5 Perkara Dipelajari Dari Perlawanan Minggu Pertama Premier League

Liga Perdana Inggeris sudah menaikkan tirainya dengan sembilan perlawanan sepanjang Sabtu dan Ahad telah berlangsung. Manchester United memulakan hidup baru bersama Mourinho dengan cemerlang setelah menewaskan AFC Bournemouth, manakala Liverpool mengejutkan tuan rumah, Arsenal dengan meledakkan empat gol di tempat lawan.

Juara bertahan, Leicester City, goyang di gelanggang lawan apabila tewas di tangan Hull City – kelab yang tidak mempunyai pengurus tetap.

Di sebalik kesemua perlawanan tersebut, berikut adalah lima perkara yang dipelajari

Musim yang sukar menunggu Leicester City

Pada musim lalu, Leicester mengejutkan dunia bola sepak apabila muncul juara Liga Perdana Inggeris, mengenepikan kelab yang lebih besar seperti Tottenham Hotspur, Manchester City dan Arsenal. Dengan kekuatan di bahagian tengah padang yang dibarisi Ngolo Kante dan Danny Drinkwater bertindak sebagai double pivot, Leicester konsisten sepanjang musim.

Vardy tidak dapat bermain seperti biasa | Gambar : Mirror Football
Vardy tidak dapat bermain seperti biasa | Gambar : Mirror Football

Pada musim ini Leicester sekali lagi telah mencipta rekod apabila tewas perlawanan pertama di tangan Hull, menjadikan mereka sebagai juara bertahan yang pertama tewas dalam perlawanan pembukaan.

Kante telah menyertai Chelsea dan bahagian tengah The Foxes dilihat masih cuba menyesuaikan diri dengan sistem permainan baru. Pemain yang dibeli pada musim panas lalu, Mendy dilihat sebagai pengganti Kante namun keupayaannya masih belum terbukti lagi setakat ini.

Ahmed Musa, seorang lagi pemain baru, dilihat mempunyai kepantasan yang menakjubkan, tapi sayang. Beliau hanyalah seorang Walcott

Joe Hart sudah tidak selamat

Beberapa kesilapan berprofil tinggi telah dilakukan pemain ini di samping kesilapan musim lalu menyebabkan The Citizens tercicir ke tangga ke empat. Guardiola telah merehatkan pemain ini ketika menewaskan Sunderland 2-1 di tempat sendiri Sabtu lalu, dan menggantikannya dengan Caballero.

Hart dikatakan dirisik Everton | Gambar : Mirror Football
Hart dikatakan dirisik Everton | Gambar : Mirror Football

Hart seharusnya risau dengan kedudukannya sekarang tambahan pula Guardiola dikatakan berminat untuk mendapatkan Ter Stegen, penjaga gol muda dari Barcelona.

Selamat datang ke Liga Perdana Inggeris, Pep!

Dua pasukannya sebelum ini, Barcelona dan Bayern Munich merupakan satu pasukan yang sudah dominan ketika sebelum diambil alih Pep lagi. Namun di Englad, Manchester City adalah kelab yang memerlukan revamp, di samping suasana dan gaya permainan kelab-kelab di EPL sama sekali berbeza dengan kelab-kelab di Sepanyol dan Jerman.

pep
Pastinya Pep mahu meletakkan Manchester City di tangga teratas kembali | Gambar : Mirror Football

Pep sebelum ini dilihat tidak mempunyai masalah mengadaptasi permainan mengikut keperluan bergantung kepada perlawanan, dan adalah sangat menarik untuk menuggu apa yang bakal dilakukan maestro ini di Manchester.

Zlatan sudah sedia

zlatan fly
Dewa terbang lagi | Gambar : Mirror Football

Zlatan Ibrahimovic – Dewa Kota Manchester sudah bersedia untuk menakluk EPL. Satu gol yang bersahaja ketika menentang AFC Bournemouth membuktikan kuda tua ini mempunyai sentuhan yang tajam dan berkualiti di hadapan gol. Mempunyai ketinggian 1.95 meter, Zlatan sesuai dijadikan sebagai target man tambahan pula dengan adanya pemain sayap seperti Valencia, Depay, Martial, Lingard dan Young, Zlatan pastinya akan menggegar lebih banyak gol.

Wenger – kisah orang tua kedekut

Arsenal tewas di laman sendiri dalam perlawanan pertama EPL musim ini di tangan Liverpool. Wenger mengakui bahawa mereka masih belum bersedia untuk memulakan saingan musim ini apabila pemain-pemain utama seperti Ozil, Ramsey, Koscielny dan Giroud yang masih belum tajam selepasi rehat yang panjang pasca Euro 2016.

Adooooiiiiii - Wenger | Gambar : Mirror Football
Adooooiiiiii – Wenger | Gambar : Mirror Football

Walau bagaimanapun, Arsenal dilihat perlu membeli sekurang-kurangnya dua pemain – seorang pertahanan tengah dan seorang penyerang, memandang dua posisi ini dilihat menjadi punca utama kejatuhan Arsenal musim lalu. Mertesacker sudah tua, dan Giroud bukan Thierry Henry. Andai Wenger mahu menyaingi pasukan lain untuk takhta musim ini, pastinya orang tua ini perlu memecahkan tabung babi miliknya.

Nak tahu bila pasukan kesayangan anda main? Klik di sini

Baca Juga

Baca Juga