FIFA menjadi FIFA Ballon d’Or.

Perkahwinan ini hanya bertahan sehingga 2015, dan pada tahun berikutnya angerah Ballon d’Or dan Pemain Terbaik FIFA diberikan dalam majlis yang berasingan dan membolehkan kedua-dua anugerah kembali ke format asal.

Untuk Ballon d’Or 2017, France Football telah mengeluarkan 30 pemain yang disenarai pendek untuk merebut anugerah ini.

1. Gianluigi Buffon
2. David De Gea
3. Jan Obla
4. Leonardo Bonucci
5. Mats Hummels
6. Marcelo
7. Sergio Ramos
8. Philippe Coutinho
9. Kevin De Bruyne
10. N’Golo Kanté
11. Toni Kroos
12. Luka Modric
13. Pierre-Emerick Aubameyang
14. Karim Benzema
15. Edinson Cavani
16. Paulo Dybala
17. Edin Dzeko
18. Falcao
19. Antonie Griezmann
20. Eden Hazard
21. Isco
22. Harry Kane
23. Robert Lewandowski
24. Sadio Mané
25. Kylian Mbappé
26. Diers Mertens
27. Lionel Messi
28. Neymar
29. Cristiano Ronaldo
30. Luis Suarez

Laman sesawang Sportskeeda bukan membicarakan siapa yang akan menang? Messi atau Ronaldo? Tetapi mereka mengutarakan 5 pemain yang tidak patut berada dalam 30 senarai tersebut beserta sebab dan hujah mereka.

5 – Mats Hummels

Pada musim lepas, Bayern Munich sekali lagi melakukan rutin tahunan mereka iaitu menjuarai Bundesliga dengan bergaya tanpa saingan yang hebat seperti mana tahun-tahun sebelumnya dan sebab itulah perkara ini digelar rutin.

Selain bergelar juara Bundesliga tiada lagi ku dengar kidungmu, tiada lagi derai tawamu, hanya kesepian yang kian mencengkam jiwaku. Yang paling diingati adalah Arsenal dibelasah Bayern dengan 10 gol dan itu juga rutin.

Kalau dinilai pada prestasi secara peribadi, Mats Hummels tidaklah begitu hebat dan berprestasi tinggi jika dibandingkan dengan Javi Martinez dan Philipp Lahm yang tidak tersenarai dalam calon 30 akhir.

Bagaimana Mats Hummels boleh tercalon sedangkan Carvajal yang beraksi bersama juara Champions League dan Cesar Azpilicueta bersama juara Premier League tidak tercalon?

4 – Sadio Mane

Sadio Mane tidak perlu diperkatakan lagi kehebatannya, jika tidak masakan pasukan power seperti Liverpool power this is out year sanggup membeli beliau dari Southampton pada tahun 2016 pada harga £34 juta.

Bersama Liverpool, Mane telah menjaringkan gol dan apabila bosan beliau akan menghasilkan bantuan gol buat rakan sepasukkannya. Kehebatan dan ketajaman Mane telah membantu Liverpool meraih tempat ke-4 dan kembali ke Champions League.

Mane belum layak tapi sudah tersenarai.

Liverpool tidak memenangi apa-apa piala musim lalu dan mereka juga bukanlah pencabar gelaran Premier League. Mereka ditendang keluar dari Piala FA oleh Wolverhampton dan dipijak sehingga keluar dari League Cup oleh Southampton, bekas pasukan Mane.

Apakah kriteria yang membolehkan Mane tercalon? Dele Alli dan Cristian Eriksen lebih cemerlang dan bagus berbanding Mane tetapi mereka terabai untuk dicalonkan. Jangan dilupa kepada Paul Pogba dan Alexis Sanchez ‘One Man Show’ Arsenal yang jauh lebih baik berbanding Mane.

Dengan tercalonnya Mane berbanding pemain yang lebih baik ini menunjukkan kehebatan yang ada pada Liverpool power this is out year.

3 – Philippe Coutinho

Musim lalu Philipe Coutinho nyata lebih cemerlang dan gemilang serta terbilan berbanding Mane. Tetapi adakah Coutinho layak tersenarai hanya berbekalkan gol cantik? TIDAK.

Bersama Liverpool, Coutinho telah menjaringkan gol dan apabila bosan beliau akan menghasilkan bantuan gol buat rakan sepasukkannya. Kehebatan dan ketajaman Coutinho telah membantu Liverpool meraih tempat ke-4 dan kembali ke Champions League.

Coutinho Mahu Pergi…

Liverpool tidak memenangi apa-apa piala musim lalu dan mereka juga bukanlah pencabar gelaran Premier League. Mereka ditendang keluar dari Piala FA oleh Wolverhampton dan dipijak sehingga keluar dari League Cup oleh Southampton, bekas pasukan Mane.

Apakah kriteria yang membolehkan Coutinho tercalon? Dele Alli dan Cristian Eriksen lebih cemerlang dan bagus berbanding Coutinho tetapi mereka terabai untuk dicalonkan. Jangan dilupa kepada Paul Pogba dan Alexis Sanchez ‘One Man Show’ Arsenal yang jauh lebih baik berbanding Coutinho.

Dengan tercalonnya Coutinho juga berbanding pemain yang lebih baik ini menunjukkan kehebatan yang ada pada Liverpool power this is out year.

Senang saja kerja aku tukar Mane kepada Coutinho.

2 – Luis Suarez

Kini Luis Suarez masih lagi antara penyerang terhebat di dunia yang fana dan sementara ini tetapi pada tahun 2017 prestasinya jauh merosot berbanding tahun 2016. Maka dengan itu beliau tidak layak tercalon.

Jika tahun-tahun sebelum ini takkan ada bantahan dengan tercalonnya Suarez malah simpati akan hadir kerana pemain sehebat Suarez tidak mampu memenangi apa-apa anugerah besar. Malah pada tahun lalu Suarez juga mengakui beliau hanya serangga yang tidak mempunyai nilai komersil.

Inilah Suarez tahun 2016.

Luis Suarez menyatakan bahawa beliau tidak berpeluang untuk memenangi Ballon d’Or disebabkan oleh faktor “Pemasaran dan Media” berbanding persembahan yang beliau tunjukkan di padang.

Suarez percaya populariti di kalangan orang awam lebih memainkan peranan berbanding aksi di padang untuk memenangi Ballon d’Or kecuali Messi yang memenanginya kerana Messi berhak untuk dinobatkan sebagai pemenang.

Pemain kebangsaan Uruguay ini telah dianugerahkan Kasut Emas Eropah menjaringkan 40 gol di La Liga bagi musim 2015/16. Namun pada 2017 Suarez hanya menjaringkan 25 gol untuk Barcelona, satu jumlah gol yang banyak untuk semusim.

Tetapi hanya sebiji sahaja gol Suarez jaringkan ketika Barcelona ketinggalan dan 2 lagi jaringan merupakan gol penting untuk Barca dan selebihnya hanya dijaringkan ketika kelab Catalan itu menang dengan selesa. Dengan kata lain hanya 3 gol yang mempunyai impak.

1 – Karim Benzema

Menurut Sportskeeda jika mereka menulis senarai ini setiap tahun maka nama Benzema lah yang akan selalu mereka bangkang kerana tidak layak sejak bertahun-tahun dulu untuk berada dalam senarai pencalonan akhir.

Tahun ini Benzema baru menjaringka 10 gol dan hanya dua gol sahaja dijaringkan ketika Real Madrid ketinggalan. Bakinya adalah ketika perlawanan yang sememangnya sudah dimenangi oleh Los Blancos.

Benzema semakin hilang bisa.

Benzema juga tiada dalam pasukan Perancis kerana isu moral di luar padang dan juga disebabkan prestasi semasanya yang jauh meninggal berbanding rakan sepasukan di negaranya.

Tiada yang istimewa dari pemain yang berasal dari Perancis ini untuk berada dalam senarai ini dan apakah impak yang diberikan kepada Los Blancos walaupun mereka bergelar juara Champions League dan La Liga?

Sumber :

Artikel ini diambil dari dan serta ditokok tambah dari Sportskeeda dan apa yang dikemukakan oleh Sportskeeda ini ada benarnya.

Baca Juga

Baca Juga