5 Peristiwa Semangat Kesukanan Dalam Bola Sepak

Bola sepak merupakan sukan yang penuh dengan emosi dan ketegangan. Kadangkala pemain sukar untuk mengawal perasaan dan terburu-buru dalam membuat keputusan semasa perlawanan sehingga menyebabkan pergaduhan. Semangat kesukanan yang tinggi dan sikap menghormati rakan sepasukan, jurulatih dan juga pemain pasukan lawan perlu diterapkan dalam diri setiap. Walaupun bola sepak sering dicemari dengan insiden pergaduhan, terdapat juga beberapa peristiwa baik berkaitan semangat kesukanan yang wajar dijadikan teladan.

Paolo Di Canio

Paolo Di Canio memang terkenal dengan sikap panas barannya semasa di dalam padang tetapi entah mengapa anginnya agak baik ketika perlawanan West Ham menentang Everton pada tahun 2001. Ketika penjaga gol Everton Paul Gerrard keluar dari kawasan gol untuk menyelamatkan bola, dia telah tergelincir dan mengalami kecederaan. Rakan sepasukan Di Canio berjaya melakukan hantaran lintang kepadanya dengan keadaan gawang terbuka namun dia dengan tangkas menangkap bola tersebut untuk memberhentikan perlawanan.

 Jan Vertonghen

Ketika perlawanan pasukan simpanan Ajax menentang Cambuur, pemain muda Ajax ketika itu Vertonghen cuba memberikan semula bola kepada penjaga gol lawan selepas perlawanan dihentikan kerana kecederaan seorang pemain. Malangnya bola sepakannya secara tidak sengaja melepasi penjaga gol Cambuur dan menerjah jaring untuk gol ketiga Ajax. Pasukan Ajax kemudiannya membenarkan Cambuur menjaringkan gol sebagai ganti gol Vertonghen tersebut.

Amin Motavassel Zadeh

Amin Motavassel mewakili pasukan kelab Iran dari Iran iaitu Moghamvemat yang amat-amat memerlukan kemenangan ketika perlawanan menentang Steel Azin. Dalam perlawanan tersebut, penjaga gol Azin telah mengalami kecederaan kepala selepas berlanggar dengan seorang pemain Moghamvemat dan bola betul-betul jatuh di kaki Amin Motavassel dan dia mempunyai peluang untuk menjaringkan gol dengan pintu gawang terbuka. Namun dia memilih untuk mengeluarkan bola dari kawasan permainan walaupun pasukannya amat memerlukan jaringan. Walaupun Moghamvemat tersingkir dari liga, semangat kesukanan yang ditunjukkan oleh Motavassel mendapat pujian.

Nottingham Forest-Leicester City

Perlawanan Piala Liga antara Nottingham Forest dan Leicester City terpaksa dibatalkan apabila pemain pertahanan Leicester, Clive Clark mengalami serangan jantung dan terpaksa dikejarkan ke hospital. Ketika itu Forest sedang mendahului 1-0. Perlawanan ulangan dijalankan seminggu kemudian dan Forest telah diberikan gol percuma yang dijaringkan oleh penjaga gol Paul Smith. Walaupun telah diberikan gol percuma, Forest tewas 2-3 dalam perlawanan tersebut.

Costin Lazar

Pemain Rapid Bucharest ini terjatuh ketika perebutan bola dengan pemain pertahanan Otelul di dalam kotak penalti. Pengadil tanpa segan silu memberikan sepakan penalti kepada Bucharest. Lazar segera menuju ke arah pengadil dan memberikan penjelasan  dan akhirnya pengadil menukar fikiran.

Baca Juga

Baca Juga